Showing posts with label bakar bendera. Show all posts
Showing posts with label bakar bendera. Show all posts

Monday, April 16

500 BENDERA BN DIBAKAR,SIAPA PUNYA KEJA?


Bangunan Block 54 Pangsapuri PKNS, Seksyen 7 Shah Alam hampir terbakar apabila sebuah stor yang menempatkan lebih 500 bendera Barisan Nasional dipercayai dibakar oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Kejadian yang berlaku awal pagi tadi turut merosakkan dua buah motorsikal yang diletakkan berhampiran dengan stor tersebut.

Sebatang paip yang menyalurkan sisa kumahan penduduk pangsapuri itu bocor akibat tindakan khianat tersebut.

Menurut Ketua MIC Cawangan Nilam Sari, Deva A/L Nalansamy, kejadian tersebut disedari penduduk pada jam 4 pagi dan mereka bertungkus-lumus memadamkan kebakaran tersebut dari merebak ke kediaman mereka.

Menurutnya, beliau sangat kesal dengan kejadian yang menimpa namun tidak mahu membuat kesimpulan sendiri tentang siapa yang bertanggungjawab melakukan perkara terkutuk itu.

“Kami (penduduk) tidak mahu tuduh sesiapa. Tapi kami berasa sangat kesal dengan kejadian ini. Cuba bayangkan kalau api merebak ke rumah, orang mati, macam mana?

“Kami harap agar kejadian yang sama tidak berulang lagi. Kalau mahu ikut hati, kita juga boleh buat (bakar bendera), tapi kita tak mahu. Kita masih boleh fikir secara rasional lagi,” kata Deva.

Susulan daripada kejadian tersebut, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Seksyen 9 pagi tadi.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Blok 54, Hanipah Jantan turut kesal dengan kejadian tersebut.

“Saya sangat kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab ini. Saya harap pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci dan menghukum mereka yang terlibat,” katanya.

Satu laporan polis turut dibuat oleh beliau di Balai Polis Seksyen 7.

Susulan daripada kejadian itu katanya, pihak jawatankuasa penduduk akan lebih berhati-hati bagi mengelak kejadian yang sama daripada berulang.

MKP Ayat Sempoi : Sapa punya kerja nie,sampai macam tue terdesak!!!!!!

Sunday, March 18

PENYOKONG PAS BAKAR BENDERA BN.


 
 
 

 

 

Rakan seperjuangan telah melaporkan bahawa di Taman Malinja ada kes bakar bendera UMNO/BN. Baca artikel yang Mc ambil dari Media Kedah. Memang lahanat puak Pas ni..

Pakatan Haram dengan bersikap kurang ajar telah membakar 14 bendera BN dan 6 bendera UMNO, kesemua bendera di bakar selepas ceramah Mat Sabu yang di adakan di Padang Taman Malinja Semeling semalam.

Dari sumber saksi berkata bendera berkenaan di bakar dalam pukul 2 pagi, setelah selesai ceramah Mat Sabu, ini menunjukan Pakatan Haram telah melanggar sistem demokrasi di negara ini.

Kami diberi tahu, Pakatan Haram sudah mula goyah di kawasan berkenaan kerana di Taman berkenaan dahulunya merupakan kubu kuat Pakatan Haram namun kini UMNO bahagian Merbok sudah berjaya menembusinya.

Di sebabkan pengaruh UMNO kian kuat di kawasan itu, ini telah membuat sikap penyokong Pakatan Haram dikawasan itu tidak senang duduk. Ini menunjukan bahawa Pakatan Haram sudah kalah dari segi emosi.

Laporan Polis telah di lakukan oleh Timbalan Pengerusi Pemuda UMNO Bahagian Merbok pada pukul 11.52 pagi.di Balai Polis Merbok. 

MKP Ayat Sempoi : Terdesak sangatkah depa nie sampai boleh buat kelaku macam nie?

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive