RAPID

Thursday, March 3

TAMBANG PERCUMA SELAMA SEBULAN @RapidKamunting @NajibRazak @azmiaziz60 @zmy2412


Rapid Kamunting dengan rasminya telah dilancarkan pada hari ini. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Adun Kamunting merangkap Exco Kerajaan Negeri Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid- Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor sebentar tadi.


Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid nampaknya gembira dan amat berpuas hati dengan perkhimatan yang disediakan oleh Prasarana.Pihak Rapid Kamunting telah membuat lawatan di laluan warisan sebentar tadi. Ini bakal memberikan kemudahan pengangkutan Awam bertaraf antarabangsa kepada warga Taiping.


Perlaksaan ini bertepatan dengan NBOS merujuk kepada National Blue Ocean Strategy atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Kerjasama diantara Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC). Perkhidmatan ini terlaksanakan dengan kerjasama NCIA, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Dalam sidang media sebentar tadi Ketua Pegawai  eksekutif Rapid Bas Zulkifli Mohd Yussof telah mengumumkan tambang percuma selama sebulan diberikan kepada warga taiping.

video

Bas Rapid Kamunting akan melalui dua laluan iaitu Kamunting – Taiping dan laluan Jejak Warisan. Bagi laluan Kamunting – Taiping, perkhidmatan bas tersebut akan melalui 21 hentian di sekitar Bandar Taiping dan Kamunting.


Perjalanan tersebut akan melibatkan jarak 25 kilometer dalam tempoh 45 minit bagi setiap perjalanan. Melalui pengenalan perkhidmatan pengangkutan awam baharu ini, penduduk Taiping akan lebih mempunyai pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam yang selesa.

Untuk permulaan seramai 23 orang pekerja akan ditugaskan di Depoh Taiping bagi mengendalikan perkhidmatan ini termasuklah pemandu bas, mekanik dan staf-staf lain.

1 comment:

IBU SUNARTI DI KALIMANTAN said...

Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya.BUKA BLO DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive