Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ‘melagukan’ irama tahun 1998 apabila menuding kepada kerajaan yang kononnya berkonspirasi dalam pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pada pembelaannya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, dari kandang pesalah, beliau berkata, seluruh proses pendakwaan terhadapnya adalah konspirasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjatuhkan kareer politiknya dengan memasukkannya ke penjara.
Sehubungan itu, Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh mengisytiharkan bahawa beliau tidak mempunyai keyakinan bahawa keadilan akan terlaksana dalam prosiding perbicaraannya meskipun pelbagai usaha dilakukan oleh barisan pembelaan.
“Ini bukan satu perbicaraan kes jenayah, ia hanya satu kepura-puraan untuk menghentikan saya bagi membolehkan mereka terus berkuasa,” katanya semasa membacakan keterangan setebal 32 halaman yang ditulis dalam bahasa Inggeris.
Anwar juga berkata, tindakan serupa telah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menggunakan tipu muslihat dan berjaya mensabitkan beliau bersalah dan meringkuk di penjara selama 15 tahun untuk jenayah yang tidak pernah dilakukannya.
Tambahnya, kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku pada tiga tahun lalu didakwa kembali berlaku sekarang.
“Perdana Menteri melakukan perkara sama yang dilakukan oleh mentor beliau dengan menggunakan semua kuasa yang ada melalui media, polis, Jabatan Peguam Negara dan badan kehakiman untuk menjatuhkan saya daripada persamaan politik,” katanya.
Selain itu, Anwar yang mula membaca keterangannya pada pukul 9.56 pagi berkata, tindakan yang berterusan untuk menghantarnya ke penjara menjadi perkara mustahak ekoran kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum (PRU) 2008.
Tambahnya, bukan satu kebetulan apabila konspirasi itu timbul dalam jangka masa tiga bulan selepas kemenangan PRU 2008 manakala pendakwaan secara rasmi dilakukan hanya sebulan sebelum beliau dijadualkan bertanding bagi kerusi Parlimen untuk kawasan Permatang Pauh.
“Mengada-adakan tuduhan liwat adalah untuk memburukkan perwatakan saya. Ceramah dan perhimpunan tidak memfokuskan isu sosial. ekonomi mahupun politik, tetapi semata-mata mengenai diri dan moral saya.
“Tetapi Allah maha kaya dan saya bukan sahaja tidak kalah, namun berjaya memenangi kerusi Permatang Pauh dengan kelebihan majoriti yang sangat besar iaitu 15,000 undi,” katanya.
Anwar juga berkata, semangat untuk menjatuhkannya dari persada politik tidak akan berkurangan dan mendakwa, Najib beranggapan dengan memusnahkan kareer politiknya, ia juga boleh memusnahkan peluang PR untuk berkuasa.
Terdahulu, Anwar memulakan pembelaannya dengan mengimbas kembali kejadian pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan oleh Dr Mahathir pada tahun 1998 yang didakwanya dibuat ekoran keengganannya untuk meletak jawatan.
“Beliau memberitahu saya untuk meletak jawatan atau berhadapan dengan kesannya termasuk pendakwaan kes jenayah iaitu dakwaan seksual dan rasuah,” katanya dan menambah kejadian itu telah menyebabkan berlaku demonstrasi dan era reformasi yang menjadi sebahagian daripada sejarah negara.
Anwar juga berkata, kejadian 'mata lebam' ‘disembunyikan’ oleh Tan Sri Gani Patail (kini Peguam Negara), Tan Sri Musa Hassan (Bekas Ketua Polis Negara) dan ia dalam pengetahuan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan.
“Semua personaliti ini saling berkait pada tahun 1998 dalam skandal mata lebam dan percubaan untuk memutar-belit keadilan. Ini juga adalah individu sama yang terlibat dalam pendakwaan kes liwat terhadap saya pada hari ini,” katanya.
Sementara itu, sebaik sahaja Anwar selesai memberikan pembelaannya pada pukul 11.47 pagi, Mohd Yusof berdiri dan memberitahu bahawa ini adalah kali pertama beliau mendengar pembelaan seumpamanya yang diberikan dari dalam kandang pesalah.
“Saya sangat berminat untuk menyoal balas tertuduh berhubung kenyataannya yang tidak berkaitan dengan kes ini,” tambah Mohd Yusof.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, pembelaan yang diberikan dari kandang pesalah tidak boleh disoal balas oleh barisan pendakwaan.
Beliau seterusnya menetapkan perbicaraan bersambung pada Selasa, dengan keterangan pakar yang akan dibawa oleh Anwar.
Terdapat dua nama pakar yang disebut-sebut sepanjang prosiding berlangsung, iaitu pakar dalam bidang asid deoksiribonukleik (DNA), Dr Brian McDonald dan pakar forensik Dr David Wells yang kedua-duanya dari Australia.
Anwar, 64, sedang membela diri atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, nombor 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Jika disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan disebat.
Beliau didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 7 Ogos 2008 sebelum perbicaraan bermula pada 3 Februari 2010 manakala pada 16 Mei lalu, Anwar dipanggil untuk membela diri.
MKP kata:Sudah-sudahlah Pak Sheik nak tuduh orang lain yang konpirasi pulak yang sedap tue hang orang lain pulak kena,mengaku sajalah Pak sheik memang kaki lubang kunyit.
No comments:
Post a Comment