Tuesday, January 8

Telefon Pintar Anda Bakal Mempunyai Kebolehan Mengenali Bau Dan Rasa


Sebelum ini, pihak IBM telah membuat ramalan yang mana dalam tempoh lima tahun kita akan mempunyai peranti yang akan mempunyai pelbagai deria, dan kini, salah satu syarikat, Adamant Technologies kelihatan membawakan sebuah cip khas untuknya.

Daripada apa yang dikongsikan pembangunnya, mereka bakal hadir dengan sebuah cip khas dalam setahun dua lagi, yang akan membolehkan peranti pintar untuk mengenal pelbagai rasa dan bau, serta menyimpan ia dalam bentuk digital. Menurut pembangunnya, melaluinya ia akan membolehkan pengguna membuat pelbagai perkara, termasuk memperluaskannya untuk menguji tahap gula dalam darah, serta mengetahui tahap alkohol dan sebagainya.

Selain daripada cip khas untuk telefon pintar, Adamant Technologies juga dikatakan akan hadir dengan sebuah peranti tambahan untuk iPhone, yang boleh digunakan untuk tujuan yang sama.

MKP Ayat Sempoi : Benda yang terbaik selalunya harganya pun sempoilah,Paling kurang pun 2-3ribu der....

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive