Showing posts with label ahmad maslan. Show all posts
Showing posts with label ahmad maslan. Show all posts

Friday, January 25

TOK MAT BAGI AMARAN PADA UMNO PASIR GUDANG


Penutupan beberapa bilik gerakan Umno di Johor hanya kes terpencil, kata Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Sambil menyifatkan kes itu tidak serius dan hanya melibatkan masalah di kalangan segelintir individu tertentu, Ahmad tidak menolak kemungkinan kejadian itu berunsur cubaan memboikot dan sabotaj parti atau calon menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Pada sesiapa yang membuat kerja memboikot begini, mereka akan diambil tindakan. Kita akan ambil tindakan keras. 
"Saya ulangi, kepada sesiapa yang hendak buat cerita boikot ini, tidak ada tempat untuk mereka dalam Umno, pergilah cari NGO lain. 
"Kita serius dalam pilihan raya, ia berkenaan masa depan negara," 

"Tidak menjadi masalah kalau ada cubaan memboikot. Kita ada 35 hingga 40 bilik mengundi (di satu kawasan)," katanya.

Memboikot kempen pilihan raya umum kerana kecewa dengan kerajaan negeri.

Beliau menegaskan tindakan tata tertib dan disiplin akan diambil jika didapati ada anggota Umno menjadi dalang sabotaj dan pemboikot kempen.

KOMEN MKP : Belum PRU 13 dah ramai nak tunjuk belang, Usah dilayan mangkok tingkat nie semua Tok Mat.

Thursday, October 4

MAZLAN ALIMAN NAK BOHONG PUN BIARLAH BERFAKTA?



FELDA sering dijadikan sebagai “Punching Bag” oleh pihak tertentu khususnya Pembangkang dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan untuk menjatuhkan hasrat murni Kerajaan membangunkan FELDA. Antara tohmahan dalam media-media Pembangkang seperti dinyatakan oleh Mazlan Aliman (Pengerusi Persatuan Anak) dalam Harakah pada 10 September 2012 bertajuk ‘400 juta unit saham FGVH dimiliki Genting’, Suara Keadilan pada 25 September 2012 bertajuk ‘Dividen Interim Langgar Prosedur’, kenyataan media oleh Dr. Rosli Yaakob dalam Harakah bertarikh 14 September 2012 bahawa ‘Penyenaraian membawa kerugian sebanyak kira-kira RM2 bilion kepada FELDA dan FGV’, Mazlan Aliman dalam Suara Keadilan pada 25 September 2012 menyatakan ‘KWSP Selamatkan FGVH?’ dan lain lain. Sehubungan itu, kenyataan akhbar ini bertujuan untuk menangkis tohmahan-tohmahan berkenaan.

Monday, February 13

Tak Sopan Tok Mat Macam Tue?


Anwar pasti marahkan Tok Mat bila buat Cam tue silap hari bulan Pak sheik pasti saman Tok Mat yang pernah membuat kenyataan bahawa Buku Jingga yang diterbitkan oleh Pakatan Pembangkang harus dibakulsampahkan, telah mengotakan kata-katanya.Modal pasaran FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) diramal mencecah RM21 billion apabila ia disenaraikan pada Bursa Saham pada 10 Mei tahun ini.FELDA Asset Holdings Company (FAHC) telah ditubuhkan untuk memastikan kepentingan 37% saham milik KPF tidak dijual sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab apabila ia disenaraikan kelak.

Ahli-ahli lembaga pengarah FAHC terdiri daripada wakil JPM, Kementerian Kewangan, FELDA, FGVH dan Koperasi Permodalan FELDA (KPF). Katanya FAHC mempunyai kuasa mengundi tetapi hak ekonomi adalah milik KPF.Proses rundingan sudah 90 peratus siap dan perbincangan terakhir mengenai penerimaan cadangan penyenaraian akan dibawa pada mesyuarat agung KPF pada 22 Mei ini.
Katanya tawaran permulaan awam (IPO) hanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri selepas semua proses siap. FGVH telah menyenaraikan dua syarikat antarabangsa sebagai rakan kongsi globalnya tetapi enggan mendedahkan dari negara mana.
photo_4
Ahmad Maslan mengadakan perjumpaan mesra dan menyampaikan taklimat kepada 1,3000 Ketua Peneroka, Ketua Penerokawati, Ketua Belia, Pengurus Rancangan dan pegawai-pegawai kanan daripada 317 rancangan FELDA seluruh negara. Dalam perjumpaan itu, beliau turut menjawab soalan-soalan dikemukakan wakil.KPF akan menjadi pemegang saham tunggal terbesar FGVH dengan 37% kepentingan, sementara saham lain diperuntukkan bagi peneroka, petugas Kumpulan FELDA, kerajaan negeri, pelabur Bumiputera dan pelabur asing.Antara pelabur Bumiputera yang terbabit ialah ASN, ASB, PNB dan Tabung Haji sementara pelabur institusi pula terdiri daripada KWSP dan Kumpulan Wang Amanah Pencen. Hanya dua peratus diperuntukkan untuk pelabur luar negara




Monday, October 3

Guan Eng Ada Berani?????



Datuk Ahmad Maslan mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  untuk menghadap Sultan Johor untuk memohon maaf secara berdepan berhubung dakwaan buruk terhadap negeri Johor yang dibuatnya baru-baru ini.


Jika Lim Guan Eng tidak sanggup membuatnya, ini membuktikan bahawa permohonan maafnya tidak ikhlas, masih membuat kenyataan penafian di sebalik kenyataan permohonan maafnya sedangkan secara bertulis, secara rakaman terutama di Singapura itu jelas menunjukkan bahawa beliau telah menyatakan bahawa orang Singapura tidak selamat di Johor, kemungkinan diculik dan sebagainya


Justeru, beliau selaku anak Johor mencabar Lim Guan Eng untuk memohon maaf secara bersemuka dengan Sultan Johor atas kenyataan biadapnya yang melukakan hati Sultan Johor dan rakyat Johor keseluruhannya.Sebagai Ketua Menteri, beliau sebenarnya tidak perlu berbuat demikian untuk menaikkan pelaburan di negeri Pulau Pinang.


Pulau Pinang tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada Maida, MITI, MATRADE yang jauh lebih besar jasanya membawa pelaburan ke sini berbanding usaha beliau sendiri.


MKP kata Guan Eng nie jenis putaq belit,Minta maafnya bersebab dan ada udang disebalik batu.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive