Showing posts with label MAIPP. Show all posts
Showing posts with label MAIPP. Show all posts

Monday, November 26

MAJLIS AGAMA PULAU PINANG ROBOH MADRASAH YG DIBINA SEJAK 87 TAHUN...



Penduduk Tanjung Tokong di sini menentang tindakan Majlis Agama Islam dan Mufti membenarkan untuk merobohkan Madrasah Al-Taqwa yang berusia 87 tanpa mendapatkan persetujuan jawatankuasa madrasah berkenaan.

Madrasah itu ditubuhkan oleh nelayan kawasan itu dan tapak asalnya adalah di tepi laut. Setelah ditebus guna ia dipindahkan ke tapak baru iaitu tapak sekarang.


Tuesday, August 7

Ajaran Memurtadkan Umat Islam Pulak?


Apa dah jadi nie sampai macam nie sikap mereka cuba memperdaya umat Islam Pulau Pinang?Jawapan  dari Menteri hal ehwal agama Islam Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyerahkan isu berhubung dakwaan cubaan menyebar ajaran Kristian kepada orang Islam di Pulau Pinang untuk disiasat oleh pihak berkuasa agama negeri tersebut.

Isu berat ini sepatutnya dipertanggungjawabkan kepada Salleh Man yang baru memegang jawatan sebagai YDP MAIPP,Takkan nak tengok saja kot?

Majlis Agama Islam Pulau Pinang di negeri yang dikuasai DAP itu perlu mengambil tindakan segera ke atas dakwaan berkenaan.

DS Jamil Khir Baharom minta MAIPP mengambil tugas dan tanggungjawab supaya hal seperti ini tidak boleh dibiar begitu sahaja. "Saya seru MAIPP yang dipimpin DAP perlu bergerak cepat"

Majlis Agama Islam mempunyai akta negeri masing-masing bagi mengambil tindakan terdapat individu yang bersifat memesongkan ajaran Islam.

"Kita ada jawatankuasa di peringkat kebangsaan untuk mengambil tindakan bagi sebarang gerakan atau tarikan yang bersifat untuk memesongkan ajaran Islam. Ia juga terlindung di bawah peruntukan akta majlis negeri masing-masing," katanya.

Utusan Malaysia semalam, mula timbul apabila dibangkitkan oleh satu kumpulan yang dinamakan sebagai Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan.

Menurut laporan tersebut, kumpulan itu mendakwa "wujud usaha memurtadkan orang Islam terutama golongan gelandangan sekitar Pulau Pinang menggunakan wang tunai dan keperluan asas sepanjang Ramadan".

MKP Ayat Sempoi : Dulu Malik Itik dok Gebang lanie kita tengok Salleh Man Pulak?

Thursday, April 19

SALLEH MAN DAH HINA PELEMBANGAAN NEGARA? @dzainalabidin




Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang Dato' Zainal Abidin Osman telah membuat kenyataan akhbar hari ini berkaitan Perlantikan dan Pembatalan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang UMNO Negeri .. Mengikut seksyen 11 pindaan 2004 Timbalan YDP boleh memanggil mesyuarat sekiranya yang di Pertua tiada dalam negeri ataupun uzur,,tetapi apakah statusnya apabila Salleh Man mempengerusi mesyuarat Majlis Agama sedangkan beliau belum mendapat kelulusan mahupun perkenan dari YDP Agung,... sedangkan YDP Majlis Agama Malik Kassim ada didalam negeri dan keadaanya sihat..amat memalukan apabila mereka menolak perkenan agung yang telah diperkenankan pada 10 Feb 2012 serta suraat permohonan pada 22 Disember 2011, kenapa setelah 2 bulan di perkenan baru sekarang kerajaan negeri mahu menukar YDP ini telah menghina Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung....


Saturday, February 4

KETUA PEMUDA UMNO TANJONG BAKAL YDP MAIPP???



Berita ini telah lama MKP dengar dan tunggu pengesahan sahaja. namun, namanya telah di bawa oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada Yang Di pertuan Agung untuk diperkenankan. Malik Kassim ialah mantan Ketua Pemuda UMNO Tanjong sewaktu Zaharin menjadi ketua bahagian di zaman nuar yahudi.Memandangkan beliau merupakan proksi nuar yahudi, maka nama beliau dinaikkan untuk bertanding di kerusi batu maung ( itu pun boleh sepenggal je la kot). Sifat malik kassim ialah sentiasa taat dan patuh pada pemimpin yang dapat memastikan dia terus berkuasa. misalnya dalam waktu sekarang malik kassim ialah penjilat tegar lim guan eng mengatasi penjilat tegar yang lain.

Malik Kassim telah lama menjadikan PAS sebagai musuh utama beliau sejak beliau berada di dalam umno. jadi semangat bermusuh dengan PAS masih tidak dapat hilang. lalu dalam mesyuarat exco yang lalu, nama malik kassim adalah terbaik untuk menggatikan lias zakaria. dengan yakin, guan eng telah menghantar senarai nama kepada Yang Di pertuan Agung. Mansor cuba mengiyakan sahaja. pun begitu , yakin lias zakaria akan kekal.

yang paling kasihan sekarang ialah Salleh Man yang nuar kata pas ni bodoh bahasa inggeris.Salleh tak perlu berangan lagi untuk duduk di MAIPP. cukuplah sekadar timbalan sahaja. Salleh Man adalah seorang pesuruhjaya pas yang agak lembab. pilihanraya ke 13 , namanya akan disingkirkan untuk kerusi permatang pasir.dia akan balik semula ke kepala batas atau tasek gelugor.jadi bola bowling la Salleh Man.BK

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive