Showing posts with label #PRKampus. Show all posts
Showing posts with label #PRKampus. Show all posts

Wednesday, November 27

RASUAH DAN GULA-GULA #PRKampus #WeCare #UM @razaliibrahim @TunFaisal


Memang banyak kempen Pro-Menipu kantoi pada kali ini. Dedahan terbaru telah dibuat oleh blogger HarapanEsok membuktikan bahawa Pro-Menipu memang terdesak walaupun ini adalah kubu kuat mereka.

Maruah Mahasiwa telah dicemarkan oleh gerombolan Pro-Menipu ditahap paling keji sekali. Jika mereka yang telah memberi rasuah ini diangkat menjadi pemimpin kelak apalah nasib semua mahasiswa kelak.

Negara ini sedang mengalami sindrom kelesuan pemikiran yang kronik. Punca utama masalah ini adalah budaya kritikal yang semakin pupus. Hasilnya – sebuah masyarakat yang ketandusan idea dan wawasan.

Lihat sahaja kualiti mahasiwa yang terlibat dengan janji manis puak pembangkang begitu rendah nilainya hingga tepu dengan penampilan bertunjangkan glamer dan populariti .

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyebut :  
"Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. 
Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : “Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah”. [HR al-Bukhari dan Muslim] 
Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: 
 “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
Cuba bayangkan betapa MEWAHnya aktivis Pro-M yang didukung oleh Kerajaan Negeri yang KAYA macam Selangor dan Penang ini...Siap boleh naik gaji sampai lebih 100% lagi dalam keadaan DANA politik mereka dibelanjakan setiap masa (Politik tanpa henti). Patutlah penggerak-penggerak PRO-M sendiri tampak mewah kini...



Kenderaan kempen sahaja pun tidak kurang RM100K sebuah...masyukk...

Monday, November 25

WAYANG TERBARU DARI #PRKampus #WeCare #UM


Setiap tahun pastinya ada kisah disebalik PRK Kampus dari Universiti Malaya. MKP tertanya jugak pada kali ini apa pulak wayang atau drama tongkol yang bakal dihidangkan. Pelajar disana bukanlah semua mengikut telunjuk yang dibawa oleh PRO-Menipu. Tapi sebijak mana pun masih lagi tertipu dengan wayang yang telah dimainkan.

Faktor utama yang membuatkan mereka menipu adalah kerana mengikut IDOLA kaki Lubang kunyit Anwar Ibrahim. Ini Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang yang bercita-cita besar mahu jadi Perdana Menteri Malaysia. Kerana nafsunya itu, Anwar sanggup berjanji apa-apa sahaja.

Kalau di peringkat kampus, kita juga berhadapan dengan segelintir pemimpin mahasiswa yang mempunyai persamaan seperti Anwar. Apa persamaannya? Persamaan mereka adalah dalam menabur janji-janji yang manis dan indah-indah.

Kumpulan mahasiswa ini dahulunya dikenali sebagai pejuang-pejuang idealis sehingga digelar sebagai grup Idealis Mahasiswa. Asas perjuangan mereka ini diserap daripada semangat sosialisme yang berakar umbi jauh hingga ke dalam fahaman komunisme. Ia kompleks untuk diterangkan dalam ruang singkat sebegini.

Kumpulan ini selalunya tampil dengan idea-idea yang sangat memukau. Kebebasan akademik, autonomi mahasiswa, kuasa mahasiswa dan bermacam lagi slogan yang gempak-gempak. Kerana itulah juga mereka digelar Idealis, kerana idea-idea mereka yang bersifat amat ideal (cantik, sempurna dan tiada cacat celanya).

Namun, relevankah perjuangan sebegini? Kebebasan yang menjadi akar dalam setiap tuntutan mereka kadang-kala bersifat amat mutlak, tanpa ada batasan-batasan lagi.

Untuk mencapai matlamat tersebut pula, mereka akan mencipta pelbagai slogan yang boleh menggegarkan hati dan jiwa kita sehingga mengaburi kuasa akal untuk berfikir secara rasional.

Misalnya, pernah sebelum ini kumpulan mahasiswa tertentu membuat tuntutan supaya mereka diberikan hak untuk mengurus sendiri pilihan raya kampus, mengambil bahagian dalam Majlis Senat Universiti atau Lembaga Pengarah dan menentukan kewangan universiti.

Kemudian, kita dengar pula muktahir ini, mereka menuntut supaya pendidikan tinggi diberikan percuma, yuran pengajian dihapuskan dan mereka bebas untuk berpolitik di dalam kampus. Sewenang-wenangnya. Untuk apa semua ini? Supaya akademik jadi nombor dua dan supaya mahasiswa boleh bertindak seperti orang politik di luar sana? Hanya kerana anda mahasiswa?

Malangnya, suara-suara beginilah yang akhir-akhir ini begitu lantang kedengaran di sana sini. Anwar Ibrahim tidak kisah dengan implikasi-implikasi yang akan berlaku kerana beliau hanya fikirkan undi daripada rakyat. 

Tetapi bagaimana dengan mahasiswa yang hanya mempunyai tiga hingga lima tahun sahaja di kampus?Berikut adalah Kronologi yang telah dilakukan oleh Pro-Menipu dari tahun 2009 hingga 2012.


Wednesday, September 26

#PRKampus Kemenangan Besar Kepada #AspirasiMahasiswa


Keputusan Pilihanraya Kampus semalam, ianya meneruskan penguasaan di Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Terenganu, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPM dan Universiti Sains Malaysia serta Universiti Teknologi Malaysia.

Pengurusan tiga universiti sebelum ini mengumumkan bahawa tidak ada kumpulan Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa di kampus masing-masing, antaranya Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Terengganu serta Universiti Teknikal Malaysia,

Sekiranya ketiga-tiga universiti berkenaan dikategorian tidak memihak mana-mana kumpulan, kumpulan Pro-Aspirasi dilihat menguasai sehingga 17 pusat pengajian tinggi awam.

Kumpulan Pro-Mahasiswa(Anwar) mengekalkan pengaruh di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang akan mengadakan pemilihan semula dilihat menarik untuk diikuti.

Tuesday, September 25

TERKINI KEPUTUSAN TAK RASMI #PRKUSM #PRKampus


Pengiraan undi kini sedang dijalankan,tapi yang best kat sini adalah pengundian dijalankan secara manual...Berikut adalah keputusan tak rasmi ek...

Kampus Induk UMUM 6/6

 Kampus Kejuruteraan 7/7

Kampus Kesihatan 4/7. 

Aspirasi Mahasiswa mendahului.

45 kerusi dipertandungkan melibatkan kerusi umum dan fakulti daripada kampis induk, Fakulti perubatan dan kejuruteraan USM.9 kerusi umum manakala selebihnya adalah kerusi fakulti.3 kerusi umum dimenangi tanpa bertanding manakala 18 kerusi fakulti dimenangi oleh pro-Aspirasi.


Kenapa Awek Nie Menangis Der? #PRKampus


Apa nie!!!!! Tak lawa dah jadinya MKP tengok bila menangis dan merintih.MKP nie pantang bila tengok awek menangis der Almaklum MKP nie bukan nak puji diri sendiri akan tetapi inilah sifat lelaki yang terlebih kasih dan sayang.Tapi kena betul tempatnya bila nak terlebih kasih dan sayang nie der bukan boleh hentam semborono aje nanti susah jadinya sakit dapat malu pun dapat........Luahan dari Awek menyatakan telah si sabotaj oleh rakan-rakannya kerana rupa paras yang kurang menarik dan pakaian yang not up to date.Sabaq ajelah ini lah politik adik oiiiiii...Tiada bezanya diantara politik kampus dan berparti semuanya sama...

BACA SETERUSNYA

MKP Ayat Sempoi : Sejak jadi "GENG OPPA" nie selalu aje terlebih kasih dan sayang.....Al-Rahman dan Al-Rahim.........
 

Monday, September 24

#Pro-Menipu Fitnah PM Dengan Surat UMNO Palsu #PRKampus


Tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu membuat fitnah dengan menggunakan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sesuatu perbuatan terdesak kumpulan tertentu bagi meraih sokongan pada pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Mereka yang melakukan perbuatan itu bukan sahaja terdesak malah sudah terpengaruh dengan cara pembangkang yang sering membuat fitnah dengan menggunakan nama pemimpin negara demi kepentingan politik mereka.Memang tidak diduga ada penuntut UIA yang sanggup melakukan perbuatan sehingga begitu sekali untuk dapatkan sokongan, penuntut terbabit nampaknya semakin berani sehingga sanggup memalsukan kepala surat UMNO dan tanda tangan Perdana Menteri untuk berkempen.

Sunday, September 23

KEJUTAN GEMPAK BERLAKU DI USM #PRKampus


Agak aneh apabila membaca status yang dikemaskini oleh Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia (PMIUSM) di dinding Facebooknya, semalam. Lihat printscreen kenyataan tersebut seperti di bawah.


Dalam kenyataan rasminya selaku Setiausaha Agung itu, Saudari Ummul Aiman Hj. Abd Sani mendakwa Persatuan Mahasiswa Islam USM tidak sama dengan Pro-Mahasiswa tetapi secara peribadi, beliau menyokong gerakan mahasiswa pro-pembangkang tersebut.

Adakah ia cubaan untuk membersihkan nama baik PMI selepas imej Pro-M teruk diaibkan oleh gelagat pemimpin-pemimpin utamanya sendiri?

Atau PMI USM sudah malu untuk mengaku mereka sebagai teras utama Pro-Mahasiswa di Universiti Sains Malaysia?

BACA SETERUSNYA

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive