Showing posts with label betty. Show all posts
Showing posts with label betty. Show all posts

Sunday, July 8

Betty Chew Meroyan Apabila Di Serang?


Betty Chew meroyan selepas diserang oleh secara peribadi oleh Pemimpin MCA didalam (DUN) Melaka tempoh hari.Tekedu dengan serangan itu beliau tampil [ada sidang media hari ini bersama Ketua Menteri Paling Celaka dalam Sejarah Pulau Pinang.MKP tergelak apabila tuduhan yang dilemparkan oleh Betty menyatakan ini semua konsprasi BN cuba menjatuhkan suaminya serta dirinya sendiri dengan menyentuh isu peribadi,tapi Betty harus ingat kalau nak berpolitik terimalah seadanya dugaan yang melanda umpama kata pepatah jika takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai......Berbalik kepada kisah Guan Eng nie...kita layan video dibawah nie dulu:


MKP nak tanya kepada Betty,Siapa yang memulakan kisah pembohongan yang melibatkan Altantuya nie?bukan Tian Chua yang telah mengeluarkan dakwaan serta gambar fitnah terhadap DS Najib Razak?Adakah ini tidak bersangkutan dengan keperibadian seseorang dengan menjatuhkan nama baik seorang Perdana Menteri?MCA baru sahaja mengaitkan skandal Guan Eng dan Betty telah mengeluarkan kenyataan bangang tahap babi menyatakan ini konsprasi BN.

Chua Soi Lek juga telah disabitkan dengan konsprasi dengan wanita simpannya.Tapi MKP puji sikapa yang telah ditunjukkan oleh Chua Soi Lek kerana berani tampil dan mengaku itu adalah dirinya.Guan Eng walaupun telah dibuktikan dengan pelbagai bukti namun masih lagi mengelak dan bermain kata-kata umpama berlidah bercabang seperti biawak.Video pengakuan berani Chua Soi Lek:


MKP Ayat Sempoi : Guan Eng Lu berani buat Macam Chua Soi Lek?


Friday, July 6

Betty Chew Singa Jadian Kepada Guan Eng?


Pada 4hb jam 4.50 petang wartawan The Star berjaya menghubungi Phaik Kheng, wanita yang bertugas di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dan konon dikasari oleh Betty Chew isteri Lim Guan Eng sehingga ditukarkan atas sebab-sebab misteri.Sehingga kini Guan Eng masih menafikan benda nie.

Apabila wartawan menanyakan perhubungan beliau dengan LGE, beliau enggan menjawab dan hanya menyatakan berkali-kali ingin bergegas pulang atas sebab-sebab keluarga. Beliau tidak menjawab 'YA' atau pun 'TIDAK' dalam lain perkataan tidak menafikan langsung. Ini akan memberi kebebasan kepada rakyat untuk membuat pelabagai tafsiran tentang skandal ini terhadap pemimpin DAP,Lim Guan Eng.

Dalam perkembangan yang sama kelmarin di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Melaka pula Betty Chew pula menyinga naik angin mengangkat spanduk tulisan besar Cina merah dengan perkataan “Shame On You Gan Tian Loo!!” dan juga menyembur Speaker Dewan Datuk Wira Othman Mohamad “Shame On You Datuk Speaker”. “Shame On You” atau dalam perkataan Melayu “Muka tak Malu”.

Mungkin “Muka Tak Malu” ini ditujukan juga sebagai ‘warning’ kepada Cik Gu Phaik Kheng supaya jangan menganggu suami orang. Itulah betapa garangnya Betty Chew isteri Lim Guan Eng yang juga menantu Lim Kit Siang.

Apapun kesingaan Betty Chew harus dipersalahkan . Lelaki kalau dibiarkan bebas tidak dikawal atau ‘diqueen controlkan’ akan menjadi liar kejantanan mereka. Sejarah mengajar segala-galanya seperti maharaja China yang terkenal dengan ribuan gundik. 

Malah yang bertambah risau dan dibimbangi Betty Chew lagi apabila Lim Guan Eng dikelilingi oleh watak-watak seperti Anwar Ibrahim dan semestinya lah beliau minta disimpangkan dari menjadi seperti isteri Anwar, Wan Azizah.

Sebab itulah apabila nampak sahaja bunga-bunga yang sedang berputik ‘she has to make a full stop’. Sebelum nasi menjadi bubur. Kepimpinan lelaki DAP haruslah Bersih kejantanan mereka.
Walupun beliau amat sayang kepada suaminya Lim Guan Eng tetapi seperti kata Melayu ‘harap-harap percaya tidak’.

Wednesday, July 4

TERKINI SKANDAL GUAN ENG : BETTY CHEW DIGANTUNG 6 BULAN?



Sidang DUN negeri Melaka di tangguhkan hari ini kerana 5 ADUN dari DAP telah digantung selama 6 bulan oleh Speaker. Keputusan sebulat suara telah dibuat setelah undian di buat sebentar tadi. Adun DAP tersebut yang di gantung ialah, Goh Leong San-Adun Kesidang, Betty Chew-Kota Laksamana (gambar), Lim Jak Wong-Banchang, Teh Kok Kiew-Banda Hilir dan Khoo Poay Tiong-Ayer Keroh.

Kekecohan tercetus sejurus speaker masuk ke dalam dewan, Betty Chew dari Kota Laksamana bangkit dan mempersoalkan isu yang dipaparkan di Utusan Malaysia semalam.Elok lah tue jika benda nie tidak benar masakkan Betty mengamuk dan keluar dewan.


Dan apakah plaster di dahi Guan Eng DAP juga ada kena mengena dengan khabaran skandal panas ini?


Lim Guan Eng DAP mengamuk apabila wartawan bertanya tentang dakwaan skandal beliau dengan seorang wanita yang pernah bekerja di ofis beliau di KOMTAR, Pulau Pinang!

Skandal tersebut telah didedahkan dalam blog Stop The Lies. BACA SINI

Yang kelakarnya ialah Setiausaha Agung DAP merangkap kroni tegar Kit Siang itu begitu cepat melenting dan mengaitkan UMNO!

Tuesday, July 3

TERKINI: BETTY CHEW LARI KELUAR DUN MELAKA AKIBAT SKANDAL GUAN ENG?


Marah dengan kebebasan akhbar melaporkan kejadian di Dewan Undangan Negeri Melaka pada Isnin, Adun DAP Kota Laksamana Betty Chew Gek Cheng (gambar) bersama empat lagi anggota rakannya dari DAP pada Selasa bertindak keluar daripada persidangan DUN Melaka.

Betty bersama Goh Leong San (Kesidang); Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh); Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Lim Jak Wong (Bachang) bertindak demikian kerana membantah laporan dan penyiaran gambar di dalam akhbar pada Selasa berhubung isu seorang wanita yang dikaitkan dengan suaminya, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Sebelum sesi soal jawab bermula, Leong San yang memegang akhbar bangun dan bertanya kepada Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Muhamad mengapa membenarkan media membuat laporan dan mengambil gambar di dalam sidang dewan berkenaan.

Othman kemudian memaklumkan bahawa perkara tersebut dibenarkan dalam semua sidang dewan dan Parlimen.

Kesemua ADUN berkenaan yang tidak berpuas hati kemudian bertindak keluar dari sidang dewan berkenaan.

Pada sesi penggulungan perbahasan usul membantah perhimpunan Bersih 3.0 dalam persidangan DUN Melaka pada Isnin, Datuk Gan Tian Loo (BN-Duyong) bertanya kepada Betty sama ada beliau mengenali Ng Phaik Kheng yang dikaitkan dengan Guan Eng, namun Betty enggan mengulas mengenai perkara itu.

Sementara itu, dalam sidang akhbar, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata tindakan kesemua ADUN itu menunjukkan pembangkang tidak mengamalkan demokrasi, ketelusan dan bertanggungjawab.

Beliau berkata pihak pembangkang sepatutnya menjelaskan perkara yang dibangkitkan demi kepentingan rakyat.

"Kita tengok banyak kes-kes yang tak bersih di Pulau Pinang, kita pun nak tahu juga dalam sidang dewan.

"Tetapi dia tak nak jelaskan, dia keluar dewan, itu menunjukkan siapa makan cili dia terasa pedas...kalau dia tidak bersalah kenapa dia nak lari," katanya.

Katanya, pembangkang hanya tahu menuduh pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai tohmahan namun mengelak daripada menjawab isu yang timbul mengenai mereka.AD

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive