Showing posts with label BR1M. Show all posts
Showing posts with label BR1M. Show all posts

Wednesday, January 2

IMPAK BR1M TAKUTKAN TOKONG CROCKY EROGAN LGE....?


Kerajaan Barisan Nasional (BN) dijangka akan menerima sokongan pengundi yang tinggi dalam pilihan raya tahun ini, memandangkan Putrajaya akan mula mengedarkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bermula Febuari depan.

Lim Guan Eng dah risau dan meracau didalam ceramahnya pada Konsert #UbahRocketStyle semalam dan mempertikaikan bantuan itu sebagai gula-gula pilihanraya BN pada PRU-13...

Sunday, December 23

GEMPAR : 1JUTA ANAK MUDA BELUM DAFTAR BR1M....

MKP terbaca satu laporan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, menggesa mereka yang belum mendaftar termasuk ketua isi rumah yang tercicir daripada senarai penerima BR1M lalu, supaya segera mengemukakan permohonan sebelum 31 Disember ini.

Hanya tinggal 8 hari saja tinggal untuk mendaftar.Apa korang tunggu lagi takkan nak bagi kat korang duit tak mau....Bukan susah pun nak daftar pun...cara online pun boleh der...MKP bagi link nie korang bolehlah daftar online KLIK 

Tuesday, October 2

Download Borang BR1M 2.0 - Bermula Pertengahan Oktober 2012

Download Borang BR1M 2.0 - Bermula Pertengahan Oktober 2012 Tak sangka ramai yang mencari untuk download online borang Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2013 yang lalu. Namun, borang BR1M 2.0 masih belum ada. So, kena bersabar sikit lagi.


Menurut sumber, Borang BR1M 2.0 boleh diperolehi bermula pertengahan bulan Oktober 2012 sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan semalam.

Saturday, June 9

BERITA BAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA!! @NajibRazak


Cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pusingan kedua telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu boleh dilaksanakan sekiranya kerajaan memperoleh peningkatan sumber pendapatan termasuk penambahan jumlah kutipan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Semalam kita bincang dalam Kabinet. Datuk Seri Noh (Omar) pun ada. Saya beritahu Perdana Menteri, kalau agak ada duit lebih kita buat sekali lagilah (BR1M). Tidak tahulah, itu pandangan saya tetapi PM senyum sahaja.

“Beliau kata apa susah, cari sumber, kita sudah ada sumber tetapi kadang-kadang pendapatan tidak dikutip dan bila Perdana Menteri arahkan LHDN tingkatkan kutipan, tahun lalu dapat tambah hasil RM26 bilion dan tahun ini diarahkan tingkatkan kepada RM30 bilion," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap pada Program Mesra Rakyat sempena Sambutan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Tambak Jawa, Jeram di sini hari ini.

Hadir sama, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Amiruddin Setro; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud dan Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Mad Yunus.

Sehingga kini, dianggarkan seramai 4.78 juta orang telah menerima manfaat daripada pengagihan BR1M daripada keseluruhan jumlah peruntukan sebanyak RM2.6 bilion yang diluluskan kerajaan.

Ia termasuk penerima BR1M di Parlimen Kuala Selangor yang mencecah 8,376 orang dengan nilai sebanyak RM4 juta.

Muhyiddin berkata, kerajaan mampu menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat dan melaksanakan pembangunan melalui dasar transformasi nasional yang digerakkan oleh pentadbiran Najib.

Malah, katanya, bantuan itu diberikan dalam bentuk subsidi mencecah berbilion ringgit setahun, namun tidak disedari rakyat kerana sudah terlalu lama menikmatinya di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Subsidi yang kerajaan tanggung berjumlah RM2 bilion, tuan-tuan tidak tepuk tangan, fasal sudah biasa kerana apa yang BN beri biasanya orang sudah lali, sebab sudah lama sangat tetapi tidak dapat dinilai. Kalau sebelah sana beri RM100, ya Allah cerita gempak seluruh dunia.

“Kita beri RM500, bagi subsidi...(orang kata) biasalah itu tanggungjawab kerajaan, sedangkan tidak semua negara buat begitu. Jiran kita Indonesia, rakyat mereka berarak di jalan raya kerana membantah keputusan kerajaan menaikkan harga minyak," katanya.

Pada masa sama, Muhyiddin turut menegur sikap penganjur perhimpunan haram Bersih 3.0 baru-baru ini yang sanggup melakukan demonstrasi ketika negara kekal aman dan makmur.

Katanya, demonstrasi itu juga tidak wajar diadakan ketika rakyat menikmati harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit yang terus meningkat manakala harga bahan bakar dapat dikawal tanpa berlaku kenaikan.

“Tidak ada rakyat kita yang mati kebuluran tetapi di mana-mana tempat saya pergi ramai yang meninggal dunia kerana sebab terlebih makan.

“Macam hari ini, makanan yang disediakan sampai tidak termakan, masya-Allah, inilah ‘Baldatun Taiyyibatun Wa Rabbun Ghafur’ (negara yang baik dan diampuni Tuhan)," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat negeri ini kembali memberikan sokongan kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi memastikan lebih banyak manfaat disalurkan kepada mereka.

“Kalaulah ini usaha kerajaan mengapa tidak sokong BN. Kita hendak ingatkan orang Selangor agar kembalikan semula kerajaan kepada BN.

“Kita sudah buat banyak perkara semasa mentadbir dan kita akan buat lebih banyak lagi berbanding apa yang dilakukan pembangkang, ini janji kita," tegasnya. - utusan

Thursday, February 9

Pengundi Cina Telah Kembali Kepada BN.Ong Tee Keat??????

Inilah impak dari BR1M terhadap pengundi saluran 1 dikawasan kaum cina yg ada sekitar Pulau Pinang.Sehinggakan ada Adun DAP pening kepala dibuatnya untuk mengambil hati dari komuniti ini.Maklumat yang MKP terima oleh suara akar umbi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada PM.Ada pulak tomahan yang dibawa oleh pihak pembangkang yang nampaknya terdesak menyatakan harga barang akan naik apabila selesai PRU 13, Nampak sangat mereka terdesak dan mencari helah murahan untuk menyaingi BR1M.




Kurang menarik apabila ada warga emas menyatakan kenapa baru sekarang diberi oleh kerajaan pusat sedangkan selama ini tidak?walau bagaimana pun beliau tetap berterima kasih kepada PM dengan BR1M ini.Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah bantuan ikhlas kerajaan dalam membantu mengurangkan beban hidup rakyat.Oleh itu ia bukanlah bukan 'umpan memancing' untuk mendapatkan undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 seperti yang didakwa sesetengah pihak.


Belanjawan 2012 yang dibentangkan September lalu bagi membantu isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan itu adalah komitmen kerajaan dalam melaksanakan janji.Jelas bantuan yang diberikan ini membuktikan kerajaan bukan sekadar menabur kata saja, tetapi sejak dulu lagi rakyat boleh melihat pelaksanaan yang dilakukan. Bantuan ini untuk seluruh rakyat Malaysia yang layak, tidak kira kecenderungan politik menyokong parti pemerintah atau pembangkang.


tomahan pembangkang dapat dinafikan kemungkinan negara menjadi muflis menjelang 2019 kerana selain BR1M membuktikan kedudukan kewangan kerajaan yang kukuh sehingga mampu membantu rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan.


akan tetapi Datuk Seri Ong Tee Keat  menyatakan sebaliknya dalam luhan rasa hatinya????


Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat menceritakan cabaran beliau menyuarakan pendapat selepas tidak lagi bergelar presiden dan menjelaskan tuntutan sebenar masyarakat Cina di negara ini sebagai warganegara Malaysia terutamanya golongan muda mereka.











Thursday, December 15

In Penang the Bantuan Rakyat 1Msia (BR1M )


In Penang the Bantuan Rakyat 1Msia (BR1M ) registration for RM500 aid at selected schools start fm 9am to 5pm until 16 Dis 2011. For evening registration, Pusat Khidmat Penyelaras Barisan Nasional DUN Padang Kota at 91A, Lebuh Muntri is open every nite until 23rd Dis from 7 pm to 9 pm. All welcomed.

MKP kata:Semua dijemput hadir ke Pusat Penyelaras BN DUN Padang Kota.

Wednesday, December 14

Breaking News:BR1M Pun Hampa Mau,Duit Itu Untuk Rakyat.

KUALA LUMPUR: Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada parti bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata permintaan tersebut tidak sesuai kerana BR1M bertujuan membantu meringankan beban keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan bukan untuk tujuan lain.

"Wang itu sepatutnya digunakan untuk memperbaiki kehidupan, untuk membeli keperluan rumah bukannya untuk didermakan kembali kepada parti politik mereka," katanya.
Beliau berkata, walaupun perkara itu "terpulang kepada penerima untuk dermakan ke mana, tetapi dari segi moral mereka tidak menghargai bantuan kerajaan kerana sudah dapat bantuan, mereka nak beri derma pula pada parti."

Senator Ezam Mohd Nor pula menyifatkan ia satu tindakan tidak bertanggungjawab.

"Mereka ambil hak rakyat miskin yang memerlukan untuk tujuan politik parti. Saya cabar parti pembangkang buat penjelasan dan tarik balik tindakan yang amat tidak bersifat negarawan ini," katanya.

Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, berkata jika benar dakwaan yang SMS itu disebarkan oleh parti pembangkang, ia adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana wang tersebut diberikan untuk meringankan beban rakyat.
"Jika ada yang berbuat demikian, mereka ini mengkhianati diri sendiri dan keluarga. Ia juga disifatkan tidak amanah atas pemberian ikhlas kerajaan," katanya.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, bagaimanapun menafikan PAS ada menghantar SMS itu dan berkata parti pakatan pembangkang sudah mempunyai dana yang mencukupi untuk menghadapi pilihan raya umum itu.

"Kita tidak buat perkara sebegitu, duit kita semuanya cukup dan diharapkan mereka yang mendapat duit RM500 itu agar gunakannya untuk persekolahan anak-anak, pembangkang tak perlu duit tersebut," katanya. - BERNAMA

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive