Tuesday, April 19

Malaysia Jadi Tuan Rumah ASC 2016 @Zahid_Hamidi @AzmiAziz60 @PetraJayaMP @MyRapidKL


Majlis pelancaran ASC 2016 disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Hadir pada majlis Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Majlis diadakan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang.


"Kita (kerajaan) mengharapkan banyak lagi penaja akan tampil untuk sama-sama terlibat dalam penganjuran ASC 2016 ini terutama di kalangan pihak swasta dan industri.

"Lebih ramai yang menaja akan memudahkan lagi urusan pihak penganjuran kerana kos menganjurkan ASC memerlukan peruntukan yan besar," ujarnya.


Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Kemahiran Asean (ASC) buat kali kedua selepas yang pertama pada tahun 1995.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem berkata, penganjuran acara kemahiran terbesar itu melibatkan sembilan negara ASEAN termasuk Malaysia melibatkan belia di bawah umur 22 tahun.


"Proses pertandingan akan bermula dengan Mesyuarat Teknikal Jawatankuasa pada 25 hingga 28 April ini yang melibatkan 200 delegasi negara ASEAN untuk bersidang membentuk soalan dan skema pertandingan.

"Penyertaan yang telah disahkan adalah sebanyak 266 orang yang akan bertanding dalam 25 bidang berasaskan kemahiran.

"Tahun lalu, seorang peserta lelaki dari Malaysia berjaya mendapat pingat gangsa peringkat antarabangsa pada pertadingan dandanan rambut dan tahun ini, kita akan beri tumpuan penuh kepada 15 bidang dari 25 yang dipertandingkan," katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive