Showing posts with label blackout. Show all posts
Showing posts with label blackout. Show all posts

Monday, June 24

VIDEO : HARAP MUKA AJE CANTIK AKAN TETAPI..................?


Memang cantik wajah yang diberikan pada gadis manis ini oleh Allah. Tapi adakah dengan wajah boleh dikatakan idaman setiap lelaki Malaysia ini cukup cerdik didalam membuat keputusan dan tingkah lakunya boleh dikatakan tertipu dengan dakyah Al-Juburi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sebelum tue kita tengok video ini dulu;


Pada #Blackout505 boleh dikatakan hampir 90% atau lebih yang hadir di Padang Merbuk adalah Melayu, MKP agak kesian pada Melayu BODOH sanggup bawa anak kecil dan memperjudikan keselamatan anak sendiri demi Al-Juburi. MakBapak macam nie seperti Lembu dicucuk hidung DAP untuk mengulingkan Kerajaan yang majoritinya dipilih rakyat. Takkan benda mudah semudah ABC pun tak masuk dalam otak jugak.... Memang bodoh tahap gaban.  


Dicanang bahawa SPR melakukan penipuan Pilihanraya dan mewujudkan rekayasa bahawa SPR melakukan blackout pada waktu proses pengundian yang lepas semuanya adalah permainan kotor DAP yang telah berjaya menyerap minda anak Melayu yang lupa siapa sebenarnya Couvenis DAP ini. Melayu lupa bagaimana Komunis merencanakan propaganda waktu mereka mahu menjahanamkan Malaya kepada negara Komunis.

Orang Melayu seharusnya buat kira kira sebelum mudah menjadi barua kepada Couvenis DAP ini. Kira dengan sendiri berapa kerusi DAP berbanding PAS dan PKR kemudiannya kira berapa jumlah kerusi Melayu mahupun Bumiputera yang dimenangi Pakatan Rakyat. Jika sudah dapat angka tersebut buat semula kira kira andaikata Pakatan Rakyat menang pada PRU13 lalu parti mana yang menjadi dominan kepada semua? Apakah Melayu PAS layak? melayu PKR layak?


Saturday, June 22

#KL622 Live !! Video Pegawai DBKL Di Pukul........ #BlackOut505

Ramai-ramai pukul seorang!!!! Gila puak-puak beruk nie. Kesian pulak pada pegawai DBKL nie. Siapa yang peduli kalau pegawai DBKL nie mati sekali pun. Pihak berkuasa kalau nak tangkap lepas tue lepas macam tue saja tanpa hukuman yang setimpal baik biarkan saja mereka nie buat kacau. 


INI BARU BETUL #BLACKOUT505 CHINADOLL PUN DEPA ANGKUT......


Setakat 5petang tadi tidak kelihatan pemimpin besar DAP yang hadir cuma macai-macai saja yang hadir, MKP Kesian pada semua yang hadir pastinya ingin melihat Anwar, Lim Kit Siang , Lim Guan Eng dan lain-lain.

Yang terkinja-kinja membuat demo adalah pemimpin PAS. Sampai keluarkan fatwa songsang menyesatkan. Tapi kesian kena tangkap pulak dan disahkan oleh PDRM...




Dalam kenyataan yang disiarkan Jumaat lalu, Husam antara lainnya berkata: "Setakat yang saya baca buku-buku, penentangan kita ini adalah satu jihad, penentangan kita adalah gerakan fi sabilillah, penentangan kita adalah untuk al`amru bil-ma'ruf wannahyu'anil-mun'kar, kalau saudara tak nak hadir, saudara duk diam, jangan buat kenyataan pelik-pelik."

"Jadi saudara adik-adik semua jangan ragu, jangan ragu, dan kalau polis bertindak kasar, walaupun niat kita dalam perhimpunan aman, menghantar mesej perjuangan kita, menentang penipuan ini, kita terkorban andaikata, satu daripada kita terkorban, InsyaAllah ia adalah syahid fi sabilillah, InsyaAllah".



Thursday, June 20

RAHSIA PERANCANGAN ANWAR BOCOR LAGI #BLACKOUT505 #KL622 @PDRMsia @Zahid_Hamidi


Kemuncak perhimpunan 'Blackout 505' pada Sabtu ini adalah untuk mengadakan demonstrasi jalanan ala Occupy Padang Merbok sebelum peserta himpunan itu bergerak ke bangunan Parlimen pada Isnin depan bagi mengganggu upacara pembukaan sidang Dewan Rakyat.
 
Menurut sumber Pakatan Rakyat, sasaran pembangkang adalah untuk mengumpul kira-kira 500,000 orang hadir pada perhimpunan itu bagi menjayakan agenda Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Blackout 505 bukanlah bermatlamat untuk membantah keputusan PRU-13 tetapi ada agenda yang lebih besar kononnya bagi mempamerkan kuasa rakyat.
 
Selepas tamat perhimpunan itu, ahli dan penyokong PKR, PAS dan DAP serta gerakan mahasiswa telah diarahkan supaya tidak bersurai, sebaliknya mereka akan berkhemah sekitar Padang Merbok.
 
Setiap kumpulan juga akan dibekalkan dengan khemah dan makanan, termasuk minuman, yang cukup untuk bertahan selama tiga hari.
 
Sumber itu berkata, atas alasan berkenaan penganjur perhimpunan itu tetap mahu mengadakan demonstrasi mereka di Padang Merbok dan bukannya di Stadium Merdeka kerana ia merupakan lokasi yang strategik.


Tolak lokasi alternatif
 
Sebelum ini pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis telah menawarkan beberapa lokasi alternatif seperti di Stadium Titiwangsa, Stadium Merdeka dan Taman Rekreasi Air Panas di Setapak, tetapi terus ditolak.
 
"Mereka berdegil dan tidak mahu ikut arahan polis dengan alasan akan menghadapi kesukaran jika mengadakan perhimpunan itu di stadium.
 
"Padang Merbok dipilih kerana lebih luas dari Dataran Merdeka serta tidak tertutup, itu alasan sebenarnya dan mudah bagi mereka berarak ke bangunan Parlimen," katanya.
 
Menurut sumber itu lagi, pihak penganjur dengan bijak memilih lokasi strategik bagi berkumpul kerana tindakan itu dilihat mampu melumpuhkan pergerakan lalu lintas di seluruh ibu negara dan mencetuskan rasa panik dikalangan warga kota.
 
"Pada perhimpunan Sabtu ini, peserta dikehendaki berkumpul di tujuh lokasi iaitu Brickfields, Universiti Malaya, Jalan Pudu, Masjid Negara, pusat beli-belah Sogo dan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut serta Pekeliling sebelum bergerak bersama pemimpin mereka ke Padang Merbok.
 
"Sebenarnya lokasi perhimpunan itu hanya sebagai tanda sahaja kerana matlamat pembangkang ialah mahu menawan jalan raya bagi tujuan menghuru-harakan kerajaan seperti pernah berlaku di Tunisia sebelum ini," katanya.
 
Cuci tangan
 
Sumber itu juga memberitahu agenda pembangkang bukan untuk mengambil alih kerajaan tetapi mendesak pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan.
 
Menurut beliau, semua perancangan mengenai perhimpunan itu dibincangkan dalam mesyuarat antara pemimpin pembangkang di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Damansara, Petaling Jaya, pagi semalam.
 
Antara yang hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Khalid  Samad yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Naib Presiden PKR Tian Chua, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, aktivis propembangkang Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa propembangkang Adam Adli Abdul Halim.
 
Difahamkan, satu lagi mesyuarat membincangkan isu sama akan diadakan di tempat sama esok.
 
Selain itu, katanya, semua pemimpin yang hadir pada mesyuarat semalam, secara automatik adalah urus setia bagi perhimpunan itu dan anggota unit amal bersedia mengambil alih tugas memberi arahan kepada peserta sekiranya ada tangkapan terhadap ahli jawatankuasa nanti.
 
Sementara itu, akhbar Utusan Malaysia yang memetik sumber juga berkata, selain mengadakan perhimpunan haram, ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut akan dibekalkan khemah bagi membolehkan mereka bermalam dan meneruskan bantahan sehingga Isnin depan di lokasi yang belum ditentukan.
 
Beliau berkata, semasa perhimpunan nanti, pemimpin pembangkang yang hadir akan memberi mandat bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang.
 
"Selepas itu, mereka akan 'cuci tangan' dan tiada arahan bersurai akan diberikan kononnya bagi membolehkan peserta perhimpunan mengambil tindakan selanjutnya sedangkan ia taktik bagi mengelak pemimpin pembangkang terlibat dipersalahkan jika berlaku insiden tidak diingini nanti," katanya. AP

Saturday, June 15

KESIAN KORANG NAIK JUGAK TRAK JERIJI BESI #BLACKOUT505 DITAHAN @PDRMsia


Drama ciptaan CheguBard telah bermula apabila FlashMob yang berlangsung didepan SOGO sebentar tadi.Seramai 17 peserta 'flashmob' termasuk seorang wanita dan kanak-kanak ditahan sewaktu mengadakan 'flashmob' di hadapan gedung membeli-belah Sogo sekitar jam 2.50 petang.

Apa yang telah diberitahu pada MKP kanak-kanak berkenaan adalah anak kepada peserta yang telah menyertai FlashMob berkenaan. Pihak pengajur FlashMOb bakal mengunakkan kanak-kanak ini untuk meraih simpati masyarakat. Akan tetapi mengikut Akta Perhimpunan Aman ibubapa anak berkenaan boleh didakwa mengikut APA.


Selepas ini jika masih lagi menyalahkan pihak Polis sudah pasti mereka ini buta huruf atau tidak faham undang-undang.


Mengikut undang-undang yang telah ditetapkan pihak PDRM boleh menangkap sesiapa sahaja yang peserta kerana ianya telah termaktub didalam APA 2012. Di antara yang terawal ditahan adalah Pengarah Propaganda NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan

Menurut seorang pegawai polis memaklumkan bahawa mereka di bawa ke ke Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, dengan kenderaan Black Maria untuk tindakan lanjut.

Korang dah langgar undang-undang so lepas nie jangan pulak salahkan Polis yang menjalankan tugas mereka demi menjaga keamanan Rakyat Malaysia. 

Wednesday, May 29

PAKAI GELANG INI MESTI BESTKAN SAFWAN ANANG...........

Dua pemimpin Pakatan Rakyat, seorang aktivis pelajar dan seoarang aktivis NGO hari ini  didakwa di mahkamah kerana memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah, pada 13 Mei lalu. 
Naib Presiden PKR, Tian Chua, pemimpin PAS Tamrin Ghafar bersama aktivis pelajar  Safwan Anang dan aktivis Asalkan Bukan UMNO (ABU), Haris Fathillah Mohamed Ibrahim  didakwa di Mahkamah Sesyen.

Keempat-empat mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Norsharidah Awang. Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948.
Semua mereka dibenarkan diikat jamin dengan RM5,000 seorang sementara menunggu tarikh sebutan kes yang ditetapkan pada 2 Julai ini. Bagaimanapun Safwan enggan menerima ikat jamin itu sebagai tanda bantahan. Beliau kemudiannya ditahan reman di penjara Sungai Buluh.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan menegaskan sayap itu tidak akan menyertai mana-mana demonstrasi jalanan yang boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram termasuk yang bakal dianjurkan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekiranya organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berubah.
Tegas beliau, pihaknya konsisten menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan penipuan namun ia perlu dilakukan mengikut saluran yang betul.
"Kita menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan penipuan, itu kita konsisten bersama semua pihak. Cuma pelaksanaan itu berbeza antara NGO dan parti politik, ia berbeza dan yang penting matlamat sama.
"Kita menentang dan membantah sebarang bentuk kepincangan pilihan raya dan SPR," katanya.

MKP Ayat Sempoi : PEMUDA PAS Dah TARIK DIRI DIDALAM DIAM... INI LANGKAH BIJAK....BIARKAN AMK MEROYAN....SEDANGKAN DAPSY HANYA MENEPUK TANGAN...ADAKAH MEREKA BERSUARA ATAU MEMBERI KOMEN......

Saturday, May 25

TERKINI : HIMPUNAN #BlackOut505 KESIAN ANAK MELAYU ANJINGKAN......



Mereka solat ditempat pejalan kaki. Macai-macai Anwar nie memang kurang ajar. perbuatan sebegini menampakkan ISLAM dihina oleh umatnya sendiri.

Solat adalah ibadah yang paling mulia di sisi agama dan dengan itu sudah tentu dilarang perlaksanaannya di tempat-tempat bernajis atau kotor. 

Umar al-Khattab radiallahu-anhu menerangkan dalam hadith berikut: Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam melarang seseorang mengerjakan solat di tujuh tempat - 

(1) tempat pembuangan sampah, 

(2) tempat penjagaan dan penyembelihan binatang, 

(3) di kawasan perkuburan, 

(4) di tengah jalan, 

(5) di tempat / bilik mandi, 

(6) di tempat pertambatan unta dan 

(7) di atas Ka'abah.

Korang tengok sendiri macai-macai nie sembahyang di laluan pejalan kaki di Amcorp Mall nie. Laluan pejalan kaki ini memang tidak bersih dan mungkin ada najis. Adakah macai-macai ini sengaja mahu memperlekehkan ISLAM. Fikirkan?



Kanak-kanak dibawa oleh ibubapa ianya menyalahi undang-undang perhimpunan Aman 2012.


OKU pun ada, malam nie jika terjadi apa yang tidak diingini macam mana nak lari...Salah siapa? 

Berikut adalah Undang-Undang Malaysia Akta 736 Akta Perhimpunan Aman 2012.



Jika malam ini Polis akan bertindak dan bakal mendakwa mereka yang melanggar akta perhimpunan aman 2012.

LINK UNTUK AKTA TERSEBUT..KLIK 


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive