Showing posts with label isu azan.. Show all posts
Showing posts with label isu azan.. Show all posts

Wednesday, August 17

Tarhim Subuh yang dilarang oleh DAP Pulau Pinang






TARHIM SUBUH
 
Sebelum masuk waktu Subuh, bilal bertahrim...


يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِكَ يَا اللهُ

Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat dan keagunganMu Ya Allah.



يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا محمد صلى الله عليه وســلم

Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Junjungan kami Nabi Muhammad SAW



يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا ابى بكرٍ الصديق رضى الله عنه

Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA



يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا  (3x)
وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا عُمَرَ ابْنِ الخطاب رضى الله عنه

Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Saidina Umar Al-Khatab RA



يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا عُثْمَانَ ابْنِ عَفَّانَ رضى الله عنه

Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Saidina Uthman bin Affan RA



يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا عَلِىَّ ابْنِ اَبِى طَالِبِ رضى الله عنه

Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Saidina Ali bin Abi Talib RA



وَعَنْ كُلِّ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ اَجْمَعِينَ
Maksudnya :Dan dengan keberkatan para Sahabat dan kaum keluarga Rasulullah SAW


وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ (33)
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata : Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! Ayat 33 Surah Fusshilat


إِنَّ اللَّهَ فَالِقُ الْحَبِّ وَالنَّوَى يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَمُخْرِجُ الْمَيِّتِ مِنَ الْحَيِّ ذَلِكُمُ اللَّهُ فَأَنَّى تُؤْفَكُونَ (95) فَالِقُ الْإِصْبَاحِ وَجَعَلَ اللَّيْلَ سَكَنًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ حُسْبَانًا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ (96) وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ النُّجُومَ لِتَهْتَدُوا بِهَا فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ قَدْ فَصَّلْنَا الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ (97) وَهُوَ الَّذِي أَنْشَأَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ فَمُسْتَقَرٌّ وَمُسْتَوْدَعٌ قَدْ فَصَّلْنَا الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَفْقَهُونَ (98)


Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)?Allah jualah Yang membelah cahaya Subuh (yang menyingsingkan fajar) dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui.Dan Dialah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi) dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam). Ayat 95 - 98 Surah al-An'am


أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآَنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآَنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا (78) وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا (79)
Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. Ayat 78 - 79 Surah al-Isra'


قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا (110) وَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا (111)
Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.Dan katakanlah: Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh! Ayat 110 - 111 Surah al-Isra'
 

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدَنَا  مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ  وَسَلِّمَ يَا  كَرِيمٌ
Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan Tiada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar. Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan limpah  pertolongan Allah, Tuhan Yang Maha Besar. Ya Allah, wahai Tuhan kami, cucurkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabatnya, 
Ya Allah Tuhan Yang Maha Mulia.


Azan Subuh
Solat Sunat Sebelum Subuh
Solat Subuh


Tuesday, August 16

Mufti Pulau Pinang,Kenapa Arahan Dibuat Bulan Ramadhan Tidak Sebelum ini.



Kenyataan akhbar Datuk Hassan Ahmad dalam sidang medianya  BACA DISINI menyatakan dengan panjang lebar berkenaan isu bacaan al-quran pada waktu subuh akan tetapi yanf menjadi persoalanya ialah:

Antara persoalan awal yang timbul ialah, mengapakah baru kini Datuk Seri Hassan Ahmad mengutarakan “nasihat hukum” tersebut? Sedangkan amalan membaca Al-Quran di corong pembesar suara di masjid-masjid di seluruh negara sudah bermula sejak puluhan tahun dahulu. Berapa lama Datuk Mufti Pulau Pinang memegang jawatan Mufti Negeri itu? Baru sebulan dua, kah? Apakah keputusan ini ada hubungkaitnya dengan penganugerahan “Datuk Seri” kepada beliau pada 9 Julai lalu?


Di mana beliau bertugas sebelum ini hingga menyebabkan “arahan Rasulullah SAW” ini tidak sampai ke telinga umat Islam di Malaysia? Saya tidak menolak hujah, nas-nas aqli mahupun naqli yang diutarakan oleh Mufti Pulau Pinang. Namun saya pasti ada individu lain yang setaraf ilmu atau lebih tinggi ilmunya berbanding beliau. Mengapa beliau membuat keputusan “unilateral” sebegini?


Saya agak hairan mengapa secara tiba-tiba saja Pejabat Mufti Pulau Pinang mengeluarkan “nasihat hukum” sebegini. Apakah Mufti-Mufti negeri lain terlepas pandang dengan arahan Rasulullah SAW ini? Sekiranya benarlah bagai dikata Datu Seri Mufti, selama ini, para Tok Imam, Bilal, Ahli Jawatankuasa Masjid termasuk siak-siaknya sekali menanggung dosa kerana membenarkan bacaan Al-Quran diperdengarkan melalui corong pembesar suara di masjid masing-masing!


Kenapa saya kata begitu? Ini memandangkan mereka telah melanggar arahan yang jelas diberikan oleh Rasulullah SAW. Oleh itu, tidakkan mereka berdosa melanggar araha tersebut? Sehingga kini, masjid-masjid di seluruh negara masih lagi mengalunkan bacaan Al-Quran dan tarhim menggunakan pembesar suara di masjid mereka, terutamanya di waktu subuh, sebelum masuknya waktu solat subuh. Mereka juga berdosa?


Bagaimana pula pandangan Mufti Besar Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria mengenai isu ini? Selalunya beliau vokal dalam memberikan pandangannya sebagai seorang yang tinggi ilmu agamanya. Namun, saya percaya, Tan Sri Mufti sangat bijak dan berpengalaman untuk tidak menyatakan pandangannya buat masa ini sehingga ijtihad mengenai isu ini diadakan dan disimpulkan. Beliau tidak gemar melakukan tindakan “unilateral” seperti Mufti Pulau Pinang, mungkin.


Kesempatan ini turut diambil oleh bekas Mufti Perlis, Dr. Asri dan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat. Sebagaimana kita sedari, Dr. Asri sememangnya seorang yang sukakan publisiti dan mengeluarkan fatwa “separuh masak”. Namun, Nik Aziz lebih hebat, beliau selalu menggunakan isu sebegini untuk meraih keuntungan politiknya. Kononnya, dia sajalah yang betul.


Saya secara jujur tidak membantah langsung mengenai perkara ini memandangkan saya tidak mampu melakukan ijtihad memandangkan ilmu agama saya tidaklah sehebat mana. Namun, saya kesal memandangkan perkara yang layak dikategorikan sebagai “bidaah hasanah” ini dilarang dan tidak pula dihukum sebagai “harus”. Seperkara lagi, saya kesal kerana Mufti Pulau Pinang tidak melaksanakan ijtihad secukupnya sebelum membuat keputusan dan mengeluarkan pekeliling kepada seluruh masjid di Pulau Pinang.


Apa yang saya kesalkan sangat ialah apabila perkara bacaan Al-Quran di corong pembesar suara itu dikatakan Mufti Pulau Pinang sebagai “mengganggu”! Benarkah mengganggu? Menggangu tidur orang Islam atau bukan Islam? Saya fikir, tentunya mengganggu orang bukan Islam, bukan? Saya yakin, isu ini tidak tergamak dibangkitkan oleh umat Islam. Secara jujur, saya mahu Mufti Pulau Pinang menjawab persoalan-persoalan berikut…


Nyatakan kepada umat Islam, siapakah yang mengkomplen mengenai bacaan ayat Al-Quran di corong pembesar suara di masjid-masjid Pulau Pinang?

Golongan manakah yang memprotes bacaan tersebut sebagai “mengganggu”, umat Islam atau bukan Islam?

Mengapakah baru kini Pejabat Mufti Pulau Pinang melarang bacaan sebegitu dan tidak dilaksanakan lama sebelum ini?

Mengapakah tidak diijtihadkan dulu bersama para mufti di negeri lain atau berbincang dengan Jakim mengenai perkara ini, dan melaksanakan tindakan unilateral?

Memandangkan Mufti Pulau Pinang mendakwa perkara ini adalah “arahan Rasulullah SAW”, apakah para Mufti di negeri lain yang tidak melaksanakan “nasihat hukum” itu boleh dianggap “melanggar arahan Rasulullah”?

Cuba nyatakan secara jujur dan ikhlas, adakah Datuk Seri Mufti menerima tekanan dari mana-mana pihak yang mungkin mendesak Pejabat Mufti untuk mengeluarkan arahan sebegini?


Saya minta Tuam Sahibus Samahah menjawab persoalan saya yang jahil dan keliru ini. Saya enggan menyentuh mengenai Nik Aziz yang menyatakan “bacaan Al-Quran itu bising”. Dia bukan ulama, dia ahli politik yang mempergunakan agama. Sedangkan ini soal agama Islam yang suci. Mohon pencerahan untuk membetulkan keadaan ini. Dan tolong jangan katakan bahawa Mufti terpelihara dari melakukan kesilapan dalam melakukan kewajipannya. 

Sunday, August 14

Kenyataan Jamil Khir dalam isu larangan bacaan Al Quran guna pembesar suara



GURUN, 14 Ogos – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedia berbincang dengan Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang bagi menangani isu salah faham fatwa yang mengarahkan pembesar suara tidak digunakan untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran sebelum waktu Subuh di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya akan meminta Jakim membincangkan permasalahan itu kerana terdapat perkara yang perlu diselesaikan pada peringkat pentadbiran terlebih dahulu.

”Kita minta Jakim memanjangkan perkara ini untuk diperbincangkan bersama sebab ada perkara-perkara yang perlu kita selesaikan pada pentadbiran yang bukan memerlukan kepada muzakarah ataupun fatwa,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Perdana bersama Menteri di Surau Kampung Kilang Ketapan, di sini, semalam.

Beliau berkata isu azan itu juga wajar dibahaskan dalam perbincangan Muzakarah Fatwa agar dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam di negara ini.

“Saya ada berbincang dengan Pengerusi Majlis Fatwa, hal-hal yang seperti ini elok juga dibahaskan supaya bukan hanya satu pandangan negeri, tetapi diangkat untuk pandangan semua pihak agar sebarang persoalan dapat kita putuskan dengan kebijaksanaan yang boleh berikan manfaat kepada semua umat Islam,” katanya.

Jamil berkata masyarakat juga perlu memahami situasi yang berlaku di Pulau Pinang itu merupakan keputusan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri dan ia berbeza dengan peringkat pusat.

Beliau berkata pada peringkat pusat terdapat Muzakarah Fatwa dan Majlis Fatwa yang masing-masing mempunyai peranan berbeza.

“Majlis Fatwa kita hanya bersidang pada perkara yang berkaitan dengan keperluan terutamanya oleh pihak negeri, Raja-raja (yang) memohon untuk kita membuat satu pandangan dan keputusan pada suatu hukum.

“Muzakarah Fatwa pula membincangkan beberapa perkara yang menjadi persoalan ataupun mencari hal-hal yang berlaku di kalangan umat Islam yang memerlukan kepada pandangan daripada para ulama,” katanya.

Dr Asri,Apa hang Dok mengarut nie?



Kenyataan di atas keluar dari mulut bekas Mufti Perlis yang menunjukkan sokongannya terhadap “hukum” pejabat Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan fatwa meng”haram”kan bacaan Al-Quran melalui pembesar suara di masjid-masjid sekitar negeri itu.



Barulah saya tahu bahawa membaca Al-Quran sebelum azan melalui pembesar suara adalah “haram”. Maafkan saya, saya tak tahu akan “hukum” sebegitu sebelum ini. Saya ingatkan hukumnya “harus”. Iyalah, majoriti masjid-masjid di seluruh Malaysia setahu saya mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran sebelum masuk waktu solat dan sebelum azan. Maafkan saya atas “kejahilan” itu…
Mungkin bagi Dr. Asri dan Pejabat Mufti Pulau Pinang, mereka setuju dengan fatwa bahawa bacaan Al-Quran sebegitu “HARAM” hukumnya. Jika begitu, apakah masjid-masjid di negeri lain di bawah kuasa pejabat mufti lain berpendapat bahawa ia “HARAM” juga? Bila pula mereka nak “HARAM”kan bacaan Al-Quran sebegitu di negeri mereka?
Menurut Dr. Asri, fatwa tersebut adalah “arahan Rasulullah SAW”. Begitu rupanya. Tapi mengapa baru sekarang Dr. Asri katakan ia adalah arahan Baginda Rasulullah SAW? Semasa dia menjadi Mufti Perlis dahulu, masjid-masjid di Perlis juga mengalunkan bacaan Al-Quran melalui pembesar suara sebelum azan.
Mengapa dia tidak “fatwa”kan tindakan itu sebagai “HARAM” ketika itu? Apakah kini Dr. Asri “baru terima” arahan tersebut dari Rasulullah SAW? Dulu dia “belum terima”
arahan Rasulullah SAW lagi? Begitu? Bila masanya Rasulullah SAW bertemu dengan Dr. Asri? Melalui mimpi saadiq?
Saya tidaklah tinggi sangat ilmu seperti Dr. Asri. Namun, saya tidaklah sejahil yang disangkakan. Namun saya mengerti dan faham bahawa hukum Allah itu universal dan relevan sepanjang zaman. Saya fikir, mungkin Dr. Asri boleh fatwakan “HARAM MEMBACA AL-QURAN DI PEMBESAR SUARA” ke seluruh dunia termasuk di Masjidil Haram, Masjid An-Nabawi dan sebagainya. Maklumlah, Dr. Asri “baru terima arahan” dari Rasulullah SAW!
Justeru itu, memandangkan Dr. Asri menyatakan bahawa tindakan meng”haram”kan bacaan Al-Quran melalui pembesar suara itu sebagai “arahan dari Rasulullah SAW”, maka saya bolehlah kategorikan Dr. Asri sebagai seorang ulama bertaraf “auliya”. Bukan senang nak jumpa seorang “wali” di zaman ini. Mungkin Dr. Asri adalah salah seorang darinya.
Sejak bergelar “Prof. Madya”, Dr. Asri dilihat sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi kepada dikhalayak umum. Adakalanya, bertentangan arus dengan pendapat ulama-ulama lain, sama ada pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang. Kadangkala, beliau seolah-olah dilihat cuba “bermain politik” dengan kenyataan-kenyataannya itu. Molekkah seorang ilmuwan Islam campur tangan dan bermain politik sebegitu?
Sebagai contohnya, Dr. Asri cuba campur tangan tentang hal ehwal agama Islam yang berlaku di Selangor dalam isu pemeriksaan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama. Selamba sahaja Dr. Asri mengeluarkan “fatwa”nya dengan menyifatkan tindakan JAIS itu tidak berasas, melampau dan sebagainya.
Persoalannya, apakah Dr. Asri tahu “hujung pangkal” maslahat itu atau hanya mendengar dari laporan portal pembangkang, Malaysiakini dan Malaysian Insider sahaja? Adilkah bergitu? Sudahkah Dr. Asri mendengar penjelasan dari JAIS sendiri? Atau apakah Dr. Asri tahu tentang apa yang berlaku dan sebab musabab hingga JAIS terpaksa bertindak begitu? Apakah Dr. Asri fikir pihak JAIS sekadar suka-suka bertindak begitu untuk mencari publisiti murahan seperti yang selalu dilakukan olehnya?
Kini, setelah kisah sebenar terungkai mengenai tindakan JAIS itu, Dr. Asri masih lagi mempertahankan kenyataannya yang menyebelahi Gereja “haram” itu? Saya curiga, apakah Dr. Asri ini seorang ilmuwan yang mempejuangkan Islam atau sebaliknya? Apakah beliau suka melihat umat Islam di negara ini murtad dengan sewenang-wenangnya? Sebaliknya, sudah berapa ribu orang penganut Kristian yang sudah diIslamkan oleh Dr. Asri selama ini? Dikala para ulama lain sedang berusaha menyebarkan dakwah Islam kepada bukan Islam, Dr. Asri pula sebok mempertahankan mubaligh Kristian? Begitukah sifat seorang yang cintakan Islam?
Saya enggan banyak bicara lagi mengenai Dr. Asri. Lagipun, saya sedar bahawa ilmu agama saya tidaklah sehebat Dr. Asri. Namun dengan asas Islam yang ada, insyaAllah saya akan terus memperjuangkan Islam dan mempertahankan agama saya dan saudara-saudara saya dari di”pancing” oleh mubaligh Kristian yang cuba mengambil kesempatan itu.
Cuma, saya hanya ada satu soalan untuk Dr. Asri iaitu “BILA NAK BERTANDING PILIHANRAYA?”. Harap Dr. Asri yang gemarkan publisiti dengan kupasan agama “separuh masak” ini dapat menjawabnya. Wallahua’alam.

PAS Pulau Pinang Akan lenyap.


Ini adalah luahan rasa seorang otai PAS kat Penang,Adakah ini benar atau ada agenda disebaliknya MKP tidak pasti.Kami berbual setelah selesai program yang dibuat oleh satu NGO yang agak tersohor di Penang nie,Kesempatan diambil bagi menyelidik apa yang berlaku dengan isu laungan azan yang diFatwakan oleh JHEAIPP ditidak membenarkan lagi bacaan surah pada Subuh yang telah lama diamalkan diPenang.Suara akar umbi tidak lagi diambil peduli oleh pucuk pimpinan yang sekarang dilihat setelah mempunyai kuasa dan pengaruh diberikan oleh DAP.ternyata PAS Penang telah lari lari dari Perjuangan sebenar dan tidak lagi mempertahankan ISLAM akan tetapi lebih kepada kebajikan dan kuasa.

Mulanya nak korek lebih lagi akan tetapi satu kawan yang bermulut neraka telah menemplak otai tersebut dengan berkata "tu la hampa nak try sangat ambil padan muka hampa la umat islam la nie tak payah mengaji pada waktu subuh kalau nak mengaji pakat pakai sound proof.Kami nie hampa kata tak pi sembahyang yang dok pi hampa semua aja siang dan malam"lepas pada tue MKP menasihatkan rakan tersebut supaya beredar supaya tidak lagi mengeruhkan keadaan.Ada benarnya katanya akan ttapi kita sebagai manusia ingin menjaga keharmonian bermasyarakat kena hormat jualah otai PAS trsebut lagipun PAkcik nie telah lanjut usia.

Berbalik kepada kisah tadi pada kelmarin mereka telah membuat demontrasi yang menyokong Hassan ALi bertempat di Masjid Simpang Enam berdekatan Komtar.Bagi ini adalah langkah yang bijak untuk melenyapkan DAP dari muka bumi Pulau pinang ini.Soalan maut MKP tanya dekat otai nie,dah tak suka dekat pimpinan PAS yang sekarang nie dok ikut telunjuk DAP apa kata kita kona Parti Lain.UMNO la.Jawapan tidak diberikan dan nampaknya Beliau diam seribu bahasa dan satu yang ajaib muncul dari mulutnya nanti lah Pakcik fikirkan!!!!!!!!!!!MKP berkata dalam hati kata nie ada peluang untuk masuk jarum bila ada peluang.Dan perbincangan kami berakhir situ dan masa telah lewat.Setelah selesai bersalam MKP beredar dengan hati yang agak gembira dan tersenyum sendirian.  

Saturday, August 13

Kerajaan P Pinang tidak sensitif agama Islam.



Arahan pihak berkuasa agama Islam di Pulau Pinang yang melarang penggunaan pembesar suara ketika bacaan al-Quran pada waktu Subuh adalah sesuatu yang tidak wajar dan pelik. Sepatutnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menggalakkan lagi bacaan al-Quran dan membenarkan ia berkumandang di udara terutama pada Ramadan, bulan yang suci dan mulia ini, bukan sebaliknya menegah amalan baik berkenaan.


Arahan larangan menggunakan pembesar suara itu mungkin hanya wajar dihadkan di tempat tertentu saja, seperti berdekatan hospital kerana dibimbangi boleh mengganggu pesakit atau sebab lain yang munasabah. Namun, ia tidak perlu dikuatkuasakan atau ditetapkan sebagai fatwa dan meliputi semua tempat. Lara-ngan itu sudah tentu menimbulkan kekecewaan umat Islam, khususnya di Pulau Pinang kerana ia dilakukan dengan mengejut, seolah-olah ada arahan pihak tertentu. 


Alasan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang ialah penggunaan pembesar suara boleh mengganggu orang lain, sama ada berada di dalam dan luar masjid demi maslahah ummah atau kepentingan penganut agama lain.Berikut adalah kenyataan yang diberikan oleh Mantan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang



BAGAN DATOH 13 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan masjid dan surau menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh di negeri itu tidak akan berlaku jika kerajaan negeri Pulau Pinang sensitif terhadap agama Islam.
Beliau berkata, perkara itu berlaku kerana kerajaan yang memerintah negeri berkenaan adalah parti yang langsung tidak sensitif terhadap isu-isu agama Islam.


"Saya amat dukacita fatwa yang dikeluarkan oleh JHEAIPP yang selama ini tidak ada sebarang kajian dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai larangan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, larangan yang dikeluarkan oleh JHEAIPP itu merupakan arahan daripada pentadbiran kerajaan negeri.


Beliau berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang seharusnya merujuk fatwa itu kepada Yang Di-Pertuan Agong selaku ketua agama.


Katanya, apa yang dikhuatiri sekarang ialah larangan tersebut akan menjadi ikutan kepada negeri-negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. – Bernama

Isu Larangan Bacaan Al-Quran.Adakah ia telah mendapatkan Perkenaan Agong?



Fatwa yang dikeluarkan oleh jabatan agama kerajaan DAP Pulau Pinang sangat meragukan kewujudan dan protokolnya. oleh kerana itu, kita tidak elakkan bahawa terdapat anasir luar yang menekan JAIPP untuk mengeluarkan fatwa tersebut.


kita merujuk kepada surat pekeliling tersebut dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang (2004), ternyata bahawa keputusan JAIPP tentang fatwa tersebut tidak mengikut prosedur yang betul.

Seksyen 48 : Tatacara pembuatan fatwa jelas menunjukkan bahawa Majlis Fatwa negeri MESTI dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agung untuk mendapat perkenan baginda. 
Yang menjadi musykilnya, apakah Majlis Fatwa Negeri telah mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agung sebelum mewartakan fatwa ini? 


Jika merujuk kepada surat pekeliling itu, tiada klaus yang mengatakan bahawa pihak Majlis telah dan mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agung!

Yang menariknya ialah jika mendapat perkenan baginda, Majlis Fatwa Negeri hendaklah MEMAKLUMKAN KERAJAAN NEGERI sebelum di siarkan di dalam Warta!
 



Jika benar Majlis Fatwa Negeri mengikut prosedur yang betul merujuk di atas, Majlis Fatwa Negeri sudah pasti telah memaklumkan kepada Exco Agama Islam Negeri iaitu Malik Itik.

Tetapi Malik Kassim menafikan beliau tahu menahu tentang fatwa tersebut! Kenyataan beliau sungguh memalukan kerana Enakmen Agama Islam jelas menunjukkan kerajaan negeri akan dimaklumkan.

Apa yang terjadi Malik itik hang dok main drama apa?

Dalam konteks ini sahaja rakyat akan membuat andaian bahawa Malik Kassim adalah seorang Exco Agama Islam yang tidak buat kerja beliau!

Malah, yang menghairankan ialah Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa pembacaan Al-Quran seperti memasang pita rakaman menggunakan pembesar suara sebelum sembahyang tidak terlarang sama sekali kecuali jika mengganggu orang yang sedang beribadah. 

Fatwa Kebangsaan itu selaraskan dengan hadis Nabi SAW yang digunakan oleh jabatan kerajaan DAP Pulau Pinang di mana hadis tersebut melarang kita meninggi suara bacaan Al-Quran sehingga menganggu orang lain yang sedang beribadah di dalam masjid tersebut!

Kenapa Fatwa Negeri tidak merujuk sahaja kepada fatwa Kebangsaan? Apakah terdapat perubahan di dalam fatwa tesebut? 

Malah secara logiknyaselama ini rakyat Pulau Pinang tolerans tentang isu ini. Kita menerima hak agama masing-masing. Sama seperti orang Islam Pulau Pinang perlu tolerans dengan konsert Hungry Ghost , bau-bauan dan mentera kuil-kuil.

Sikap toleransi itu menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup kita tanpa rumit sehinggalah lahanat ketua menteri RM100 DAP Melaka mengambil alih kerajaan negeri ini! 

Ironinya, mereka yang membuat komplen tidak mungkin datang dari orang Islam itu sendiri tetapi bangsa lain.

Dan jika Lim Guan Eng terlalu bersifat populis selama ini, kita tidak dapat mengelak daripada memikirkan ada pihak yang berdehem dan menekan di belakang JAIPP kerana mahu menjaga hati pengundi-pengundi bukan Islam! 

Monday, March 14

Azan Dipersendakan.Patut Direjam ke ISA.


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bangkitkan isu yang sangat serius untuk kita semua berikan perhatian. Iaitu isu hina azan di laman youtube.

Sekarang ini banyak betul pihak yang permain dan persendakan ajaran Islam. Dulu pernah ada satu youtube yang hina orang Islam solat. Sekarang semakin menjadi-jadi orang Islam dihina dan dipersenda. KDN patut siasat dan ISA kan sahaja golongan ini.

"KUALA LUMPUR, 14 Mac — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pihak tertentu yang mempersendakan laungan azan dan menyiarkannya menerusi laman ‘‘YouTube’’. Pegawai Kerja PPIM Mustaffa Hamzah berkata klip video yang disiarkan itu adalah sengaja dibuat untuk memperleceh dan memperkecilkan amalan agama Islam. “Laungan azan adalah ibadah bagi umat Islam dan bukan sesuatu yang patut dipersenda serta dijadikan bahan gurauan.

“Justeru PPIM mendesak kerajaan mengenakan hukuman keras termasuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau sepadan dengannya agar mereka sedar dan menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua bahawa semua agama adalah murni,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Beliau berkata PPIM juga khuatir jika tindakan itu tidak dibendung akan membawa tindak balas yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum. Mohd Mustaffa berkata masyarakat boleh melayari laman web PPIM di www.muslimconsumers.org.my untuk menonton contoh penghinaan yang dilakukan terhadap agama Islam itu. — Bernama"

Harap KDN menjalankan siasatan diatas dakwaan yang dibangkitkan oleh PPIM ini.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive