Saturday, August 13

Diarah kosongkan rumah



Dua keluarga yang masih menetap di Kampung Pokok Asam, Jelutong diarahkan pemaju mengosongkan kediaman masing-masing dalam tempoh sebulan bermula 1 Ogos lalu.

Penduduk, Zarus Yusuf, 48, berkata, dia berasa kesal dengan tindakan itu di mana semua janji yang ditabur pemaju tidak ditunaikan.

“Pada mulanya, saya ditawarkan sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), namun saya terpaksa menolaknya kerana rumah itu bermasalah dan mereka telah menukarkan rumah di tingkat yang berlainan , namun sebelum kami dibenarkan masuk mereka berjanji untuk memperbaiki rumah terbabit, apa yang lebih mengecewakan sehingga sekarang tiada sebarang berita yang diterima.

“Bapa saya, Yusuf Husain, 76, juga dijanjikan pampasan sebuah rumah, walaupun dia (bapa) telah pergi untuk melihat rumah, sehingga sekarang sudah enam bulan masih belum ada berita yang menggembirakan,” katanya.

Menurutnya, surat guaman yang disampaikan kepada mereka bukan diberikan kepada mereka secara rasmi sebaliknya hanya diletakkan di hadapan pintu rumah.

“Dalam pada masa yang sama, saya telah menerima tawaran rumah daripada Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad dan sedang menunggu Perakuan Pekerjaan (OC ) yang dijangka diperoleh sama ada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

“Saya bersedia untuk berpindah, tetapi di mana kami nak tinggal , lagipun sekarang bulan Ramadan, semua orang sibuk menjalankan ibadah puasa kami sekeluarga terpaksa menunggu masa rumah kami dirobohkan,” katanya.

Zarus berkata, permohonan kebenaran merancang untuk merobohkan unit rumah yang sedia ada dan cadangan kemajuan telah ditolak oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada zaman pemerintahan BN tetapi selepas PR mengambil alih semuanya diterima.

“Kami seperti diugut ekoran ada pihak ketiga yang datang dan menyuruh kami mengosongkan kediaman walaupun belum menerima sebarang pampasan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Jelutong pula hanya menjadi orang tengah dan lebih memihak kepada pemaju,” katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive