PRU-13 hanya tinggal 6 bulan dari sekarang tidak mungkin ditanggungkan lagi kerana sudah melepasi tempoh.MKP pasti kerusi paling panas dan menjadi tumpuan adalah Nibong Tebal...Tiga nama buat masa ini telah menjadi bualan calon BN Datuk Zainal Abidin Osman Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang , Datuk Mansor Othman dan Nurul Nuha AnuWar Ibrahim.....
Nurul Nuha AnuWar Ibrahim, anak perempuan Anugerah Tuhan, diwar-warkan akan dicalonkan untuk bertanding kerusi parlimen, Nibong Tebal, Pulau Pinang di dalam Pilihanraya Umum (PRU) 13 akan datang. Selepas AnuWar Ibrahim, diikuti oleh isterinya, Wan Azizah, anak sulung mereka Nurul Izzah dan sekarang dinasti politik keluarga Anugerah Tuhan akan berterusan dengan pencalonan anak perempuan mereka yang seorang ini. Ini belum lagi termasuk "madu" AnuWar Ibrahim, Azmin Ali.
Lidah Bewak buat hal lagi dengan membuat tuduhan berlaku penyelewengan dalam perlaksanaan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) di Pulau Pinang telah dinafikan oleh Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal adalah tidak benar.
Sebaliknya,Skim berkenaan telah dilaksanakan pada tahun 2009 dan mengikut peraturan serta prosedur sedia ada bagi membantu golongan miskin tegar di Pulau Pinang.Saya selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang bertanggungjawab (mengenai skim itu) ingin menyatakan bahawa perkara ini (tuduhan ini) adalah tidak benar.
“Usaha ini berlangsung sejak tahun 2009 di mana bantuan yang kita berikan kepada masyarakat Pulau Pinang sudahpun diselaraskan sebaik mungkin mengikut peraturan yang ada.
"Tidak ada penyelewengan yang dilakukan. Apa yang dinyatakan pihak-pihak ini (Lim Guan Eng) cuma berunsur politik bertujuan memburukkan pimpinan kita (Datuk Zainal Abidin Osman) selaku Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang.
Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dalam sebuah akhbar tempatan yang menafikan tuduhan Lim Guan Eng yang mendakwa hanya 22 peserta skim SPKR menerima bantuan RM1.1 juta daripada kementerian.
Semalam, Zainal Abidin berkata bantuan pada 2009 itu diberikan kepada 990 peserta miskin di seluruh negeri Pulau Pinang dan daripada jumlah berkenaan 22 peserta adalah dari Nibong Tebal.
Menurut Zainal Abidin, jumlah RM1.1 juta itu adalah sebahagian daripada bantuan keseluruhan RM22.9 juta yang disalurkan oleh kementerian bagi pelbagai projek SPKR di Pulau Pinang dari 2008 hingga 2012 untuk membantu 3,938 peserta miskin dan miskin tegar di negeri itu.
MKP kata:Guan Eng nie suka bermain dengan persepsi untuk mengaburi mata rakyat pulau pinang supaya menampakan kelemahan pemimpin UMNO Pulau Pinang,Ternyata fakta 22 orang penerima bantuan tersebut telah dimanipulasi oleh lidak bewak nie.dari Penjelasan Dato Non ternyata itu hanya didalam kawasan Parlimen Nibong Tebal.
Mat Kilau ini ingin merakamkan ucapan takziah kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Dato Zainal Abidin Osman di atas pemergian isteri beliau ke rahmatullah. Semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solehah dengan izin Allah SWT.
PULUT MANGGA ALA THAI DENGAN SOS
-
Dessert Pulut Mangga Manis ni terpaksa Kjee buat hari ini walaupun
dah ada perancangan nak buat kuih lain pagi tadi. Sebabnya? Well, hari itu ...
Umno today, Umdap tomorrow
-
Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The
experience on the platform so far in my first fortnight since I created an
account the...
BUDI95: Semakan Kelayakan dan baki kuota RON95
-
Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan program penyasaran subsidi untuk
petrol RON95, yang dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Inisiatif
ini membo...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
-
Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan
sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor.
'Duduklah dengan ka...
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com