Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Monday, February 20

GUAN ENG DAH HILANG HORMAT PADA PENGUNDINYA?




tetapi apabila dibuka, ianya telah pun dipadam, buktinya,. lihat disini!


Dibawah ini adalah antara beberapa kenyataan Dari Lim Guan Eng


Gua dah banyak kali cakap kat penyokong Pakatan Rakyat nie,kaum cina menyokong Pakatan hanya kerana  mahukan perubahan kuasa, sebelum ini umum juga ketahui bahawa cina Gerakan & MCA masih dibawah kuasa BN yang mana kuasa penuhnya dari  UMNO. Peralihan kuasa bakal berlaku & negara bakal menghadapi malapetaka apabila melayu semakin berpecah belah. Kini Melayu berpecah kepada 4.DARAH SATRIA

Monday, November 28

DILEMMA DAN PERMASALAHAN PENGUNDI MELAYU PULAU PINANG.



Dari sudut politik, orang Melayu Pulau Pinang di kawasan kajian memperlihakan sikap tidak kondusif terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana mereka melihat bahawa kuasa Melayu terhakis apabila DAP memerintah negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini telah dikuasai olen golongan Cina DAP yang cauvanis.

Dari sudut ekonomi pula, orang Melayu Pulau Pinang berasa mereka terus ketinggalan di dalam arus pembangunan ekonomi di mana orang Cina lebih dominan mengaut hasil ekonomi. Golongan mamak juga antara yang sering menjadi perbandingan kepada orang Melayu Pulau Pinang. Dalam isu hartanah pula, orang Melayu seolah-olah memahami bahawa mereka jauh ketinggalan untuk bersaing menyebabkan mereka akur bahawa kuasa jual beli tanah di Pulau Pinang tinggi. Mereka hanya mampu membeli hartanah di pinggir Pulau Pinang seperti di Kulim, Parit Buntar dan Sungai Petani kerana budaya orang Melayu yang sukakan suasana hidup harmoni dan tidak suka hiruk-pikuk kota di dalam kehidupan harian mereka.

Dari sudut sosial, generasi kedua Melayu Pulau Pinang juga agak rasional  dan dilihat lebih terbuka dalam menilai prestasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Generasi ini juga menghadapi cabaran pembangunan yang hebat untuk 'survive' dalam arus ini di Pulau Pinang terutama dalam peluang meriah peluang pekerjaan, pendidikan dan pendapatan sara diri.







Friday, August 19

DR Mahathir:Ada pihak Ketiga Cuba Rosakkan Umat Islam.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, umat Islam di negara ini kini berpecah kepada tiga dan jika ia berterusan ia akan memberi peluang kepada campur tangan asing di negara ini.
Katanya tiga puak orang Islam yang ada di negara ini sebenarnya “berperang" sesama sendiri walaupun tidak menggunakan senjata seperti di beberapa negara Islam lain yang telah berpecah.
"Kerana berpecah-belah kita menjadi lemah. Kita mungkin lupa 55 tahun dulu, semua orang Islam dan Melayu di negara ini berjuang untuk kemerdekaan dan (menentang) Malayan Union.
"Masa itu umat Islam memang lemah tetapi kita dapat tumpaskan Malayan Union kerana kita bersatu padu. Walaupun tiada wang ringgit dan kekuatan lain tetapi kerana bersatu kita boleh mengalah Malayan Union.
Bernama melaporkan, Dr. Mahathir berkata, banyak negara Islam kini bermasalah seperti berperang sesama sendiri, berperang mempertahankan negara daripada orang asing dan berhadapan dengan masalah kebuluran.
"Inilah yang berlaku di kebanyakan negara Islam. Di negara-negara mereka, perpecahan berlaku di kalangan rakyat. Akhirnya umat Islam menjadi lemah dan orang asing ambil kesempatan kuasai orang Islam.
Bila umat Islam berpecah mereka sebenarnya tidak dapat mempertahankan negara kerana tentera dan senjata tidak mencukupi, kewangan tak kukuh. Orang asing campur tangan dan cuba jatuhkan kerajaan-kerajaan itu,” katanya.
Dr. Mahathir berkata hanya perpaduan yang boleh menjadi benteng untuk mempertahankan negara ini daripada campur tangan kuasa asing.
"Kalau tak bersatu, kita akan jadi seperti orang Islam di negara-negara lain. Kita kena berusaha untuk menentukan nasib orang Islam tidak jadi buruk kerana perpecahan kita.
Sementara itu, mengulas isu murtad kata Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengambil tindakan dalam isu dakwaan cubaan memurtadkan umat Islam di negara ini sebaliknya perkara itu perlu diselidiki dahulu.
"Kadang-kadang tuduhan itu benar, kadang-kadang tak. Kalau gopoh untuk menyiasat, esok bila (tindakan itu) salah, orang dah tak percaya lagi. Tunggu dulu sehingga dapat maklumat yang benar," katanya.
Dr Mahathir berkata masyarakat Islam sendiri perlu mengambil berat terhadap golongan yang memerlukan bantuan bagi mengelak kemungkinan akidah mereka terpesong.
"Kalau tak ambil berat dan mereka menderita, mungkin mereka akan tertarik dengan orang yang menawarkan bantuan kepada mereka," 

Tuesday, May 31

DAP MELAYU DAH SEDAQ,YANG LAIN BILA LAGI.



 “Kalau bukan kita yang nak tolong bangsa kita sendiri, siapa yang akan datang menghulur bantuan. Kami juga ibarat `melukut di tepi gantang’ bila bersama-sama DAP walaupun pada awal penubuhan DAP Cawangan Lembah Kinrara, Puchong dua tahun yang lepas, kami ini diibaratkan sebagai `anak emas’, apa sahaja yang permintaan kami, kononnya akan ditunaikan oleh DAP khususnya ADUN Kinrara yang kini merupakan Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok,” ujar bekas Pengerusi DAP Lembah Kinrara, Harun Abdul Wahab, 58.



Sehubungan itu, Harun bersama kumpulan pertama terdiri daripada 64 orang bekas ahli DAP Lembah Kinrara, Cawangan DAP Melayu di Selangor menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan petang tadi.
“Kesedaran yang timbul dalam diri kamilah yang menyebabkan kami rasa bertanggungjawab untuk kembali bersama perjuangan UMNO, kerana kami juga satu ketika dulu merupakan ahli UMNO, namun kerana kesilapan yang kecil ketika itu, kami membawa perpecahan kepada UMNO di kawasan kami.
Kami sedar, dan kami bersepakat untuk keluar DAP.  UMNO tu bukan tak elok, yang tak elok itu adalah diri kita sendiri. Kita yang tak sokong dengan elok, yang akhirnya orang pandang serong dan buruk pada UMNO atas kesilapan yang kita sebagai ahli sendiri yang buat,” ujarnya selepas menyerahkan 64 borang permohonan kepada Datuk Ahmad Maslan, petang tadi.
PKR memang wujud di kawasan Lembah Kinrara, namun keputusan meninggalkan UMNO dan menubuhkan cawangan DAP Melayu yang pertama dibuat pada tahun 2009 kerana beliau tidak yakin dan percaya kepada perjuangan PKR di kawasan tersebut, manakala PAS memang tidak ada di kawasan tersebut.
”Ketika itu, kita memang tengok DAP pada zahir sahajalah. Cara mereka memikat kita ketika itu memang eloklah. Kalau ada apa-apa yang kita cakap pun ketika itu, dia dengar. Tapi sekarang ini, kalau kita nak minta bantuan pun, lepas tapis, tapis.
Sekarang ini bila mereka dah menang lama, dah semakin kuat, kita pun dia dah tak pandang lagi. Sehubungan dengan itu, buat umat Melayu yang masih bersama DAP ini, agar berfikirlah kembali asas perjuangan kita, agar kita tidak mengkhianati anak bangsa kita di masa depan atas kesilapan yang kita lakukan pada hari ini,” ujarnya.

Wednesday, April 20

1Melayu, 1Bumi






ORANG Cina telah bersatu. Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak telah membuktikannya.            Malah, sebenarnya orang Cina telah pun bersatu sejak dulu lagi. 

Perkembangan politik muaasir (kontemporari), selepas era-Mahathirisme dan semasa era-Abdullahisme telah membuktikan ikatan orang Cina lebih utuh dan berpadu. Hubungan kekitaan, kekeluargaan serta brotherhood dan ukhwah orang Cina lebih erat, tanpa boleh ditandingi oleh mana-mana kaum di atas muka bumi Malaysia ini.

Dalam ekonomi, mereka membantu antara satu sama lain. Dari sekecil-kecil ekonomis kepadalah yang sebesar-besarnya, mereka akan tolong-menolong antara satu sama lain.

Pendek kata, orang Cina sebenarnya amat beruntung sekali berada di bumi Malaysia ini. Mereka telah menguasai segala-galanya. Sepuluh teratas orang mereka adalah bilionaire Malaysia. Sebahagian besar kedai yang ada di atas muka bumi Malaysia ini milik mereka. Hampir semua pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini rata-ratanya orang mereka.

Hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuh oleh orang Cina, yang lain semua sudah. Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia

Slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina. Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini.

Kita jangan salahkan DAP. Apa yang DAP lakukan itu amat betul untuk masa depan kaumnya. Jika Pas dipergunakan oleh DAP untuk memecahkan bangsanya sendiri, itulah operatif licik DAP.

Sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru.
Apa yang harus UMNO lakukan? UMNO harus berfikiran seperti DAPkah?


Jika Pas degil dan tidak mahu ikut serta, gabungkan dengan puluhan NGO-NGO Melayu yang kini tumbuh bagaikan cendawan di atas bumi Malaysia ini. Perlu diingat NGO-NGO itu wujud kerana mereka dahagakan wadah perjuangan untung nasib bangsa semakin ditinggalkan. UMNO harus tarik pertubuhan sukarela ini ke hadapan dan menjadi juara semula dalam soal ini.


Persetankan Pas yang ternyata telah menggadaikan perjuangan bangsa Melayu untuk kepentingan politik totok mereka. Hairan sungguh, para penyokong Pas akan menjadi lebih kuah daripada sudu semasa berkempen, dan mereka tidak pernah sedar bahawa secara senyap-senyap DAP cukup strategik mempermainkan mereka.


Orang Melayu cukup berpecah. Orang Cina tidak akan marah sekiranya orang Melayu bersatu kembali. Mungkin DAPlah yang tidak selesa kerana matlamat mereka untuk memecah-belahkan lagi orang Melayu akan gagal.



Orang bumiputera Sarawak telah memberi satu petunjuk yang amat berharga supaya diikuti oleh kaum Melayu di Semenanjung.


Namun, orang Melayu Semenanjung berpecah enam. Mereka masih lagi berpecah enam.
Oleh itu menjadi kewajipan UMNO; atas nama pejuang-pejuangnya yang terdahulu; dan sebagai parti induk orang Melayu; lancarkan segera slogan 1Melayu, 1Bumi bagi menggerakkan semula gelombang kebangsaan bangsa itu.

Wednesday, December 8

Orang Melayu usah mudah lupa sejarah

ISU-ISU seperti hak istimewa Melayu, Ketuanan Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu serta kontrak sosial telah dicungkil kembali dan ada pihak tertentu menggunakan isu ini untuk mencapai objektif yang kita tidak pasti apa sebenarnya yang mereka mahukan.
Wahai kaum Melayu semua, berhentilah kita mencanang isu-isu sebegini untuk kepentingan tertentu. Jangan kita lupa peranan dan kedudukan kita pada hari ini. Sudah sekian lama orang Melayu dijajah oleh kuasa asing. Kini, sudah tiba masanya untuk kita bangun memajukan dan pada masa yang sama, mempertahankan tanah air kita daripada diceroboh anasir luar. Orang Melayu patut bersatu dan menunjukkan kita bukanlah bangsa yang suka berpecah belah.
Orang Melayu pada hari ini jangan sekali- kali melupakan sejarah apatah lagi meninggalkan sejarah dalam usaha menuju kemajuan dan kemodenan. Orang Melayu patut menjadikan sejarah lalu menjadi lebih baik pada hari ini dan masa akan datang.
Mengapa? Dalam sejarah masyarakat Melayu zaman dahulu, orang Melayu merupakan pelaut yang terkenal kerana mereka boleh meramalkan pergerakan musuh dan kapal-kapal di lautan serta mengetahui arah angin. Kerana kebijaksanaan ini beberapa buah negeri di Tanah Melayu menjadi pusat persinggahan kapal-kapal dagangan dari beberapa negara luar.
Tetapi di manakah Melayu dalam bidang ini sekarang ini? Begitu juga dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang telah diserang Portugis dan Belanda. Mengapa mereka hendak menawan Melaka dan apa yang lebih penting adalah mengapa mereka dengan senang dapat menawan kota Melaka? Sebabnya kerana salah seorang pembesar Melaka pada waktu itu telah belot dengan membuka rahsia kota Melaka kepada musuh.
Peristiwa itu cukup memberikan pengajaran, bahawa orang Melayu jangan sekali-kali menjadi pengkhianat bangsa dan negara. Jangan ada antara kita kerana kepentingan tertentu menjaja masalah negara kepada negara lain dan meminta negara lain membantu menyelesaikan masalah kita.
Ingat! Budaya dan adat resam masyarakat Melayu Malaysia tidak sama dengan budaya negara lain.
Semasa negara ini dijajah oleh British, segala pahit maung telah ditelan oleh datuk nenek kita. Tetapi apa yang British sudah buat pada orang Melayu dan apa yang British pernah kata kepada orang Melayu?
Di zaman penjajahan, apabila disebut sahaja sekolah Melayu, sudah pasti kita dapat bayangkan tentang struktur, keadaan persekitaran dan bangunan sekolahnya.
Keadaan ini merupakan satu faktor mengapa pendidikan Melayu tidak maju dan terkebelakang jika dibandingkan dengan sekolah Inggeris yang didirikan kerajaan British. Selain daripada masalah bangunan, sebahagian sekolah Melayu yang ada pada waktu itu tidak mempunyai kemudahan-kemudahan yang sepatutnya di mana sebahagian besar tidak mempunyai kelas yang sistematik, bahan bacaan yang dibekalkan juga sangat sedikit yang mana sebuah buku terpaksa dikongsi oleh tiga atau empat pelajar.
Begitu juga dengan perpustakaan yang keadaannya sangat mendukacitakan. Ini mungkin disebabkan kurangnya sambutan pelajar Melayu itu sendiri dan ada kaitannya dengan kurangnya buku-buku rujukan dalam bahasa Melayu. Apa yang nyata pada waktu itu sekolah Melayu tidak diberikan kemudahan dan infrastruktur yang teratur sebagaimana sekolah Inggeris.
Itu dari segi pendidikan Melayu. Jadi, orang Melayu yang hidup pada zaman serba moden ini jangan lupa akan kerendahan pendidikan Melayu zaman dahulu. Tetapi sedarkah kita ada orang Melayu tidak menghargai kemudahan pendidikan yang ada pada hari ini. Kita lihat saja walaupun kemudahan pendidikan hari ini tidak ada tolok bandingnya jika dibandingkan dengan negara membangun yang lain, masih ada anak-anak Melayu ponteng sekolah, ditendang keluar universiti dan malas belajar.
Di zaman penjajahan British juga, mereka menganggap orang Melayu apa? Orang Melayu dikatakan sebagai bangsa yang malas, tidak suka bekerja di bawah orang lain, tidak produktif, tidak mahu bekerja lebih kuat, cukup sekadar untuk menampung makan dan pakai sekeluarga.
Justeru, mereka tidak memberikan peluang kepada orang Melayu untuk terlibat sama dalam sistem pemerintahan dan juga ekonomi kapitalis mereka.
Adakah bangsa Melayu hari ini masih mahu dilabel sebegitu oleh orang luar?. Cuba kita lihat apa yang berlaku hari ini? Masih ada segelintir orang Melayu yang walaupun telah diberi pelbagai kemudahan, bantuan, subsidi, dan biasiswa masih lagi menongkat dagu? Rasanya sudah sampai masanya untuk kita membuang sindrom 'subsidi' dan usahakanlah untuk membantu diri sendiri dengan bekerja lebih kuat dan gigih.
Tunjukkanlah kepada negara luar yang orang Melayu hari ini tidak lagi malas dan mampu bekerja sendiri. Dahulu kerajaan memberikan tanah kepada orang Melayu untuk diusahakan. Ini kerana orang Melayu tidak mempunyai tanah untuk bercucuk tanam dan hanya mampu menyewa dari orang lain dan mereka sentiasa menjadi mangsa orang tengah. Atas keprihatinan ini, pihak kerajaan memberikan tanah kepada mereka melalui rancangan Felda.
Sebagai penduduk pribumi dan penduduk asal Tanah Melayu, orang Melayu diberi kuasa untuk mentadbir negara. Parti-parti yang menang akan memegang tampuk pemerintahan. Bukan itu sahaja 'pertuanan Melayu' akan tetap kekal dalam semua aspek politik, ekonomi dan sosial. Selepas itu muncul pula 'kontrak sosial' yang mengikat hubungan antara bangsa Melayu, Cina dan India. Kuasa-kuasa ini diperturunkan lagi ke peringkat bawah apabila wakil-wakil yang dipilih rakyat akan duduk di kerusi Parlimen. Begitu tinggi kuasa yang diberikan oleh rakyat. Tetapi apa yang berlaku?
Ada segelintir masyarakat Melayu yang telah menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan politik masing-masing sehingga melupakan tanggungjawab utama membantu rakyat yang telah memberikan mereka kuasa sebelum ini.
Itu adalah segelintir isu yang telah menampakkan senario-senario kealpaan masyarakat Melayu terhadap sejarah. Ingatlah perpecahan adalah bibit-bibit ke arah kemusnahan sesuatu tamadun manusia. Barangkali kita kena selidik balik faktor-faktor kejatuhan sesuatu tamadun dunia sebelum ini.

Mat kilau Itulah pentingnya Sejarah!

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive