Bank Islam Kini Disokong Google Wallet dan Samsung Wallet
-
Bank Islam Credit Card-i kini disokong pada aplikasi Google Wallet dan
Samsung Wallet. Pengguna Samsung Wallet mula menerima notifikasi sokongan
kad kredit...
Showing posts with label Kg Pokok Asam. Show all posts
Showing posts with label Kg Pokok Asam. Show all posts
Saturday, August 13
Diarah kosongkan rumah
Dua keluarga yang masih menetap di Kampung Pokok Asam, Jelutong diarahkan pemaju mengosongkan kediaman masing-masing dalam tempoh sebulan bermula 1 Ogos lalu.
Penduduk, Zarus Yusuf, 48, berkata, dia berasa kesal dengan tindakan itu di mana semua janji yang ditabur pemaju tidak ditunaikan.
“Pada mulanya, saya ditawarkan sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), namun saya terpaksa menolaknya kerana rumah itu bermasalah dan mereka telah menukarkan rumah di tingkat yang berlainan , namun sebelum kami dibenarkan masuk mereka berjanji untuk memperbaiki rumah terbabit, apa yang lebih mengecewakan sehingga sekarang tiada sebarang berita yang diterima.
“Bapa saya, Yusuf Husain, 76, juga dijanjikan pampasan sebuah rumah, walaupun dia (bapa) telah pergi untuk melihat rumah, sehingga sekarang sudah enam bulan masih belum ada berita yang menggembirakan,” katanya.
Menurutnya, surat guaman yang disampaikan kepada mereka bukan diberikan kepada mereka secara rasmi sebaliknya hanya diletakkan di hadapan pintu rumah.
“Dalam pada masa yang sama, saya telah menerima tawaran rumah daripada Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad dan sedang menunggu Perakuan Pekerjaan (OC ) yang dijangka diperoleh sama ada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.
“Saya bersedia untuk berpindah, tetapi di mana kami nak tinggal , lagipun sekarang bulan Ramadan, semua orang sibuk menjalankan ibadah puasa kami sekeluarga terpaksa menunggu masa rumah kami dirobohkan,” katanya.
Zarus berkata, permohonan kebenaran merancang untuk merobohkan unit rumah yang sedia ada dan cadangan kemajuan telah ditolak oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada zaman pemerintahan BN tetapi selepas PR mengambil alih semuanya diterima.
“Kami seperti diugut ekoran ada pihak ketiga yang datang dan menyuruh kami mengosongkan kediaman walaupun belum menerima sebarang pampasan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Jelutong pula hanya menjadi orang tengah dan lebih memihak kepada pemaju,” katanya.
Thursday, December 30
Foto-foto Rumah Orang Melayu Yang Dirobohkan Di Kampung Asam, Pulau Pinang !
Rumah Penduduk dirobohkan oleh pemaju yang tidak bertanggungjawab.Apa dah jadi nie 8 rumah telah dimusnahkan
Di bawah adalah beberapa rumah yang telah dirobohkan :-

Selain daripada 8 rumah tersebut, 8 rumah lagi masih menunggu tindakan seterusnya dan penulis difahamkan bahawa besar kemungkinan akan dirobohkan juga tidak lama lagi untuk tujuan membina kondominium berharaga RM600,00 - RM800,000 dan juga jalanraya.
Semasa berjumpa dengan mereka, terdapat banyak kemusykilan dan kekecewaan yang diluahkan. Di antara lain ialah klaus perjanjian yang meragukan dan pampasan yang tidak adil.
Sebagai contoh, terdapat beberapa keluarga tinggal di dalam satu rumah di Kampung Asam tetapi sebagai pampasan, mereka hanya akan mendapat 1 lot rumah/flat sebesar 650 kaki persegi.

Dan untuk sementara waktu, mereka akan diberi pampasan sebanyak RM500 sebulan untuk tinggal dirumah sementara. Jika nilainya ialah RM500, dimanakah keluarga-keluarga tersebut dapat tinggal di bahagian pulau di sini?
Terdapat juga keluarga yang tidak mendapat pembelaan kerana alamat rumah mereka berkongsi lot dengan rumah keluarga yang lain. Hanya satu keluarga sahaja yang akan mendapat pampasan manakala keluarga yang satu lagi tidak.
Selain daripada itu, terdapat penduduk yang mempersoalkan ketidaktelusan perjanjian di antara penduduk dengan pemaju dan pemilik tanah di kawasan tersebut. Sebagai contoh, rujuk di bawah :-

Ada yang mempersoalkan klaus 'Bankruptcy' yang jelas menunjukkan bahawa penduduk-penduduk di Kampung Asam bakal merempat tanpa rumah sendiri jika pemaju perumahan tersebut didapati bankrup atau pun terdapat prosiding.
Dalam ertikata lain, penduduk-penduduk yang telah menandatangani perjanjian tersebut telah mengambil risiko yang tinggi memandangkan pemaju boleh 'cabut lari' tanpa meninggalkan sebarang pampasan yang realistik kepada mereka semua.
Penulis difahamkan bahawa terdapat projek perumahan di Jelutong yang berkesudahan dengan pemaju 'cabut lari' dan pembeli tidak mendapat hak mereka.
Seperkara lagi, mereka juga telah didatangi dengan beberapa ahli politik daripada parti PAS yang kononnya mahu membantu mereka, begitu juga dengan ADUN DAP Jelutong yang tidak memberikan komitmen seperti yang mereka harapkan.
Penulis tidak terkejut dengan dakwaan mereka tentang komitmen kosong pemimpin-pemimpin parti PAS. Realitinya, mereka tidak ada suara yang kuat di dalam kerajaan Lim Guan Eng dan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Sungguh memalukan sekali!
Sumber novandri.blogspot.com

Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
SAR teruskan operasi cari warga emas tertimbus - SAR teruskan operasi cari warga emas tertimbus PENAMPANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas berusia 97 tahun yang tertimbus ...
-
-
Zikir Hari Ahad : Amalan Harian Mendekatkan Diri kepada Allah - Zikir harian merupakan amalan yang sangat digalakkan dalam Islam. Para ulama menyusun zikir khusus mengikut hari dalam seminggu sebagai panduan rohani, ber...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com