Showing posts with label aes. Show all posts
Showing posts with label aes. Show all posts

Tuesday, February 5

KAMERA AES TERBAKAR........


Sebelum nie kita digemparkan dengan kamera AES bernilai puluhan ribu nie tumbang aje tapi kali nie lagi gempar gila siap terbakar pulak...Lokasi tidak dapat dipastikan dimana akan tetapi memang gambar ini adalah benar dan tiada ubahan dibuat atau teknik photoshop.

Awal-awal AES dilaksanakan sudah kedengaran rasa gelisah dan gundah gelana orang ramai. Bertitik tolak dari situ kita cuba berbual-bual dan tanya pendapat orang ramai.

Pemuda Umno juga mengambil pendirian sama seperti apa kami perjuangkan sebelum ini. Sebagai sebuah sayap kepada parti yang memerintah negara apakah kau orang ingat senang-senang Pemuda Umno nak buat kenyataan sebegitu ? 

Sudah tentu mereka juga telah melakukan kerja-kerja mereka mendapat pandangan masyarakat sebelum keputusan dibuat. Dan bila majoriti masyarakat tidak setuju maka mereka kena nyatakan kebenaran walaupun pahit untuk ditelan. 

Budaya bodek, budaya ampu sudah berlalu. Kritikan dan teguran akan membuatkan seseorang, sesebuah badan atau sesebuah kerajaan akan menjadi lebih baik dan lebih kuat. Manakala bodek dan ampu akan menyebabkan mereka terus syok dan lena.

Untuk mengelak polemik yang berpanjangan dan memberi kesan yang tidak baik kepada kerajaan , maka adalah lebih baik kerajaan tangguhkan dulu perlaksaan AES dan tubuh sebuah jawatankuasa bagi membincangkan perkara ini dan jangan lupa ambil pendapat orang ramai.

Tuesday, December 18

SAMAN AES DIKAJI SEMULA...TAHNIAH MAHFUS BEAN....

Lawak tahap gampang bila Mahfus dok mengaku dengan mengatakan bahawa penangguhan saman AES bakal dikaji semula.Riuh sekampung Mahfus nie...Tapi bukan Mahfus atau pun KASE punya kerja tapi sebaliknya PEMUDA UMNO yang telah menyerahkan Usul berkenaan tempoh hari pada DS Najib Razak...

Berikut Adalah MEMORANDUM yang telah diserahkan tempoh hari...Pada PAS,Mahfus Bean dan KASE tok sah dok perasaan baguih.....Cemuih dah MKP dengan nama YB yang tak tahu malu nie...

MENGGESA KERAJAAN MENANGUHKAN PELAKSANAAN AES DAN MEMBATALKAN SEMUA SAMAN AES.
 

Saturday, November 17

GAMBAR PENIPU CIPTAAN KASE UNTUK MENFITNAH....


Mahfus Omar bagaikan Mr Bean mencipta fitnah untuk memburukkan perlaksaanan AES.MKP kurang bersetuju dengan perlaksanaan AES nie.......Tapi dengan fitnah tahap gampang ibarat memantat diatas motor bagaikan bohsia KASE ciptaan Mahfus Bean yang telah tersebar semalam...


Saturday, November 10

AES KENA SPRAY PULAK?


Nak balas dendam sampai sanggup spray cat hitam pada kamera AES.Nie mesti keja puak pembangkang yang kurang cerdik seperti budak kurang ilmu......

Wednesday, October 31

KHAIRY JAMALUDDIN PULAK MENGAMUK PASAL AES?


Apa sudah jadi dengan pelaksaaan AES nie sampai Pemuda UMNO pulak mengamuk.MKP tak mahu komen bebanyak nanti ada yang kata MKP Trojan Horse.........

Pemuda UMNO hari ini menuntut dan mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan mengkaji semula pelaksanaan sistem berkenaan kerana terdapat banyak rungutan dan persoalan mengenai sistem tersebut.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata terdapat banyak pandangan serta maklum balas daripada akar umbi mengenai sistem berkenaan dan pergerakan itu berharap mesyuarat kabinet pada minggu ini dapat membincangkan dan membuat keputusan berdasarkan desakan pergerakan itu.


Saturday, October 27

AES : Teliti Kaedah Penguatkuasaan.



Bila cuti musim perayaan kali ini topik paling hot diperkatakan apabila bertemu rakan-rakan yang pulang beraya dikampung halaman adalah AES.Ada yang menyokong dan ada pulak yang mempersoalkanya....Tapi Kementerian Pengangkutan menyatakan ianya telah dikaji tapi Kaedah Penguatkuasaannya tidak menepati citarasa pengguna...

Kementerian Pengangkutan berusaha sedaya upaya untuk menghadapi rungutan tetapi perasaan tidak puas hati terus saja timbul walaupun ia dilaksanakan dengan tujuan mendorong pengguna jalan raya lebih bertanggungjawab apabila memandu.

Dikatakan kerajaan telah meneliti sistem itu sejak 2003 lagi dan mendapati lebih 90 negara di seluruh dunia sudah melaksanakannya hingga ada yang mendapati ia berjaya mengurangkan kejadian kemalangan jalan raya sehingga 60 peratus.


Thursday, October 25

KAMERA AES TUMBANG!!! SABOTAJ ATAU KURANG KUALITI?


Walaupun tujuan asalnya untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian jalan raya, di samping mendidik pengguna jalan raya supaya pemandu lebih berhemah terutama sekali mematuhi lampu isyarat dan tidak memandu melebihi had laju.

Walau apapun, hak dan suara rakyat hendaklah dihormati kerana sebagai pengguna jalan raya mereka lebih arif tentang permasalahan yang berlaku dan akan berlaku jika AES ini diteruskan juga.

VIDEO : KAMERA AES BILA MERAKAM AKSI PESALAH TRAFIK


Beginilah cara sistem AES berfungsi. Lepas ini kalau nampak lampu bercahaya tepi jalan anda paham-paham ajelah apa yang dah terjadi. Sila bayar saman,VIDEO KAT BAWAH

Tuesday, October 23

Wang Atau Nyawa Lebih Penting?


Ungkapan ini patut diberikan pada pihak yang memilih setuju walaupun tidak setuju dengan sistem perlaksanan AES....

Malahan sejak sistem itu dilaksanakan bulan lalu, banyak blog yang telah menyuarakan bantahan berhubung pelaksanaan sistem tersebut dengan alasan ia membebankan pengguna dan rakyat.

MKP tidak faham di mana "penganiayaan" kerajaan terhadap rakyat ekoran penggunaan AES ini. Mungkin mereka (termasuk wakil-wakil rakyat) hanya melihat jumlah saman yang dikutip hasil sistem tersebut, tanpa melihat sudut positifnya.


Monday, October 22

KAMERA AES DILANGAR ANGKARA SAPA NIE?


Kamera AES ini tak akan menyembah bumi dengan sendirinya, ini adalah perbuatan biadap manusia yang tak berguna, MKP yakin kamera ini dijatuhkan dengan menggunakan lori yang besar dengan sengaja, tak susah pun kalau nak buat, pandu lori dan geselkan bahagian badan kepada tiang kamera, pasti tumbang tiang tersebut. hatta tiang eleltrik jenis konkrit pun boleh tumbang angkara lori , ini lah tiang keluli yang kosong.

Sapa punya keja sampai macam nie jadinya....?

Thursday, October 18

PENGGUNA i-PHONE & i-PAD SOFTWARE UNTUK ELAKKAN AES...


Siapa peminat Apple?Ala buah apple yang telah dikunyah sedikit dan lambang yang agak ranggi kat gadget korang tue....MKP adalah peminat serta pengikut Apple nie...Tak aci kalau android aje yang keluarkan aplikasi untuk mengesan AES nie der.....Takkan Apple Nie koman spanar sangat!!!! Nama aje gah.

DS Najib Razak pun minat kat benda Apple nie kerana ada rakyat Malaysia yang menjadi  salah seorang yang terlibat dalam merealisasikan gajet terbaru iPhone4 ialah Timothy Seng Yen Lim, 24, rakyat Malaysia yang diberi kepercayaan oleh syarikat Apple untuk menghasilkan iPhone4.klik


AES UNTUK TRAKTOR SAWAH PADI TELAH DILAKSANAKAN




saya sokong AES...

ianya dapat mengurangkan kadar kemalangan di negara ini...

tetapi saya disini ingin memohon agar limit AES adalah 220/kmj, bukan apa, tak semua orang di malaysia ni pakai kancil stock kilang. kancil turbo pun boleh pergi 150/kmj tau...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive