Showing posts with label gadget. Show all posts
Showing posts with label gadget. Show all posts

Sunday, January 20

APLIKASI IPHONE BOGELKAN WANITA.....?


Bagi pengguna Apple aje beb boleh guna benda macam nie..Pada yang guna samsung memang tak boleh coz belum lagi dibangunkan lagi.... 

Satu aplikasi terbaru telefon bimbit iPhone berupaya mengubah gambar wanita berbikini menjadi gambar bogel, lapor sebuah akhbar semalam. Aplikasi ‘nakal’ itu yang dikenali sebagai Pic Bubbler, boleh dibeli dari gedung dalam talian iTunes pada harga cuma AS$0.99 sen (RM3).

Menerui Pic Bubbler, ilusi optikal berbentuk buih digunakan bagi menghasilkan gambar bogel walaupun wanita tersebut sebenarnya memakai baju renang atau bikini.

Apabila pengguna memuat naik gambar wanita berbaju renang, perisian itu menutup gambar tersebut dengan satu lapisan lut sinar mengandungi lubang buih yang boleh dimanipulasi menerusi skrin sentuh iPhone.

Pengguna cuma perlu memecahkan buih-buih di permukaan lut sinar itu bagi menelanjangkan gambar tersebut dan berkongsinya dengan rakan-rakan dalam talian menerusi emel, Facebook, Twitter dan Flickr.

Menurut pereka perisian itu, Jesus Diaz, perisian berkenaan agak sempit untuk digunakan dalam skrin iPhone yang bersaiz 8.8 sentimeter kerana ia sebenarnya direka untuk paparan komputer seperti iPad.



Nampaknya puak puak Pakatan Haram semakin terdesak untuk mencetuskan isu baru bagi menutup isu panas yang bergelora dalam Pakatan Rakyat yang kini dilihat diambang perpecahan... Seterusnya klik pada tajuk entri....

Menjelang Pilihan raya yang semakin hampir Pakatan Haram akan melakukan apa pun cara sekalipun untuk mendapatkan perhatian rakyat walaupun dengan mengunakan taktik lapok.. justeru itu mereka mengarahkan blogger Anwarprono untuk spin isu ini dengan harapan dapat meraih simpati dari rakyat... disini dan disinun... Kononnya risalah lucah ini disebarkan oleh UMNO....

Tuesday, January 8

Telefon Pintar Anda Bakal Mempunyai Kebolehan Mengenali Bau Dan Rasa


Sebelum ini, pihak IBM telah membuat ramalan yang mana dalam tempoh lima tahun kita akan mempunyai peranti yang akan mempunyai pelbagai deria, dan kini, salah satu syarikat, Adamant Technologies kelihatan membawakan sebuah cip khas untuknya.

Daripada apa yang dikongsikan pembangunnya, mereka bakal hadir dengan sebuah cip khas dalam setahun dua lagi, yang akan membolehkan peranti pintar untuk mengenal pelbagai rasa dan bau, serta menyimpan ia dalam bentuk digital. Menurut pembangunnya, melaluinya ia akan membolehkan pengguna membuat pelbagai perkara, termasuk memperluaskannya untuk menguji tahap gula dalam darah, serta mengetahui tahap alkohol dan sebagainya.

Selain daripada cip khas untuk telefon pintar, Adamant Technologies juga dikatakan akan hadir dengan sebuah peranti tambahan untuk iPhone, yang boleh digunakan untuk tujuan yang sama.

MKP Ayat Sempoi : Benda yang terbaik selalunya harganya pun sempoilah,Paling kurang pun 2-3ribu der....

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive