14,347 Pengendali Makanan Gagal Dapatkan Suntikan Antitifoid – KKM
-
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan bahawa daripada 94,275
pengendali makanan yang diperiksa sepanjang tempoh enam bulan hingga Jun
lalu, ser...
Monday, October 30
KENA BAYAR UNTUK BERJUMPA TRUMP.......?
Kerajaan Malaysia tidak mengeluarkan sesen pun untuk bertemu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam lawatan kerja tiga hari pada September lalu.
Ia ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sambil menyindir bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup berbelanja sehingga berjuta ringgit untuk menemui George W Bush pada 2002 yang lalu.
Sebelum ini Dr Mahathir pernah dikritik sebagai hipoktrit apabila sanggup berbelanja RM7 juta demi menemui Bush, melalui seorang pelobi.
"Jemputan Trump dibuat atas urusan kerajaan. Saya tak perlu membayar apa-apa untuk mendapatkan jemputan tersebut. Pendahulu saya (Dr Mahathir) melakukan perkara tersebut untuk mendapatkan jemputan Bush.
"Kita tidak mengamalkan kaedah itu. (Itu dilakukan) pendahulu saya (yang kini) diterima pembangkang sekarang," katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, pagi tadi.
Tanpa melobi, Najib berkata dirinya tetap mempunyai hubungan yang baik dengan AS sebagai satu kuasa besar dunia, malah perkara itu dianggap sebagai satu pengiktirafan kepada Malaysia.
"Walaupun saya tak duduk di Blair House tetapi saya ada jemputan bermain golf dengan Trump. Malah Trump juga hantar saya ke kereta.
"Kita tak payah sebut perkara ini. Soalnya, dasar kita tetap mendapat penghormatan tinggi dari pentadbiran AS," kata Najib.
Najib berkata demikian bagi menjawab pertanyaan tambahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkenaan penginapan rombongan Malaysia ke AS pada 11 hingga 13 September lalu di Hotel Trump International.
Selain bertanyakan apakah rakyat Malaysia 'membayar' kos penginapan tersebut, Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mengajukan sama ada Malaysia menukar dasar perdagangan dan pelaburan daripada neutral kepada 'mesra-AS'.
"Kita bukan menukar dasar luar negara kerana ia memang berasaskan kepada soal prinsip. Kita tidak akan ubah hanya kerana mengikut keadaan dan situasi," tegas Najib.
Tegas Ahli Parlimen Pekan itu lagi, hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan AS dari segi pelbagai sektor mampu menjana manfaat terbesar, terutama dalam ekonomi negara.
"Saya menjangkakan bahawa dengan langkah ini bahawa dalam jangka masa sederhana dan panjang, kita akan lihat kepada peningkatan hubungan ekonomi, penambahan pelaburan dan sebagainya.
"Inilah antara kejayaan yang akan kita kecapi apabila ada hubungan baik dengan negara dan kuasa besar, bukan sahaja AS, tetapi dengan semua kuasa-kuasa besar," ujar Najib.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Beranikah Nik Zawawi Buat Lapuran SPRM - Beranikah Nik Zawawi Buat Lapuran SPRM Ahli parlimen Pasir Puteh (PAS), Nik Muhammad Zawawi Salleh, mendedahkan perbualan WhatsApp yang kononnya berkai...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2017
(107)
-
▼
October
(19)
- KENA BAYAR UNTUK BERJUMPA TRUMP.......?
- 10 PERKARA YANG DIJANGKA BERLAKU JIKA PAKATAN BERJ...
- RAPID KL LANJUT PERKHIDMATAN LRT SEMPENA CITRAWARN...
- SPAD IKTIRAF RAPID RAIL PEMACU INOVASI DALAM INDUS...
- APAHAL RM1.00 PUN NAK BISING KE...?
- KERAJAAN DAP PULAU PINANG TAK ENDAH BANTAHAN JABAT...
- DIMANA GENG ARMADA SEMASA #KleptokrasiAbahKau
- PERHIMPUNAN PALING GAGAL DALAM SEJARAH
- Acara Kebudayaan Di Empat Stesen Sempena Deepavali...
- Pulau Pinang Negeri Gagal Dalam Ekonomi Sejak 2008
- Pagar Elektrik Kurangkan Gangguan Gajah @azeezputera
- KERAJAAN DAP PULAU PINANG KONA BARING SAMPAI TELIN...
- PEMBANGKANG SABOTAJ EKONOMI MALAYSIA @MpKotaBelud
- TAHNIAH BARISAN NASIONAL LEBIH POPULAR DI MEDIA SO...
- Prasarana Umum Khidmat RapidFerry Bulan Depan
- TAKUT BALING KERUSI BERULANG TERUS TUKAR JADI KARN...
- APABILA DAJAL BERLAGAK SUCI......?
- Rapid KL ubah tiga laluan bas di Cheras
- SYED SADIQ PELAWAK BARU DARI PARTI BUNGA....?
-
▼
October
(19)
2 comments:
APA dahhh....si mamat bodoh maslan kata. Cybertroopers umno akan menang dalam peperangan cyber. Engkau ni baru berhijrah ke bumi malaysia Ker? Namalah diantara salah satu cyber umno yang tidak mengatakan. Si ketua perompak najib umno menjanjikan pada si donald duck trump. "Malaysia will Make America Great Again!!!".
Lu ingat trump kasi free ker penginapan di hotelnya oleh si kepala perompak yang terkenal didunia bernama najib berserta kesemua pengiringnya menginap dihotelnya? Bertamadun lah sikit Bob. Kita tidak lagi hidup dalam gua. Hanya umno najib maseh menyangkakan, para tok2 dan nenek2 ketika ini yang maseh boleh diperbodohkan. Dan mereka mereka ini hanya tinggal 1/9. Yang dewasa ini mereka sudah pun mengerti. Umno/BN bukan Malaysia dan Malaysia bukan milik bn atau umno, atau dari apa jua jenama parti. Rakyat Malaysia hampir keselurohanya sudah pun matang. Yang maseh belum matang hanyalah umno atau bn berserta para cyber yang bodoh sebodoh maklok maslan dan keruak. Yang ketinggalan zaman Dan maseh mempecayai berita dari TV3,Utusan,Berita Harian dan sewaktu dengan nya. Lu tanyalah jampok. Naper si kepala perompak, penipu, penakut najib "want to make America Great Again".
ko cita sikit apa kebaikan pembangkang dh buat utk malaysia dan rakyat2 nya.. haha.. satu contoh pun dh bagus
Post a Comment