Kenyataan di atas keluar dari mulut bekas Mufti Perlis yang menunjukkan sokongannya terhadap “hukum” pejabat Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan fatwa meng”haram”kan bacaan Al-Quran melalui pembesar suara di masjid-masjid sekitar negeri itu.
Barulah saya tahu bahawa membaca Al-Quran sebelum azan melalui pembesar suara adalah “haram”. Maafkan saya, saya tak tahu akan “hukum” sebegitu sebelum ini. Saya ingatkan hukumnya “harus”. Iyalah, majoriti masjid-masjid di seluruh Malaysia setahu saya mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran sebelum masuk waktu solat dan sebelum azan. Maafkan saya atas “kejahilan” itu…
Mungkin bagi Dr. Asri dan Pejabat Mufti Pulau Pinang, mereka setuju dengan fatwa bahawa bacaan Al-Quran sebegitu “HARAM” hukumnya. Jika begitu, apakah masjid-masjid di negeri lain di bawah kuasa pejabat mufti lain berpendapat bahawa ia “HARAM” juga? Bila pula mereka nak “HARAM”kan bacaan Al-Quran sebegitu di negeri mereka?
Menurut Dr. Asri, fatwa tersebut adalah “arahan Rasulullah SAW”. Begitu rupanya. Tapi mengapa baru sekarang Dr. Asri katakan ia adalah arahan Baginda Rasulullah SAW? Semasa dia menjadi Mufti Perlis dahulu, masjid-masjid di Perlis juga mengalunkan bacaan Al-Quran melalui pembesar suara sebelum azan.
Mengapa dia tidak “fatwa”kan tindakan itu sebagai “HARAM” ketika itu? Apakah kini Dr. Asri “baru terima” arahan tersebut dari Rasulullah SAW? Dulu dia “belum terima”
arahan Rasulullah SAW lagi? Begitu? Bila masanya Rasulullah SAW bertemu dengan Dr. Asri? Melalui mimpi saadiq?
arahan Rasulullah SAW lagi? Begitu? Bila masanya Rasulullah SAW bertemu dengan Dr. Asri? Melalui mimpi saadiq?
Saya tidaklah tinggi sangat ilmu seperti Dr. Asri. Namun, saya tidaklah sejahil yang disangkakan. Namun saya mengerti dan faham bahawa hukum Allah itu universal dan relevan sepanjang zaman. Saya fikir, mungkin Dr. Asri boleh fatwakan “HARAM MEMBACA AL-QURAN DI PEMBESAR SUARA” ke seluruh dunia termasuk di Masjidil Haram, Masjid An-Nabawi dan sebagainya. Maklumlah, Dr. Asri “baru terima arahan” dari Rasulullah SAW!
Justeru itu, memandangkan Dr. Asri menyatakan bahawa tindakan meng”haram”kan bacaan Al-Quran melalui pembesar suara itu sebagai “arahan dari Rasulullah SAW”, maka saya bolehlah kategorikan Dr. Asri sebagai seorang ulama bertaraf “auliya”. Bukan senang nak jumpa seorang “wali” di zaman ini. Mungkin Dr. Asri adalah salah seorang darinya.
Sejak bergelar “Prof. Madya”, Dr. Asri dilihat sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi kepada dikhalayak umum. Adakalanya, bertentangan arus dengan pendapat ulama-ulama lain, sama ada pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang. Kadangkala, beliau seolah-olah dilihat cuba “bermain politik” dengan kenyataan-kenyataannya itu. Molekkah seorang ilmuwan Islam campur tangan dan bermain politik sebegitu?
Sebagai contohnya, Dr. Asri cuba campur tangan tentang hal ehwal agama Islam yang berlaku di Selangor dalam isu pemeriksaan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama. Selamba sahaja Dr. Asri mengeluarkan “fatwa”nya dengan menyifatkan tindakan JAIS itu tidak berasas, melampau dan sebagainya.
Persoalannya, apakah Dr. Asri tahu “hujung pangkal” maslahat itu atau hanya mendengar dari laporan portal pembangkang, Malaysiakini dan Malaysian Insider sahaja? Adilkah bergitu? Sudahkah Dr. Asri mendengar penjelasan dari JAIS sendiri? Atau apakah Dr. Asri tahu tentang apa yang berlaku dan sebab musabab hingga JAIS terpaksa bertindak begitu? Apakah Dr. Asri fikir pihak JAIS sekadar suka-suka bertindak begitu untuk mencari publisiti murahan seperti yang selalu dilakukan olehnya?
Kini, setelah kisah sebenar terungkai mengenai tindakan JAIS itu, Dr. Asri masih lagi mempertahankan kenyataannya yang menyebelahi Gereja “haram” itu? Saya curiga, apakah Dr. Asri ini seorang ilmuwan yang mempejuangkan Islam atau sebaliknya? Apakah beliau suka melihat umat Islam di negara ini murtad dengan sewenang-wenangnya? Sebaliknya, sudah berapa ribu orang penganut Kristian yang sudah diIslamkan oleh Dr. Asri selama ini? Dikala para ulama lain sedang berusaha menyebarkan dakwah Islam kepada bukan Islam, Dr. Asri pula sebok mempertahankan mubaligh Kristian? Begitukah sifat seorang yang cintakan Islam?
Saya enggan banyak bicara lagi mengenai Dr. Asri. Lagipun, saya sedar bahawa ilmu agama saya tidaklah sehebat Dr. Asri. Namun dengan asas Islam yang ada, insyaAllah saya akan terus memperjuangkan Islam dan mempertahankan agama saya dan saudara-saudara saya dari di”pancing” oleh mubaligh Kristian yang cuba mengambil kesempatan itu.
Cuma, saya hanya ada satu soalan untuk Dr. Asri iaitu “BILA NAK BERTANDING PILIHANRAYA?”. Harap Dr. Asri yang gemarkan publisiti dengan kupasan agama “separuh masak” ini dapat menjawabnya. Wallahua’alam.
4 comments:
Saudara MatKilau. Tahniah di atas keprihatinan tuan dalam memperjuangkan agama Allah. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan berkat buat tuan. Namun bagi isu azan ni saya berbeza pendapat dengan tuan. Pertamanya:-
1. Arahan MELARANG tak boleh ditafsirkan sebagai HARAM kerana hukum keduanya jelas. Tak perlu saya jelaskan kerana saya rasa tuan sendiri sedia maklum.
2. Saya mengikuti tulisan Dr Maza, dan pendapat beliau berkenaan perkara ini adalah konsisten kerana telah beliau perkatakan perkara ini lama dahulu. Walau bagaimanapun saya bersetuju bila mana dipersoalkan kenapa ianya tidak disentuh pada ketika beliau menjadi Mufti Perlis.
3. Sekiranya tuan berbeza pendapat dengan sebahagian ulama yang memperkatakan perkara ini, sila sanggah dengan dalil yang sah. Ini kerana, dalam tulisan Dr Maza, beliau memberikan dalil yang menyokong pendapatnya. Kalau tuan dapat memberikan hujah dan DALIL yang dapat mematahkan hujah Dr Maza, maka saya kira kita patut kongso perkara ini. Sebaliknya sekiranya pendapat tuan hanya berlandaskan apa yang diFIKIRkan sebagai hak, maka selagi tiada dalil khusus menyokong hujah tuan adalah lebih baik kita akur dengan teguran ulama.
4. Saya sertakan pendapat lain berkenaan isu ini daripada penulis yang lain yang memperkatakan perkara ini jauh lebih awal dari tarikh isu ini dibangkitkan untuk rujukan tuan: http://abdullahalawwam.wordpress.com/2010/09/22/hukum-membaca-al-quran-dengan-suara-keras-di-masjid/
Mohon maaf sekiranya ada tulisan saya yang menyinggung perasaan tuan. Semoga tuan dan keluarga sentiasa di bawah perlindungan Allah. Wassalam.
Mat Kilau,
Nilaikan isu ni berdasarkan ilmu, bukannya emosi. Awak sendiri kata baru tau hal ini. Ini jelas menunjukkan anda tidak mempunyai ilmu dalam hal ini. Padahal, perkara ini sudah lama diketahui.
Misalnya fatwa Sheikh Uthaimin. Sheikh Uthaimin dah meninggal tahun 2001. Bermakna dah lebih 10 tahun fatwa beliau wujud. Di Malaysia isu ni adalah satu polemik. Cuma ia tidak diperbesarkan. Di Perlis, mereka sudah lama buat, cuma tidak di hebohkan. Di masjid Haram pun orang tak pernah buat.
Berhati-hati la wahai blogger. Blog tu blog juga, tapi kena tau sempadan ilmu. Jangan kita yang tak de ilmu ni bila kita rasa suatu itu bercanggah dengan kefahaman kita, terus kita melenting kata orang mengarut. Padahal yang mengarut itu adalah diri kita sendiri lantaran kecetekan ilmu kita.
Akhir zaman ialah zaman orang jahil memimpin dan memperkatan urusan umat. Semoga kita ni tidak tergolong dalam golongan tersebut.
Semoga tidak tersinggung dengan teguran ini.
Wallahualam.
salam sahabat yang dihormati,
ini adalah pendapat peribadi dan apa yang dilihat sejak akhir2 ini.saya tidak akan terkilan dan rasa kecil hati apabila teguran yang diberikan oleh sahabat,yang penting kita berkongsi ilmu.kenyataaan Dr asri yang dipertikaikan kenapa sekarang tidak dahulu.salahkah beliau menayatakan perlahan suara bukan mengharamkan terus bacaan al quran.Ini adalah polimik yg dibangkitkan oleh JHEAIPP diwaktu yg kurang sesuai pada masanya bulan ramadhan.
Bagi mereka yang mengikuti kuliah Dr. Asri, pendapat beliau ni sememangnya konsistent dan tidak pernah berubah.
Oleh itu, tidak timbul sekarang atau kemudian. Cuma mungkin masa beliau jadi mufti, beliau tidak menghebohkan. Mungkin kerana di Perlis memang tak perlu sebab sememangnya orang tak buat di perlis.
Wallahualam
Post a Comment