RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding
menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin
h...
Wednesday, November 29
LIM GUAN ENG KANTOI SONGLAP DUIT PERUNTUKKAN
Laporan Audit Negara menunjukkan ada banyak perkara mencurigakan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir DAP dan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.
Dalam laporan setebal 112 halaman itu, ada bukti menunjukkan ada perkara yang tidak kena yang menunjukkan Guan Eng cuba untuk menyeleweng peruntukan kerajaan negeri selepas diaudit.
Dalam ruangan rumusan, di muka surat 44, sejumlah wang RM307.45 juta telah direkodkan sebagai telah dibelanjakan daripada peruntukan sejumlah RM346.12 iaitu 88.8 peratus tetapi pihak Jabatan Audit Negara mendapati perbelanjaan sebenar adalah RM233.84 juta sahaja atau hanya 67.6 peratus sahaja.
Baki lagi RM73.61 juta pergi ke mana? Songlap masuk tabung DAP kah?
Ada juga ruangan dalam laporan audit berkenaan yang menunjukkan ada projek yang diberikan kepada kontraktor melalui lantikan terus dan tidak pun diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah di Pulau Pinang.
Siapa kontraktor yang dipilih secara terus itu? Apakah kontraktor itu orang sama yang sama dapat projek di lereng bukit hingga runtuh habis tanah di Pulau Pinang?
Di muka surat berikutnya pula, dinyatakan daripada 2,868 projek yang dirancang, sebanyak 2,761 projek atau 96.3 peratus dilaporkan telah berjaya disiapkan, tetapi semakan audit mendapati bilangan sebenar projek yang siap sepenuhnya dalam tahun lepas ialah 2,737 projek sahaja atau 95.4 peratus berbanding 2,761 projek siap yang dilaporkan.
Lagi 24 projek itu jadi projek hantukah? Apa yang terjadi kepada projek yang dikatakan siap tapi sebenarnya tidak siap itu? Pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu siasat sepenuhnya. Dua kes di mahkamah berkaitan rasuah pun Guan Eng masih belum selesaikan, datang pula misteri 24 projek hantu seperti yang disebut dalam Laporan Audit yang terbaru ini?
Di Pulau Pinang juga, peruntukan yang besar disediakan untuk Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan peruntukan RM161.59 juta tetapi dari 243 projek, ada 40 projek yang dibatalkan, jumlah terbesar berbanding projek di jabatan lain dalam kerajaan negeri DAP. Peruntukkan untuk pejabat Lim Guan Eng juga bertambah setiap tahun. Apa Guan Eng buat dengan semua duit ini?
Contoh projek yang Guan Eng songlap duit ialah laluan berbasikal yang menelan kos RM30 juta. Apabila siap, laluan yang mahal itu, sebenarnya hanya dicat di atas laluan pejalan kaki, dan menggunakan cat yang tidak berkualiti yang selepas beberapa hari ia akan tertanggal.
Sekarang ini, timbul pula dakwaan bahawa wang yuran Marathon Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang yang berjumlah RM3 juta pun DAP hendak kebas. Peserta diberi coklat yang sudah tamat tempoh, saiz baju T yang salah serta pemenang terpaksa menunggu lebih dua jam untuk menerima pingat mereka.
Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mempersoalkan kerajaan DAP supaya menjelaskan ke mana wang kutipan yuran pendaftaran tersebut disalurkan. “Yuran pendaftaran sebanyak RM80 hingga RM100, dan terdapat 35,000 peserta dan sekurang-kurangnya pihak penganjur menerima yuran enrolmen hampir RM3 juta.
“Di manakah yuran pendaftaran ini digunakan? Lagi pun, hampir semua perbelanjaan, termasuk makanan, pakaian, trofi dan pingat telah ditaja,” katanya. Duit Marathon pun Guan Eng hendak songlap. Sebelum ini kita pernah dengar kisah duit mangsa banjir pun DAP songlap. Umum hendak beri kepada 100,000 orang mangsa banjir seorang RM500 tetapi hanya beri kepada 7,000 orang sahaja. Mana lagi baki RM46.5 juta?
Duit yang dikutip untuk mangsa banjir masuk dalam tabung DAP pun dikebasnya. Kutip RM6.18 juta tetapi serah kepada mangsa banjir hanya RM5 juta sahaja. Baki lagi RM1.18 juta mereka songlap. Laporan Audit yang terbaru juga sahkan kerajaan DAP Pulau Pinang buat magik lagi. RM73.61 juta wang pembangunan entah ke mana, ada 24 projek hantu dan ada 40 projek misteri di pejabat Guan Eng.
Rakyat sudah tahu tembelang besar Guan Eng. Ada wakil rakyat DAP yang tidak mahu lagi bersekongkol dengan Guan Eng kerana malu. Ada wakil rakyat PKR bantah Guan Eng. Namun Guan Eng buat bodoh sahaja. Dia tetap anggap dia suci untuk lakukan apa sahaja, termasuklah menyeleweng duit rakyat dengan begitu rakus sekali atas tiket Ketua Menteri Pulau Pinang.
Sampai bila rakyat Pulau Pinang hendak biar DAP “rompak dan curi” duit sebegini?
Monday, November 27
WOW BELAMBAK DUIT PARTI BUNGA....?
Perkara tidak jelas dan meragukan perlu dipersoalkan supaya tidak jatuh hukum bersubahat jika mengetahui ianya dari sumber tidak elok atau haram. Begitulah kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau lebih mesra digelar Parti Bunga.
Pengasas PPBM, Kamarul Zaman Habibur Rahman mendedahkan, berdasarkan Perlembagaan PPBM, parti sepatutnya mengisytihar sumbangan dana atau derma kepada Majlis Pimpinan Tertingginya.
Menurut Kamarul Zaman perkara itu tidak berlaku. Setiap kali dia hadir mesyuarat parti, dana yang PPBM dapat tidak pun diisytihar daripada sumber mana wang dan dana itu diperolehi.
Sudahlah jumlah sebenar ahli tidak diketahi dan tidak diumum sehingga kini kepada umum, dana parti bunga juga tidak diketahui daripada mana punca sebenarnya.
Dakwa Kamarul Zaman, keadaan itu amat mengelirukan beliau serta ahli-ahli PPBM kerana PPBM selama ini begitu melaung-laungkan soal ketelusan dan mengkritik musuh politik yang didakwa tidak mengamalkan integriti tinggi.
“Saya ingin melihat PPBM mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM) kerana mahu ahli-ahli mempersoalkan perkara ini. Saya harapkan ada ketelusan untuk mengisytihar berapa jumlah dana yang dikumpul daripada ahli dan derma yang diterima.
“Selama ini PPBM mengkritik pihak luar kononnya ada berlaku penyelewangan, tetapi mereka sendiri tidak pernah isytiharkan kewangan sendiri (kepada ahli parti),” kata Kamarul Zaman, semasa menjadi seorang daripada ahli panel bual bicara bertajuk Krisis Perlembagaan PPBM: Apa Kesudahannya? anjuran MyKMU, Agendaily dan MassaTV di Kuala Lumpur pada 23 November 2017.
Mahathir dan Muhyiddin seringkali mengelak dari menjawab soalan bila ditanya daripada mana datangnya sumber kewangan Parti Bunga. Selain itu, mereka berdua juga cuba menyembunyikan rekod kewangan PPBM. Apa yang hendak disembunyikan sangat? Dapat duit dari sumber yang haramkah?
Penyataan kewangan dan dari mana dana parti PPBM perolehi seboleh bolehnya hendak disembunyikan dari pengetahuan semua ahli PPBM. Mungkin kerana itulah PPBM takut sangat hendak buat mesyuarat agung.
Apa yang hendak ditulis dalam penyatan kewangan PPBM? Hasil dan duit yang masuk dalam akaun parti daripada sumber mana? Siapa yang derma? Bila sudah dibentang, penyata kewangan itu perlu diserah kepada ROS.
Kalau RM32 billion pun Mahathir boleh buat ‘tidak tahu’ dan senyap, inikan lagi hal tentang penyata kewangan parti bunga. Macam macam silap mata boleh dibuat oleh Mahathir dan Muhyiddin untuk mengabui mata ahli ahli PPBM di bawah yang menyokong mereka dengan penuh ketaksuban.
“Sikap pucuk kepemimpinan PPBM mengecewakan dan membuatkan ahli-ahli parti yang selama ini bertungkus-lumus mencari ahli baharu, menghabiskan wang ringgit dan tenaga untuk menggerakkan parti menjadi mangsa keadaan,” kata Kamarul Zaman.
Mereka yang waras dan belum lagi menjadi “zombie” politik akan tahu pembohongan Mahathir ini. Namun bagi yang sudah taksub dan terlalu fanatik dengan Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz, mereka ini akan mempercayai apa sahaja yang Mahathir cakap.
Sampai Mahathir suruh Tun Hasmah tidak pakai tudung pun mereka pertahankan habis habisan. Peluk dengan anjing pun, mereka pertahankan juga. Soal hukum agama pun tolak ketepi semata mata hendak pertahankan Mahathir. Apa boleh buat, orang sebeginilah yang Mahathir dambakan sokongannya.
Mahathir dan Muhyiddin seboleh bolehnya mahu menyembunyikan siapa “pemberi dedak” kepada PPBM. Kunci peti besi itu hanya diketahui oleh orang terdekat sahaja. Mahathir tidak mahu kongsi pun dalam mesyuarat. Apakah duit yang datang dari peti besi itu duit dari hasil yang bersih atau duit dari hasil yang haram ?
Bila mempertikaikan orang sedap sangat Mahathir tanya dari sumber mana dan kata wang curi dan macam macam lagi tuduhan. Bila kena atas batang hidung sendiri, Mahathir boleh buat senyap dan buat buat “tidak tahu”. Dari mana sebenarnya wang dana PPBM? Kenapa hendak sembunyi sembunyi?
Berani kerana benar. Kalau takut, mesti ada buat benda yang salah. Mahathir ambil duit kroni dari sumber tidak halalkah untuk biayai PPBM? Sebab itu takut dan tidak mahu bagi orang tahu? Boleh jadi juga. Kerana hendak pada kuasa, apa sahaja boleh berlaku. Rakyat kena terus tanya dan tanya. Dari mana sumber dana parti PPBM?
Friday, November 24
LIM GUAN ENG ANGGAP ADUN PKR SAMPAH #BantuanBanjir
ADUN PKR-Kebun Bunga Cheah Kah Peng tidak diberi kuasa oleh Lim Guan Eng untuk perakui borang permohonan pampasan mangsa-mangsa banjir dalam kawasan yang dia wakili.
Sebaliknya ADUN DAP-Pulau Tikus Yap Soo Huey pula diberi kuasa oleh Lim Guan eng untuk sign atau endorse borang tuntutan pampasan penduduk-penduduk di kawsan DUN Kebun Bunga.
Bukan ADUN-ADUN BN saja yang tidak diberi kuasa perakui borang permohonan pampasan tersebut. Cheah Kah Peng katanya telah mengkritik hebat Lim Guan Eng dalam Sidang DUN yang baru selesai.
Cheah Kah Peng adalah antara 5 Adun PKR yang telah "disenaraihitamkan" oleh Lim Guan Eng kerana berkecuali semasa undian usul yang dibawa oleh Adun BN-Pulau Betong Muhamad Farid Saad pada November 2015.
Mengikut sumber, Lim Guan Eng menganggap Cheah Kah Peng sebagai "kepala" yang merancang pengecualian 5 ADUN PKR dalam undian usul pada November 2015. Lim Guan Eng sangat marah dengan tindakan 5 ADUN PKR tersebut. ADUN DAP-Tanjong Bungah Teh Yew Cheu juga telah berkecuali semasa undia usul tersebut.
Sudah pasti, Lim Guan Eng akan pastikan Cheah Kah Peng tidak dicalonkan semula oleh PKR dalam PRU ke-14. Pada PRU ke-13 lalu Mansor Othman, TKMI telah "diarahkan keluar dari Penang" kerana melabel Lim Guan Eng sebagai Tokong, tidak dicalonkan bertanding semula di DUN Penanti.
Di Penang, hanya Lim Guan Eng seorang yang bebas bersuara. Kebebasan bersuara ala-DAP.
Thursday, November 23
Minyak Turun, Ringgit Mengukuh,Pembangkang Lari Masuk Gua
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berpandangan terserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membuat keputusan mengenai sama ada perlu atau tidak membuat pengumuman perubahan harga minyak setiap minggu. Abdul Rahman berkata ini kerana formula kiraan harga minyak sudahpun diketahui ramai.
Abdul Rahman turut menyelar pembangkang kerana membisu apabila harga minyak diumum semalam turun 8 sen.
"Tahun ini sahaja sejak kita mengapungkan harga, 21 minggu pengumuman harga naik dengan totalnya 83 sen harga minyak naik dalam masa 21 kali kita umumkan. Tapi pada masa sama, kita umumkan 13 minggu harga minyak turun dan keseluruhan penurunannya 82 sen. Bermakna secara keseluruhannya hanya satu sen sahaja kenaikan sejak kita apungkan secara mingguan.
"Macam semalam, kita umumkan 8 sen. Haram satu perkataan nak memuji kerajaan tidak digunakan. Pembangkang tidak memuji usaha kerajaan. Tapi kalau harga naik, kita bersedialah segala tohmahan dan fitnah yang dibuat," katanya.
Tidur awal habis puak puak pembangkang semalam. Tiada apa apa yang hendak dihasut dan dimaki hamun di garis masa Facebook mereka sebagaimana lima minggu sebelumnya. Di Whatsapp pun diam, tidak timbul timbul. Barangkali masuk ke dalam gua agaknya.
Ini semua berlaku bila harga RON95 turun sebanyak 8 sen. Semua penyokong pembangkang terdiam dan senyap. RON97 juga turun 8 sen dan Diesel pula turun 2 sen. Harga terkini untuk minggu 23 hingga 29 November 2017 ini adalah RM2.30 (RON95), RM2.58 (RON97) dan RM2.23 (Diesel).
Bukan sahaja harga minyak menurun, mata wang Ringgit juga terus mengukuh berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS). Berbanding dollar, nilai ringgit sekarang adalah 1 USD = RM4.11. Kedudukan ini adalah yang baik bagi tahun ini berbanding nilai RM4.49 pada 5 Januari 2017.
Ringgit masih mengekalkan aliran pengukuhannya bersama-sama dengan mata wang negara Asia yang lain, dipengaruhi oleh prospek kenaikan kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada separuh pertama tahun 2018.
Pada 22 November 2017, ringgit dan matawang won Korea Selatan menerajui kenaikan mata wang pasaran sedang pesat membangun kesan dari ucapan oleh Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen mengenai rali aset berisiko.
Bukan sahaja ringgit semakin kukuh, Bursa Malaysia juga ditutup lebih tinggi semalam selaras dengan pertumbuhan ekonomi serentak di seluruh dunia yang mendorong sentimen positif merentasi pasaran ekuiti global.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim, berkata pergerakan ringgit kini lebih mencerminkan pertumbuhan ekonomi dan tidak lagi dipengaruhi oleh aktiviti spekulasi.
Tentang harga minyak pula, harga RON95 turun 8 sen bukan kerana lima orang yang buat demo di depan parlimen. Janganlah bodohkan rakyat Malaysia dengan mendakwa RON95 turun kerana demo di depan parlimen itu.
Harga minyak petrol di negara ini ditentukan berdasarkan produk akhir untuk pengguna dan bukan produk mentah atau minyak mentah. Sistem berkenaan menggunakan purata harga produk akhir bukan harga semasa minyak yang belum diproses.
Sejak mekanisma kawalan harga minyak mingguan diperkenalkan pada 6 April 2017, sudah berlaku perubahan harga sebanyak 33 kali. Naik harga sebanyak 20 kali dengan jumlah 82 sen dan turun harga sebanyak 13 kali sebanyak 82 sen juga.
Pada 1 Jun 2017 hingga 5 Julai 2017 harga minyak turun 5 kali berturut turut sejumlah 23 sen. Pada waktu ini lama juga penyokong pembangkang duduk dalam gua tidak keluar keluar. Diam terus.
Ada nampak tidak bila minyak turun lima minggu berturut turut maka harga barang juga akan turut turun seperti mana teori Rafizi Ramli? Harga barang masih sama, tidak turun pun masa minyak turun 5 kali berturut turut ini.
Ada juga masa harga minyak naik. Lima minggu berturut turut harga minyak naik antara 19 Oktober 2017 hingga 22 Oktober 2017, iaitu sejumlah 21 sen bagi lima minggu tersebut. Maka keluarlah segala “zombie” pembangkang dari dalam gua dan dari dalam tanah membuat caci hamun dan makian di media sosial.
Masa turun lima minggu berturut turut dulu sampai 23 sen tidak pula mereka hendak berterima kasih. Tetapi masa naik lima minggu berturut turut baru 21 sen, mereka sudah meracau macam orang hilang akal di Whataspp dan Facebook. Inilah mentaliti penyokong pembangkang di Malaysia. Sukar hendak diubati penyakit ini.
Semalam bila minyak turun balik 8 sen, aman dan tenang kembalilah dunia media sosial dari kata kata nista mereka. Malah bukan sahaja minyak yang turun, ringgit juga turut mengukuh disamping Bursa Malaysia ditutup tinggi. Apa lagi yang mereka hendak cakap? Terpaksalah masuk gua. Minggu depan pun belum tentu keluar lagi geng geng zombie ini. Selamat bertapa di dalam gua.
ADUN Paloh Menangis Kerana Rakyat Kelantan
Bukan kerana politik. Bukan lakonan dan bukannya satu sandiwara. Reaksi sebak dan sedih YB Norzula, ADUN Paloh semalam di Dewan Undangan Negeri Kelantan adalah reaksi ikhlasnya semata mata hendak perjuangkan nasib dan hak rakyat Kelantan.
"Biar Tuhan yang balas," itulah kata-kata yang keluar dari mulut Datuk Nozula Mat Diah, ADUN Paloh yang sebak dan menitiskan air mata apabila diarahkan keluar Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Peluang untuk berbahas tidak diberi. Akhirnya Speaker DUN membuat keputusan untuk menghalau YB Norzula keluar dari dewan kerana menuduh YB Norzula melanggar peraturan dewan apabila enggan duduk.
Demokrasi sudah mati dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Kenapa hendak takut sangat menerima celahan dan perbahasan mengenai bajet negeri Kelantan? Berbahaslah secara terbuka. Selama ini pun, kerajaan BN pusat banyak membantu kerajaan negeri Kelantan. Jadi tidak ada apa yang perlu ditakutkan hingga perlu menghalau keluar YB Norzula dari sidang DUN.
“Kami mengutuk sekeras kerasnya tindakan YB Speaker tidak membenarkan Ketua Pembangkang yang juga YB Paloh membahaskan usul belanjawan dan menghalau beliau keluar dari Dewan pada persidangan DUN, 22 November 2017’ kata Mohammad Azam Ismail, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan.
“Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Negeri Kelantan amat kesal dengan tindakan YB Dato’ Speaker DUN Kelantan tidak memberi laluan kepada Ketua Pembangkang yang juga Yang Berhormat dari DUN Paloh untuk membahaskan usul belanjawan 2018.” kata Datuk Alwi Haji Che Ahmad, Setiausaha Barisan Nasional Kelantan.
Kerana ingin memperjuangkan hak rakyat Kelantan, YB Norzula tetap juga menghadirkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri. YB Norzula sebenarnya belum pulih sepenuhnya daripada serangan “stroke” tetapi kerana ingin menyuarakan hak rakyat beliau tetap juga hadir di sidang DUN.
YB Paloh hanya ingin menyampaikan keluhan rakyat Gua Musang terhadap kebimbangan mereka apabila bukit ditarah, balak ditebang dan hutan simpan kekal diteroka sehingga 200,000 hektar. Lebih membimbangkan bila musim tengkujuh tiba nanti. Pelbagai bencana boleh berlaku jika manusia bersikap rakus pada alam sekitar.
YB Norzula juga ingin menyampaikan kebimbangan penduduk orang asli di Gua Musang terhadap cadangan pembinaan Empangan Nenggiri yang disebut oleh YAB Menteri Besar Kelantan dalam ucapan belanjawan pada hari pertama persidangan.
Apa yang YB Norzula ini ingin sampaikan tidak dibenarkan malah beliau dihalau pula dikeluar daripada dewan. Tindakan Speaker untuk tidak bertolak ansur apalagi mempertimbangkan keadaan kesihatannya serta bertegas mengusir beliau dari dewan adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali.
Tuduhan YB Timbalan Speaker yang mengatakan ‘lakonan air mata ‘ adalah tersangat biadab sekali. YB Paloh adalah seorang ahli dewan paling lama dalam DUN Kelantan. Tuduhan melulu YB Timbalan Speaker itu sama sekali menyimpang jauh dari sifat kesantunan orang Melayu, apalagi datang dari seseorang yang mewakili parti ‘Islam’.
Sikap tidak demokratik DUN Kelantan ini menggambarkan Kerajaan Pimpinan PAS sangat takut untuk menghadapi keluhan dan suara rakyat secara berdepan. Kerajaan PAS perlu lebih terbuka menerima perbezaan pendapat.
Usah jadi macam Azmin yang memendekkan sidang DUN di Selangor.Azmin hanya jawab 36 soalan sahaja dari 297 soalan di sidang DUN Selangor. Usah jadi macam Guan Eng yang takut dengan soalan masalah banjir dalam sidang DUN di Pulau Pinang.
Bersikap demokratiklah dalam meraikan perbezaan pendapat dalam sidang DUN. Menghalau orang keluar dari dewan, kemudian menuduh orang berlakon menangis adalah modal orang yang takut pada kebenaran.
Sebagai sebuah parti yang guna nama Islam, kena bersikaplah ikut ajaran Islam. Jangan ditiru cara PKR dan DAP dalam kendalikan sidang DUN. Bersikap “gentleman” lah wahai kerajaan negeri Kelantan.
Wednesday, November 22
SUDAHLAH TUN M JANGAN BUAT KERJA BODOH.....
Lepas Hina Bugis, Mahathir Hina Pula Mantan
Sudah menjadi satu “exit strategy” bagi Mahathir untuk mengecam pihak lain bila dia dan partinya berhadapan dengan sesuatu masalah. Bila tidak ramai orang hadir berdemonstrasi di Padang Timur, Petaling Jaya, Mahathir menghina etnik Bugis.
Bila berhadapan dengan masalah partinya yang berkemungkinan diharamkan, Mahathir bertindak menghina pula bekas bekas Perdana Menteri yang terdahulu. Mahathir kata mereka itu lebih kejam dan bengis.
Semalam, Mahathir kata Tunku Abdul Rahman dan arwah bapa Datuk Seri Najib, Tun Razak sebagai “lebih bengis’ daripadanya. Tuduhan yang sama sekali tidak masuk akal kerana semua rakyat Malaysia tahu keperibadian Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn, tidak seperti yang dituduh oleh Mahathir.
Dalam satu sesi khas bersama anak muda di Petaling Jaya semalam, Mahathir ditanya soalan mengenai Akta ISA. Mahathir menjawab soalan itu dengan menjawab
selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, dia hanya menangkap seramai 1,200 orang sahaja berbanding zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn yang menangkap lebih ramai orang.
“Di zaman Tunku Abdul Rahman, beliau jadi perdana menteri selama 13 tahun lebih 2,000 orang ditangkap guna ISA. Tun Abdul Razak jadi perdana menteri selama 6 tahun, juga 2,000 lebih orang ditangkap guna ISA.
“Tun Hussein Onn jadi perdana menteri 5 tahun, 4,000 orang ditangkap. Tetapi saya hairan tidak ada siapa marah pada mereka,” katanya.
Mahathir mudah lupa sebenarnya. Lupa pada sejarah, yang akta ISA ketika zaman Perdana Menteri sebelumnya digubal untuk menangkap dan mengekang gerakan subversif Parti Komunis Malaya, PKM pada ketika itu. Akta itu digunakan untuk menjaga ketenteraman awam dan kedaulatan negara.
Ketika berucap dalam program yang turut disertai oleh Pemimpin DAP, Lim Kit Siang, Mahathir kata Perdana Menteri terdahulu itu adalah jauh lebih bengis daripada dirnya kerana tangkap lebih ramai orang di bawah ISA.
"Ni saya kurang faham kerana apa yang saya lakukan dan apa yang dilakukan mereka. Kenapa mereka tak dijadikan sasaran bahkan mereka (Tunku Abdul Rahman,Tun Razak, Tun Hussein Onn) lebih bengis dari saya," kata Mahathir semalam.
Di Dewan Rakyat bertarikh 21 Jun 1960, Allahyarham Tun Razak berkata bukan niat kerajaan untuk sesuka hati menangkap seseorang individu tetapi ia adalah satu kemestian untuk mengawal keamanan dalam negara.
"Saya suka terangkan di sini Kerajaan tidak suka hendak memberi perintah supaya seseorang itu ditahan. Akan tetapi oleh sebab difikirkan kadang-kadang mustahak kerana keselamatan negeri, maka terpaksa digunakan kuasa ini.
"Apabila seseorang itu telah ditahan, kerajaan berusaha supaya mereka itu dapat dilepaskan dengan seberapa segera," kata Tun Abdul Razak.
Ia berbeza pada zaman Mahathir, ramai yang menjadi mangsa tangkapan ISA adalah mereka yang bukannya terbabit dengan kegiatan ancaman komunis tetapi mereka yang aktif dalam politik.
28 Oktober lepas, ada badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Mahathir memohon maaf kerana menahan 106 orang di bawah ISA dalam Ops Lalang. Mahathir enggan juga mohon maaf. Masih tidak mahu mengaku kesalahan sendiri. Ego Mahathir cukup besar, dia tidak akan mengaku salahnya sendiri.
Tindakan Mahathir semalam yang menyatakan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn adalah lebih bengis daripadanya adalah tindakan Mahathir yang cukup memalukan. Tidak boleh jawab mengenai soalan ISA, bekas bekas Perdana Menteri yang sudah meninggal dunia pula dipersalahkan.
Dalam tulisan terbarunya, Mahathir menuduh Najib tidak ingat akhirat. Sebenarnya yang tidak ingat akhirat ini adalah orang yang menulis itu sendiri iaitu Mahathir. Robert Mugabe, Presiden Zimbabwe tua setahun dari Mahathir iaitu 93 tahun. Mugabe sudah disingkirkan sebagai Presiden di Zimbabwe.
Sebelum ini Mugabe adalah ahli politik paling tua di dunia. Kini rekod itu disandang oleh Mahathir, Pengerusi PPBM yang berusia 92 tahun diikuti oleh Beji Caid Essebsi, Presiden Tunisia yang berusia 91 tahun dan Kim Yong Nam, Pengerusi Presidium of the Supreme People's Assembly di Korea Utara yang berusia 89 tahun.
Kerana hendak menjatuhkan Najib, semua orang dan etnik bangsa dihina oleh Mahathir. Arwah Tun Razak pun dikatakan bengis dan kejam oleh Mahathir. Tidak dapat anak, arwah bapa pun menjadi sasaran Mahathir. Apa sudah jadi pada Mahathir? Kerana agenda peribadi, Mahathir sanggup buat apa sahaja.
Tuesday, November 21
50,000 PEKERJAAN DISEDIAKAN OLEH PRASARANA @MyRapidKL @PrasaranaCEO @CEOrapidrail
Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) menjangkakan industri rel tempatan memerlukan kira-kira 50,000 pekerja dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, ia merupakan peningkatan dua kali ganda berbanding jumlah pekerja yang ada ketika ini.
“Ini berikutan perkembangan industri rel di negara ini terutama apabila negara akan mula melaksanakan projek keretapi berkelajuan tinggi (HSR) dan projek rel yang menghubungkan pantai timur (ECRL).
“Perkembangan ini menyebabkan lebih ramai pekerja berkemahiran yang diperlukan bagi memenuhi keperluan industri,” katanya semasa sidang media selepas menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Antara skop aktiviti termasuklah kerjasama dalam perundingan dan kajian, perkongsian kepakaran dan sumber, penganjuran simposium, persidangan, kursus pendek dan mesyuarat.
Ini turut melibatkan peluang untuk mengadakan latihan praktikum dan latihan industri.
Dijangkakan kolaborasi selama tiga tahun ini akan melibatkan 1,000 pelajar pelbagai kursus seperti kejuruteraan dan perniagaan.
Menurut Azmi, pelajar-pelajar yang menunjukkan komitmen yang tinggi dan menepati ciri-ciri yang diperlukan oleh syarikat boleh terus diserap masuk bekerja.
Dalam perkembangan lain, Azmi berkata, Prasarana berharap ditawarkan satu lagi projek baharu oleh kerajaan Arab Saudi susulan kejayaan syarikat tersebut menyediakan perkhidmatan tren haji baru-baru ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut rundingan dan menjangkakan pengumuman mengenai akan dibuat pada pertengahan tahun depan.
TUN M KENA LUDAH SENDIRI "MELAYU MUDAH LUPA"
Memang penyakit "tidak tahu" ini digunakan sepenuhnya oleh Mahathir bila berhadapan dengan sesuatu isu. Bila kantoi hilang RM32 billion, cakap tidak tahu. Bila Sultan Selangor murka kerana menghina etnik Bugis, sampai ke hari ini Mahathir masih buat "tidak tahu".
Malah bila berhadapan dengan masalah parti yang dia buat sendiri pun, Mahathir masih bersikap "tidak tahu" dan menyalahkan ROS.
Diri sendiri yang cuai namun orang lain yang dipersalahkan. Inilah perangai buruk pembangkang yang tidak henti-henti menyalah orang lain bagi mengelakkan diri mereka dipersalahkan. Contoh yang ketara adalah melibatkan pendaftaran Pakatan Harapan (PH) dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Punca sebenar kelewatan pendaftaran PH adalah disebabkan kegagalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP mematuhi syarat yang oleh ROS. Namun malangnya, pembangkang menuduh kelewatan itu disengajakan dan dipolitikkan oleh kerajaan.
Sedangkan ROS pernah memberi amaran kepada PPBM mengenai tiga kesalahan yang dilakukannya iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai ARMADA dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan.
Manakala dalam isu DAP pula, parti itu berdepan dengan kemelut pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang tidak sah sebelum ini dan perlu mengadakan semula pemilihan CEC baru.
DAP sudah lama diberitahu untuk buat pemilihan semula, mereka buat tidak tahu sahaja. Dekat dekat hendak PRU14 baru hendak buat. Itu pun separuh sahaja yang datang.
Namun begitu, selepas seminggu mengadakan pemilihan semula CEC, parti tersebut masih belum menghantar laporan kepada ROS untuk pengesahan rasmi.
Jadi sebenarnya salah siapa dalam hal ini? Takkan semua kesalahan perlu diletakkan kepada kerajaan walhal dua parti ini telah diberikan peringatan lebih awal lagi sebelum ini.
ROS telah memberikan peringatan kepada PPBM supaya mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) kerana jika lambat berbuat demikian, maka ia berdepan pembubaran. Peringatan itu diberikan pada September lalu, iaitu sudah lebih tiga bulan.
Hingga kini PPBM belum mengadakan AGM berkenaan. Malah kenyataan Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh bahawa parti tersebut telah membuat AGM pada 2 November 2016 adalah tidak tepat.
Ini kerana hanya 12 orang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM yang direkodkan hadir sedangkan dalam Fasal 28 perlembagaan parti itu sendiri menyebut bahawa sebarang pindaan perlu dipersetujui tidak kurang daripada dua pertiga perwakilan yang hadir dalam perhimpunan agung tahunan atau perhimpunan agung khas.
Kalau 12 dari 30 orang sahaja yang hadir baru 40% yang hadir, tidak cukup 2/3. Apa sudah jadi, 60% lagi sudah hilang kepercayaan pada Mahathir kah?
Ini parti Mahathir Mohamad sendiri. Kenapa beliau tidak menyelesaikan perkara ini lebih awal. Bukannya tiada peringatan diberikan dan kenapa PPBM tidak mengikut perlembagaan yang mereka sendiri tulis dan buat.
Realitinya, Mahathir lebih sibuk menganjurkan demo kononnya untuk menyelamatkan Malaysia, malangnya demo berkenaan iaitu anti kleptokrasi yang diadakan di Petaling Jaya pada bulan lepas adalah gagal.
Bukan itu sahaja, Mahathir sendiri berdepan dengan tekanan akibat keceluparan mulutnya yang mengaitkan keturunan Bugis dengan lanun ketika berucap pada demo berkenaan. Patutnya tumpuan diberikan kepada parti sendiri jika mahu PPBM mengambil bahagian dalam pilihan raya umum nanti.
Dalam isu DAP pula, ROS telah mengarahkan parti itu supaya mengadakan pemilihan semula CEC sejak bulan Julai lagi. Hanya selepas beberapa bulan, barulah pemilihan itu diadakan iaitu pada 12 November lalu.
Pada mulanya DAP membantah tetapi mereka terpaksa akur selepas beberapa kali didesak oleh ROS selepas mendapat aduan daripada ahli-ahli DAP sendiri.
Jadi dalam isu kelewatan pendaftaran PH ini, pembangkang tidak perlu menuding jari kerana ROS bertindak atas peruntukan yang termaktub dalam undang-undangnya.
Tidak perlulah menuding jari kepada pihak lain. Selesaikan sendiri masalah dalaman mereka dengan segera dan ikutlah peraturan yang ditetapkan. Undang-undang yang ada adalah untuk diikuti, bukan dipandang sepi.
Usah buat perangai "tidak tahu" dalam hal ini. Undang undang parti sendiri pun mereka tidak mahu patuh apatah lagi janji janji manis mereka kepada rakyat.
Sudah pasti semua janji itu pun mereka akan mungkiri. Jangan percayalah pada pembangkang yang berperangai begini. Rakyat dah lama dah tahu taktik "tidak tahu" ini. Berapa kali hendak tipu rakyat?
Monday, November 20
PRASARANA PERMANTAPKAN PERAKUAN BERSUMPAH UNTUK PERKASA INTEGRITI
Dato’ Sri Azmi Abdul Aziz menerima watikah Ikar Bebas Rasuah daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad. Turut di gambar adalah Ketua Integriti Kumpulan Prasarana, Dato’ Shaharom Nizam Abd Manap
Dato’ Sri Azmi Abdul Aziz mengetuai bacaan Ikrar Bebas Rasuah.
Perakuan Bersumpah, yang perlu ditandatagani oleh semua vendor dan pembekal yang berurusan dengan Prasarana dan anak-anak syarikatnya, memperuntukkan syarat yang membolehkan tindakan mahkamah boleh diambil jika berlaku kesalahan di samping syarikat berkenaan disenarai-hitamkan.
Mengumumkan inisiatif-inisiatif ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Dato’ Sri Azmi Abdul Aziz berkata para vendor dan pembekal turut disyaratkan untuk menghadiri Taklimat Integriti sekurang-kurangnya sekali bagi memastikan mereka benar-benar mengerti hasrat di sebalik penandatangani Perakuan berkenaan dan program keseluruhan integriti Kumpulan berkenaan.
Warga kerja Prasarana melaungkan ikrar
Di kalangan para pegawai dan kakitangan Kumpulan Prasarana pula, mereka disyaratkan untuk membuat pengisytiharan untuk apa juga percutian luar negara bagi mengesahkan bahawa segala kos percutian berkenaan ditanggung sendiri dan bukan oleh mana-mana pihak ketiga.
Pada majlis yang turut dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan para pegawai tinggi suruhanjaya berkenaan, Dato’ Sri Azmi turut memimpin bacaan Ikrar Bebas Rasuah bersama-sama dengan anggota Barisan Kepimpinan Kanan Prasarana, staf dan kakitangan serta vendor-vendor dan syarikat-syarikat pembekal.
Ikrar berkenaan, antara lain, menzahirkan janji untuk bersama-sama mematuhi segala perundangan, peraturan, prosedur dan dasar yang berkaitan dengan jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa di samping sentiasa bekerjasama dengan SPRM.
Mereka juga berikrar untuk membenci dan menolak apa juga bentuk jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan mengaku tidak akan terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dengan kegiatan rasuah.
Melalui ikrar berkenaan, mereka turut berjanji akan memastikan semua staf di bawah mereka akan bebas daripada gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa; dan mereka akan melaporkan kepada SPRM sebarang kegiatan jenayah rasuah dan penyelewengan kuasa.
“Objektif Bulan Integriti 2017 & Ikrar Bebas Rasuah Prasarana iaitu untuk menjadikan Integriti sebagai Budaya Warga Kerja Kumpulan Prasarana serta memperkukuhkan nilai-nilai integriti dan meningkatkan kesedaran tentang integriti di kalangan semua staf dan kakitangan.
“Ikrar Bebas Rasuah ini adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh SPRM bagi memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh kepimpinan organisasi dan warganya supaya lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama berkhidmat di organisasi tersebut.
“Prasarana amat menyokong sepenuhnya inisiatif SPRM ini dan memberi komitmen bagi Ikrar Bebas Rasuah ini,” tegas Dato’ Sri Azmi, yang turut menyeru semua warga kerja Kumpulan Prasarana untuk sentiasa memperbaharui iltizam dan kesungguhan bekerja serta menyokong hasrat Syarikat membudayakan integriti dalam perkhidmatannya.
Para vendor dan pembekal pula diingatkan supaya sentiasa mematuhi segala polisi dan prosedur yang ditetapkan oleh Kumpulan Prasarana, yang komited inginkan urusan yang bebas daripada gejala rasuah.
Berucap pada majlis itu, Tan Sri Dzulkifli menegaskan tentang pentingnya untuk setiap rakyat Malaysia memberikan komitmen penuh dalam menyokong aspirasi SPRM untuk menjadikan Malaysia bebas rasuah.
Dalam ucapan ringkasnya, beliau berkata setiap rakyat tidak boleh memandang remeh terhadap apa jua bentuk gejala dan sentiasa mengamalkan ‘Prinsip 3 J’ untuk menjayakan misi berkenaan.
Prinsip 3 J adalah ‘Jangan Hulur; Jangan Kawtim; dan Jangan ‘Settle’.
Friday, November 17
@MyRapidKL BONGKAR KEGIATAN PENYALAHGUNAAN KAD KONSESI MYRAPID @CEOrapidrail
Bermula 15 November 2017 Rapid KL telah menjalankan operasi secara besar-besaran bagi mengesan penyalahgunaan kad konsesi MyRapid dikalangan pengguna rel dan bas.
Pada hari pertama dan kedua operasi, sebanyak 81 kad konsesi yang terdiri daripada 48 kad konsesi pelajar, 31 kad konsesi warga emas dan 2 kad konsesi OKU telah dirampas.
“Kami mendapati ada pelajar yang telah diperalatkan oleh ahli keluarga mereka untuk memohon kad konsesi pelajar, namun kad konsesi tersebut disalahgunakan oleh ahli keluarga mereka untuk ulang alik ke tempat kerja,’ kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman dalam satu kenyataan hari ini
Antara sebahagian kad konsesi yang dirampas dalam operasi kesan penyalahgunaan kad konsesi MyRapid
Terdapat juga kes dimana warga emas memberikan kad konsesi mereka kepada ahli keluarga untuk tujuan yang sama.
Harus diingatkan bahawa kad konsesi MyRapid tidak boleh dipindah milik seperti mana tertakluk dalam terma dan syarat.
“Pasukan pemantau Rapid KL akan memperhebatkan operasi ini sehingga tiada lagi yang berani melanggar undang-undang.”
Pengguna yang dikesan menyalahgunakan kad konsesi MyRapid akan disenarai hitam selain kad mereka akan dirampas.
Kad konsesi MyRapid ini disediakan khusus untuk golongan orang kelainan upaya (OKU), pelajar dan warga emas untuk menikmati kadar diskaun tambang 50 peratus bagi semua perkhidmatan kendalian Rapid KL.
Pengguna yang ingin menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan tiket boleh berbuat demikian dengan menghubungi khidmat pelanggan Rapid KL di talian 03-7885 2585 atau berhubung terus menerusi media sosial Rapid KL.
Wednesday, November 15
Trump Puji Najib, Perjuangan Membela Rohingya Makin Positif
Sentuhan Datuk Seri Najib Razak terbukti cemerlang. Walau apapun yang dilakukan oleh Perdana Menteri, ternyata ia membuahkan hasil terbaik meskipun dikecam dan diserang dari pelbagai sudut.
Ini termasuklah perjuangan ikhlas beliau dalam membela nasib etnik Rohingya. Keseriusan perjuangan Najib ini dapat dilihat apabila beliau membawakan isu berkenaan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada September lalu, ketika melawat Rumah Putih.
Pada masa itu, pembangkang merendah-rendahkan perjuangan Najib dan pelbagai tohmahan serta fitnah dilemparkan, seolah-olah mereka berada bersama Trump ketika itu.
Dari meragui status lawatan bertemu Trump yang dikatakan bukan standard lawatan negara sehinggalah kepada warna tali leher juga dipertikai mereka.
Akhirnya mulut pembangkang tertutup apabila Trump telah memuji Najib sebagai pemimpin yang cemerlang dalam kerjanya. Pujian itu dilakukan beliau di Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di Filipina.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Najib atas kecemerlangan penganjuran majlis dialog ini dan saya sangat menghargainya. Anda menyelaraskannya dengan baik dengan kami," kata Trump.
Ternyata apa yang diusahakan oleh Najib dalam perjuangan membela nasib Rohingya mendapat perhatian hinggakan Kanselor Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi yang sebelum ini dikritik kerana membisu terhadap penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan terhadap etnik tersebut, telah membuka mulut.
Suu Kyi yang hadir pada sidang kemuncak ASEAN itu menyatakan kerajaan Myanmar sedang berunding dengan Bangladesh, yang menjadi tumpuan lebih 600,000 pelarian sejak krisis ini bermula Ogos lalu, bagi mengadakan satu memorandum persefahaman (MoU) untuk menentukan penghantaran balik pelarian tersebut dari sempadan kedua-dua negara.
Suu Kyi pada sidang pleno itu juga telah menyatakan kesediaan kerajaan beliau untuk memberi kerjasama kepada misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Rohingya yang masih berada di Rakhine.
Akhirnya ucapan tahniah paling tepat diberikan buat Perdana Menteri yang telah berjuang habis-habisan dalam isu ini. Sejak Disember 2016 lagi beliau telah menyuarakan akan keprihatinan terhadap pelarian Rohingya ini.
Ternyata beliau tidak mungkir janji. Tidak seperti pemimpin pembangkang lain yang suka buat pusingan u dalam semua aspek. Bukan itu sahaja, pembangkang juga suka menyalahkan orang lain dan disebabkan itulah mereka tidak layak memimpin negara.
Tuesday, November 14
Inisiatif merakyatkan EPU #ExpoNegaraku #EPU #Negaraku #BetterNation @MpKotaBelud
Apakah itu Expo Negaraku? Ianya adalah sebuah ekspo yang menjadi wadah terbaik untuk rakyat melihat, mendengar dan merasai sendiri segala pencapaian pembangunan dan infrastruktur yang dihasilkan oleh kerajaan anjuran Unit Perancang Ekonomi , Jabatan Perdana Menteri.
Seramai 500,000 pengunjung disasarkan mengunjungi Expo Negaraku 2017 yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka selama sebulan bermula 15 November hingga 15 Disember ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, expo infrastruktur terbesar itu bakal mempamerkan pembangunan semasa dan akan datang yang dirancang kerajaan untuk memberi kehidupan lebih sempurna dan sejahtera buat seluruh rakyat Malaysia.
Ini adalah program merakyatkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk memberitahu masyarakat apa fungsi EPU yang selama ini di belakang tabir setiap kali ada projek pembangunan infrastruktur.
Pameran ini mempunyai lima tarikan kubah gergasi yang setiap satunya memberi gambaran dan maklumat prasarana semasa dan bakal dibina pada masa akan datang.
Ia juga adalah pameran terbesar dan canggih kerana pengunjung bukan saja memperoleh maklumat malah berpeluang menyentuh panel interaktif yang dipamerkan termasuk merasai tiupan angin serta semburan hujan menerusi paparan video mengikut suasana.
Pemilihan Dataran Merdeka sebagai lokasi penganjuran berikutan kedudukan strategik dengan kemudahan pengangkutan awam dan bangunan ikonik yang signifikan dengan nilai warisannya.
Kita menggalakkan orang ramai menaiki pengangkutan awam untuk memudahkan perjalanan, malah kita juga menjemput mereka yang berada di luar Lembah Klang untuk hadir ke expo ini.
Bagi mereka yang berkeluarga dan datang berkumpulan, kita menyediakan pakej istimewa iaitu diskaun hotel penginapan pada kadar harga berpatutan.
Pelbagai acara menarik diatur sepanjang expo berkenaan berlangsung antaranya termasuk pertunjukan pancaran cahaya lampu setiap malam, pesta makanan dan buah-buahan, konsert dan permainan tradisional.
Sebarang maklumat berkaitan expo dan tawaran pakej istimewa disediakan boleh melayari laman sesawang EPU, Facebook, Instagram dan Twitter Exponegaraku serta emelkan pertanyaan kepada sekretariat di exponegaraku@gmail.com
#INFO
- Waktu pameran, 10 pagi hingga 10 malam.
- Berlangsung dari 15 November hingga 15 Disember 2017.
- Mempunyai lima kubah yang dihubungkan dengan struktur lingkaran berpusat.
- Tempoh antara 45 hingga 60 minit dijangka diperlukan untuk melawat lima kubah.
"Diharap ekspo ini mampu menjadi satu bingkisan gambaran sejauh mana kemajuan yang sudah kita capai hasil usaha kepemimpinan pihak kerajaan dan sokongan padu yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia," Datuk Sri Abdul Rahman Dahlan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Seramai 500,000 pengunjung disasarkan mengunjungi Expo Negaraku 2017 yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka selama sebulan bermula 15 November hingga 15 Disember ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, expo infrastruktur terbesar itu bakal mempamerkan pembangunan semasa dan akan datang yang dirancang kerajaan untuk memberi kehidupan lebih sempurna dan sejahtera buat seluruh rakyat Malaysia.
Pameran ini mempunyai lima tarikan kubah gergasi yang setiap satunya memberi gambaran dan maklumat prasarana semasa dan bakal dibina pada masa akan datang.
Ia juga adalah pameran terbesar dan canggih kerana pengunjung bukan saja memperoleh maklumat malah berpeluang menyentuh panel interaktif yang dipamerkan termasuk merasai tiupan angin serta semburan hujan menerusi paparan video mengikut suasana.
Kita menggalakkan orang ramai menaiki pengangkutan awam untuk memudahkan perjalanan, malah kita juga menjemput mereka yang berada di luar Lembah Klang untuk hadir ke expo ini.
Bagi mereka yang berkeluarga dan datang berkumpulan, kita menyediakan pakej istimewa iaitu diskaun hotel penginapan pada kadar harga berpatutan.
Pelbagai acara menarik diatur sepanjang expo berkenaan berlangsung antaranya termasuk pertunjukan pancaran cahaya lampu setiap malam, pesta makanan dan buah-buahan, konsert dan permainan tradisional.
Sebarang maklumat berkaitan expo dan tawaran pakej istimewa disediakan boleh melayari laman sesawang EPU, Facebook, Instagram dan Twitter Exponegaraku serta emelkan pertanyaan kepada sekretariat di exponegaraku@gmail.com
#INFO
- Waktu pameran, 10 pagi hingga 10 malam.
- Berlangsung dari 15 November hingga 15 Disember 2017.
- Mempunyai lima kubah yang dihubungkan dengan struktur lingkaran berpusat.
- Tempoh antara 45 hingga 60 minit dijangka diperlukan untuk melawat lima kubah.
Monday, November 13
#TN50 BERSAMA PRASARANA @MyRapidKL
Suara belia meluahkan aspirasi mereka terhadap Tranformasi Nasional 2050 atau TN50 akan diperluaskan kepada belia Felda di seluruh negara.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, beliau akan bersama belia Felda untuk mendapatkan idea dan aspirasi untuk TN50.
Katanya, Kementerian Belia dan Sukan kini bekerjasama dengan syarikat korporat iaitu Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk memperhebatkan lagi kesedaran dan pemahaman tentang TN50 kepada masyarakat, khususnya pemuda dan pemudi.
“Hari ini kita telah mengumumkan kolaborasi TN50 dengan Prasaraa dalam bentuk beberapa inisiatif teruyama adalah pengiklanan TN50 yang dibalut pada dua tren aliran ringan (LRT) empat gerabak, 42 bas Rapid setingkat dan dua bas dua tingkat.
“Selain itu kita telah menerima aspirasi belia iaitu pengguna bas dan tren kendalian kumpulan Prasarana daripada 10 duta muda TN50 daripada syarikat itu dan 10 aspirasi paling popular telah dibentang.
“Ini contoh komitmen agensi bukan kerajaan yang dapat bersama kementerian untuk menyumbang kesedaran dan memberi idea berkenaan TN50.
“Setakat hari ini saya telah memperolehi 80,000 suara aspirasi daripada 1.5 juta belia di seluruh pelosok negara untuk dirangkumkan dalam laporan penuh kelak,” katanya.
Terdahulu beliau merasmikan 42 bas Rapid KL dan dua tren empat gerabak yang dibaluti iklan TN50 yang bertujuan mempromosikan program TN50.
Dalam pekembangan berkaitan beliau berkata, TN50 merupakan rancangan yang bukan sekadar untuk belia bandar dan akan diperluaskan kepada belia luar bandar.
“Untuk itu saya baru-baru ini telah pun berjumpa dengan belia etnik Kadazan dan Dusun di Sabah dan belia di Sarawak dan mengumpul aspirasi mereka.
“Esok saya akan berjumpa dengan belia Felda dari seluruh Malaysia untuk merekodkan suara hati dan idea mereka.
“Kesemua idea dan idea yang dikumpulkan itu akan dirangkumkan dalam bentuk laporan aspirasi belia TN50 yang akan saya bentangkan pada Januari ini dan dasarnya akan diumumkan PM pada sambutan Hari Malaysia 16 September 2018,” ujarnya.
Ditanya mengenai aspirasi beliau sendiri yang inginkan untuk belia, Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, aspirasi peribadinya adalah supaya menjadikan pusat ibu negara sebagai bandar lestari yang 100 peratus pengangkutan awam.
“Maksudnya tidak ada penggunaan kenderaan berpetrol dan diesel sebaliknya kenderaan elektrik dan penggunaan pengangkutan awam sepenuhnya iaiitu revolusi hijau dilaksanakan sepenuhnya.
“Ia bukan mudah kerana kita perlu meneruskan usaha mengubah minda dan tingkah laku rakyat supaya dapat menerima perubahan teknologi itu pada 2050.
“Dan dalam 10 aspirasi Prasarana tadi saya tertarik dengan aspirasi pengangkutan awam tren bas dan teksi yang terbang di udara, saya berharap ini dapat disertakan dalam aspirasi utama yang akan disediakan nanti,” katanya
Saturday, November 4
Tabung Haji nafi hubungi pendeposit, untuk laksana transaksi pindahan wang
Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan tidak pernah menghubungi mana-mana pendeposit bagi sebarang tujuan transaksi pemindahan wang.
Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Lembaga TH dalam satu kenyataan berkata peraturan pengeluaran atau pindahan wang juga tidak boleh dilaksanakan melalui panggilan telefon.
Sila klik PORTAL TABUNG HAJI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.
"TH telah menerima aduan daripada pendeposit, terdapat sindiket yang menyamar sebagai kakitangan TH telah menghubungi mereka dan memaklumkan berlaku transaksi pindahan wang dari akaun TH kepada pihak ketiga melalui sebuah bank komersial tempatan.
"Untuk melakukan pengesahan transaksi tersebut, pemanggil memaklumkan akan mengalih panggilan tersebut ke Balai Polis Kota Kinabalu, di mana pegawai balai akan mendapatkan maklumat akaun pendeposit," kata kenyataan itu Jumaat.
Justeru, TH menasihatkan para pendeposit agar tidak mudah percaya sekiranya menerima panggilan telefon yang mendakwa sebagai kakitangan TH berhubung transaksi pemindahan wang.
Para pendeposit juga dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak menuruti arahan pemanggil atau mendedahkan maklumat akaun mereka kepada orang tidak dikenali.
Pendeposit boleh menghubungi talian 03-62071919 untuk sebarang pertanyaan.
Thursday, November 2
Tren monorel 4 gerabak kembali pertengahan Disember
Tren empat gerabak KL Monorel yang diberhentikan perkhidmatannya sejak Mei lalu akan kembali beroperasi pada pertengahan bulan depan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Datuk Seri Azmi Abdul Aziz, berkata kerja menaik taraf ciri keselamatan dan baik pulih gerabak sedang berjalan.
"Kita sedia maklum kesesakan yang dihadapi pengguna apabila hanya tren dua gerabak digunakan sekarang.
"Jadi kita cuba mempercepatkan kerja baik pulih dan semuanya berjalan lancar. Apabila siap nanti, ia akan mula beroperasi secara berperingkat," katanya.
Azmi juga berkata, Prasarana tidak akan berkompromi mengenai keselamatan, begitu juga soal keselesaan pengguna.
"Sebab itu kita menghentikan sementara waktu tren terbabit. Apabila siap nanti, lima tren empat gerabak akan beroperasi sepenuhnya untuk memberi perkhidmatan kepada warga kota," katanya pada Pelancaran program Senyuman Mesra & Ikhlas, Layanan Efisein (SMILE) di Stesen LRT Putra Heights, di sini.
Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Datuk Zohari Sulaiman; Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bas Sdn Bhd, Azam Omar dan Ketua Divisyen Modal Insan, Abdul Mutaliff Abdul Manaf.
Azmi berkata, program SMILE adalah inisiatif Kumpulan Prasarana di bawah program Budaya Layanan Cemerlang dalam menerapkan nilai murni dalam perkhidmatan.
Program itu, katanya diharap dapat menaikkan imej syarikat dan seterusnya lebih ramai menggunakan perkhidmatan yang dikendalikan.
"Selain merapatkan hubungan dengan pelanggan dan menyerlahkan perkhidmatan yang mesra dan ceria, program ini juga untuk memupuk budaya mesra dalam kalangan warga kerja.
"Kita juga meletakkan sasaran jangka panjang untuk menghasilkan tanggapan positif pelanggan terhadap perkhidmatan bas dan rel yang dikendalikan oleh Prasarana," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Shiha dan Ieda Zikir Dinobat Juara Famili Duo Musim Keempat - SHAH ALAM – Persembahan bertenaga dan memukau pasangan adik-beradik Shiha Zikir dan Ieda Zikir melayakkan mereka merangkul gelaran juara musim keempat Fami...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2017
(107)
-
▼
November
(15)
- LIM GUAN ENG KANTOI SONGLAP DUIT PERUNTUKKAN
- WOW BELAMBAK DUIT PARTI BUNGA....?
- LIM GUAN ENG ANGGAP ADUN PKR SAMPAH #BantuanBanjir
- Minyak Turun, Ringgit Mengukuh,Pembangkang Lari Ma...
- ADUN Paloh Menangis Kerana Rakyat Kelantan
- SUDAHLAH TUN M JANGAN BUAT KERJA BODOH.....
- 50,000 PEKERJAAN DISEDIAKAN OLEH PRASARANA @MyRapi...
- TUN M KENA LUDAH SENDIRI "MELAYU MUDAH LUPA"
- PRASARANA PERMANTAPKAN PERAKUAN BERSUMPAH UNTUK PE...
- @MyRapidKL BONGKAR KEGIATAN PENYALAHGUNAAN KAD KON...
- Trump Puji Najib, Perjuangan Membela Rohingya Maki...
- Inisiatif merakyatkan EPU #ExpoNegaraku #EPU #Nega...
- #TN50 BERSAMA PRASARANA @MyRapidKL
- Tabung Haji nafi hubungi pendeposit, untuk laksana...
- Tren monorel 4 gerabak kembali pertengahan Disember
-
▼
November
(15)