Showing posts with label PAS merlimau. Show all posts
Showing posts with label PAS merlimau. Show all posts

Saturday, March 5

PAS Kata 750 Hantu Nak Mai,DAP Mimpi dan Mamai.


PAS mendakwa kira-kira 750 individu di luar daerah Merlimau ditawarkan pihak tertentu menjadi pengundi hantu di hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Ahad ini. 

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub, berkata pihaknya mendapat maklumat itu kelmarin yang menawarkan habuan yang lumayan kepada mereka yang bersetuju dan akan menggunakan kad pengenalan pengundi tempatan.
"Saya harap pihak berwajib termasuk polis yang berjumlah kira-kira 5,000 orang di sini akan memastikan perkara ini tidak berlaku," katanya pada sidang media di sini, hari ini.



Wednesday, March 2

Yuhaizad Sedia Keluar Dari Kuaters,Patut Dah Lama Dah.







Calon PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Barisan Nasional (BN) membuktikan bahawa kuaters guru yang dihuni bersama keluarga di Kemendor sekarang dibina dengan wang Umno.
Yuhaizad berkata, jika BN berjaya membuktikan bahawa mereka sekeluarga kini tinggal di bangunan milik Umno, maka beliau sedia keluar dari unit kuaters berkenaan.
"Jika BN dapat buktikan yang kuaters itu dibina menggunakan duit Umno, saya akan keluar dari rumah itu malam ini juga," tegasnya kepada pemberita semasa ditemui berkempen di Pasar Tani Merlimau di sini, Selasa.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin menganggap calon PAS dan isterinya, Shakila Mohamad yang merupakan guru di sebuah sekolah daerah ini kurang berterima kasih walaupun tinggal selesa di kuaters guru.
Banyak pihak mempertikaikan tindakan calon PAS terbabit yang tinggal di rumah yang disediakan kerajaan tetapi menjadi menyokong parti pembangkang.
Sementara itu, pada sidang akhbar lain, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad memberitahu bahawa parti itu mahu bertanding di Merlimau dalam keadaan baik dan sihat tanpa sebarang kacau-bilau.
Katanya, pihaknya menolak amalan politik ala samseng yang ternyata tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak sekali pun.
"Kita amat kesal dengan tindakan pihak tertentu yang menaikkan kain rentang berunsur fitnah bertulis "PAS Melaka menyokong penuh fahaman pluralisme agama Datuk Seri Anwar Ibrahim" dengan gambar Anwar dan "Undi PAS masuk syurga" dengan gambar Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat," dakwanya.
Bagaimanapun beliau memberitahu, pihaknya tidak akan membuat sebarang laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Monday, February 28

Awat Hampa Hina Tuan Guru Letak Celah Kangkang,Basah Tembakau Sat Gie....


Satu risalah yang meletakkan kepala Tuan Guru Nik Abdul Aziz Mursyidul Am PAS terselit di celah kangkang kaki perempuan dengan kata-kata "Ingat PAS, ingat zina, tuihh!".'Barang bagus baru barang naik'

Memaparkan gambar mursyidul am itu yang tersenyum sambil memberikan isyarat tangan bersetuju dengan kata-kata "Barang bagus baru barang naik". Itulah 'gambar lucah' palsu pemimpin Pakatan Rakyat yang disebarkan di kawasan kempen pilihan raya kecil di Merlimau. Risalah dengan gambar-gambar yang dipalsukan itu membabitkan lima pemimpin Pakatan Rakyat yang ditampal dengan gambar bogel wanita dalam kedudukan yang mengghairahkan dan didakwa mula tersebar sejak hari pertama kempen.

Lima pemimpin yang 'diserang' itu adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; anggota exco Selangor, Teresa Kok dan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching.

Bercakap pada sidang akhbar, petang semalam, ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him berkata dua keping gambar itu dijumpai di Kg Ayer Merbau dan Kg Chinchin, tempat asal calon PAS, Yuhaizad Abdullah.
Satu daripada gambar berkenaan menunjukkan gambar separuh bogel Anwar dengan mesra mendakap pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan 'dara kontroversial yang berusia 40 tahun', Ummi Hafilda. Gambar Elizabeth Wong dalam baju tidur seksi yang diambil dari video kontroversialnya yang disebarkan beberapa tahun lalu juga dimuatkan.
Selanjutnya baca disini.

Sunday, February 27

PAS Sudah Terdesak.

Parti Pas dengan sesuka hati melakukan provokasi dengan dialog mengatakan harga barang naik menggunakan kerektor watak Upin dan Ipin bersama Atuk di salah satu banner milik Parti PAS yang dipasang di sempang tiga Pekan Ayer Merbau di sini hari ini.

Harga barangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang yang terbabit dengan pilihan raya kecil, masih terkawal. 

Timbalan Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe,
berkata kementeriannya akan sentiasa memantau keadaan harga barangan supaya peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkannya sesuka hati.

Ada beberapa aduan yang diterima mengenai perkara ini di Merlimau, namun ia 
bukan disebabkan pilihan raya tetapi kerana fenomena biasa yang berlaku di 
seluruh dunia," katanya selepas sesi ceramah isu harga barangan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Merlimau di sini, hari ini. 

Beliau turut mengingatkan parti pembangkang supaya tidak menggunakan isu 
kenaikan harga barangan sebagai salah satu taktik memancing undi pada musim 
pilihan raya. 
Katanya, pembangkang sepatutnya memberi penjelasan sebenar di sebalik 
kenaikan harga makanan dan komoditi. 

Jelas Tan, kenaikan harga barangan pada masa ini adalah fenomena dunia 
serta masalah pergolakan politik di beberapa buah negara seperti Libya yang 
merupakan antara negara pembekal minyak utama dunia. 

"Bila fakta-fakta ini diseleweng, kita bimbang akan berlaku pergolakan 
politik di negara ini dan rakyat yang akan menanggung bebannya (kenaikan harga 
barangan)," katanya. 

Justeru, katanya, rakyat perlu bersama-sama dengan kerajaan dalam memastikan 
kestabilan politik negara ini terjamin dan memelihara perpaduan sedia ada. 

"Yang penting, pengguna perlu bijak berbelanja supaya satu hari nanti 
mereka yang akan tentukan harga dalam pasaran dan bukannya peniaga. Kita mahu 
kuasa ada di tangan pengguna," katanya sambil menambah bahawa Kementerian 
Pertanian dan Industri Asas Tani sedang berusaha mengadakan stok-stok penimbal 
barangan makanan sebagai bekalan jika berlaku krisis makanan. 

Namun, katanya, KPDNKK yang bertanggungjawab ke atas harga barangan akan 
sama-sama memastikan negara mempunyai bekalan makanan yang mencukupi

Friday, February 25

Pas buang masa bertanding PRK Kerdau, Merlimau


Keyakinan Pas untuk menawan kedua-dua kawasan terbabit ibarat 'katak puru yang yakin kulitnya akan licin apabila bunyi guruh' tetapi keyakinan itu tidak pernah menjadi realiti sejak turun temurun.


Di Kerdau, daripada 8,451 pengundi berdaftar, sebanyak 89.04% adalah Melayu, 5.62% Cina, 3.59% India dan 1.75 % lain-lain bangsa manakala di Merlimau daripada 10,471 pengundi berdaftar, sebanyak 64.69% adalah Melayu, 21.11% Cina, 14.16% India dan 0.04% adalah bangsa-bangsa lain. Maknanya di kedua-kedua kawasan itu, majoritinya adalah penduduk Melayu.


Seandainya Pas meletakkan calon di kedua-dua kawasan dan diatur pula dengan siri kempen oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan, penulis yakin jumlah majoriti UMNO/BN akan meningkat dengan banyaknya kerana orang Melayu pasti tidak akan lupa dengan pengakuan Nik Aziz yang tidak bangga menjadi Melayu dan dilahirkan sebagai Melayu.


Orang Melayu juga pasti tidak mahu bersekongkol dengan parti yang dipimpin dan dianggotai oleh orang Melayu beragama Islam yang menganggap sesiapa tidak menyokongnya tidak layak masuk ke syurga. Kenyataan itu jelas ditujukan kepada mereka yang mengundi calon UMNO/BN tetapi pada masa yang sama, boleh pula bekerjasama, malah boleh 'tunduk' kepada parti yang pemimpinnya anti-Islam secara terang.


Harus diketahui oleh para pemain politik dan parti politik, pengundi sekarang bukan cetek ilmu pengetahuan dan maklumat macam dulu, malah di Kerdau mahupun di Merlimau, yang lebih berilmu dan lebih beriman serta bertakwa daripada Nik Aziz ada berlambak-lambak, cuma mereka tidak tonjol diri, apatah lagi menggazetkan diri mereka sebagai 'tok guru', 'ulamak', 'mua'lim', 'maulana' dan sebagainya kerana mereka tidak ada kepentingan politik.


Ertinya, ekoran keceluparan Nik Aziz yang bersifat strategi politik kepartian bagi menarik pengundi bukan Melayu dan pengundi bukan beragama Islam sehingga sanggup menyatakan beliau tidak bangga dilahir dan menjadi Melayu, ia menjadi suatu wabak, virus dan sindrom yang boleh menyebabkan Pas kehilangan sokongan Melayu, malah parti itu bukan sahaja akan tumpas pada pilihan raya-pilihan raya kecil tetapi juga pasti akan tumpas pada pilihan raya umum nanti.


Kalau pihak pembangkang letak calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP, calon-calon dari parti-parti berkenaan juga akan kecundang kerana pendekatan politik mereka tidak ada beza, yakni sama-sama sekularisme.


Ertinya pihak pembangkang sama ada mempertaruhkan calon Pas atau PKR atau DAP, mereka hanya akan membuang masa, wang dan tenaga untuk bertanding di Kerdau dan Merlimau. Lebih baik wang itu digunakan oleh Pas untuk membantu fakir miskin termasuk memberi subsidi harga barangan keperluan harian kepada rakyat di negeri-negeri yang diperintah.


Dengan majoriti yang dipungut oleh Allahyarham Zaharudin Abu Kassim di Kerdau sebanyak 1,615 selepas memungut 4,132 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), manakala lawannya dari Pas hanya memungut 2,520 undi, adalah amat sukar bagi Pas untuk menumbangkan UMNO/BN.
Penulis yakin jumlah majoriti penyokong UMNO/BN akan meningkat lebih tinggi memandangkan UMNO/BN sedang berdepan dengan revolusi dan reformasi pemulihan sokongan yang amat ketara, terutama di kalangan orang Melayu. Harus diingat faktor yang menyebabkan UMNO/BN gagal mendapat majoriti 2/3 pada PRU-12 bukan kerana sokongan terhadap UMNO merosot, sebaliknya yang tumpas adalah parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN atas beberapa faktor yang kini sudah dikenal pasti dan diatasi oleh pimpinan BN.


Keinginan Pas atau mana-mana parti pembangkang untuk menawan Merlimau juga ibarat sang pungguk yang mahu ke bulan. Ini kerana kalau difikirkan secara waras, bukan mudah untuk Pas atau mana-mana parti pembangkang menambah pungutan undi lebih daripada 5,087 undi berbanding dengan undi yang diperoleh pada PRU-12, yakni jumlah majoriti yang dipungut oleh Allahyarham Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan.


Apa pun jentera UMNO/BN tidak boleh leka dan ambil mudah dalam menghadapi lawan, sebaliknya kena bekerja kuat bukan untuk menang kerana insya-Allah kemenangan sudah dalam genggaman. UMNO/BN perlu bekerja kuat untuk meningkatkan jumlah majoriti yang dipungut.


Jangan ikut rentak lawan yang menabur fitnah, provokasi dan fakta yang diadakan-adakan ketika berkempen, sebaliknya berpolitiklah secara sihat dan yang dihalalkan oleh Islam supaya UMNO/BN tidak akan dikifarah sebagaimana Pas sedang berdepan dengan siri kifarah kerana pendekatan politik pimpinan parti berkenaan tidak sama antara yang diucap pada mulut dan yang terselit di hati.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive