Saturday, August 13

Kerajaan P Pinang tidak sensitif agama Islam.



Arahan pihak berkuasa agama Islam di Pulau Pinang yang melarang penggunaan pembesar suara ketika bacaan al-Quran pada waktu Subuh adalah sesuatu yang tidak wajar dan pelik. Sepatutnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menggalakkan lagi bacaan al-Quran dan membenarkan ia berkumandang di udara terutama pada Ramadan, bulan yang suci dan mulia ini, bukan sebaliknya menegah amalan baik berkenaan.


Arahan larangan menggunakan pembesar suara itu mungkin hanya wajar dihadkan di tempat tertentu saja, seperti berdekatan hospital kerana dibimbangi boleh mengganggu pesakit atau sebab lain yang munasabah. Namun, ia tidak perlu dikuatkuasakan atau ditetapkan sebagai fatwa dan meliputi semua tempat. Lara-ngan itu sudah tentu menimbulkan kekecewaan umat Islam, khususnya di Pulau Pinang kerana ia dilakukan dengan mengejut, seolah-olah ada arahan pihak tertentu. 


Alasan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang ialah penggunaan pembesar suara boleh mengganggu orang lain, sama ada berada di dalam dan luar masjid demi maslahah ummah atau kepentingan penganut agama lain.Berikut adalah kenyataan yang diberikan oleh Mantan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang



BAGAN DATOH 13 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan masjid dan surau menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh di negeri itu tidak akan berlaku jika kerajaan negeri Pulau Pinang sensitif terhadap agama Islam.
Beliau berkata, perkara itu berlaku kerana kerajaan yang memerintah negeri berkenaan adalah parti yang langsung tidak sensitif terhadap isu-isu agama Islam.


"Saya amat dukacita fatwa yang dikeluarkan oleh JHEAIPP yang selama ini tidak ada sebarang kajian dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai larangan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, larangan yang dikeluarkan oleh JHEAIPP itu merupakan arahan daripada pentadbiran kerajaan negeri.


Beliau berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang seharusnya merujuk fatwa itu kepada Yang Di-Pertuan Agong selaku ketua agama.


Katanya, apa yang dikhuatiri sekarang ialah larangan tersebut akan menjadi ikutan kepada negeri-negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. – Bernama

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive