Wednesday, January 23

USTAZ FATHUL BARI CAKAP PANDAI TAPI LARI KE SONGKLA JUGAK KAHWIN......?


MKP dok belek video ceramah UFB nie kat laman u-tube tetiba jumlah video nie...Pasal nikah kawin la nie susah pasal kt Malaysia. Banyak kerenah dan macam-macam tuntutan.....Betul ke??? Atau saja nak nikah express sebab tak tahan dugaan......Maklumlah lelaki bila dah kaya sikit mula gatai dan miangnya.

Ini adalah cara hidup orang kita...bila dah kaya nak tukar kereta atau tambah bini....Bukan MKP kata!!!!! Tapi lihat dengan mata kepala sendiri...memang betul pun....Rasanya dikalangan rakan-rakan seperjuangan pun pun ramai macam tue,Tapi ingat bini yang pertama itu jangan ditinggalkan pulak......?

Tapi zaman sekarang kahwin ni dah jadi sangat susah dan membebankan, kerana nak kahwin kena ada:

Pengantin lelaki

Pengantin perempuan

Kad kahwin brochure/booklet, banner, kain rentang, bunting

Pre-wedding photoshoot

Duit hantaran RM30,000

Hantaran berdulang2

Wali

Dua orang saksi

Ijab dan kabul di masjid/surau (yang wanita pakai tudung)

Photoshoot semasa majlis nikah

Make-up artist

Majlis perkahwinan sebelah perempuan di PICC Putrajaya (pengantin perempuan dah tak pakai tudung dan pakai baju dedah dada)

Pengacara majlis, kumpulan kugiran dan nyanyian dari artis terkemuka

Slide video sejarah hidup pengantin dari kecik sampaila kahwin

Ucapan mak bapak pengantin dan VIP serta aktiviti merenjis dan tepung tawar

Meja makan pengantin khas bersama para VIP

Kek kahwin 8 tingkat yang hanya diguna untuk potong sahaja

Photoshoot semasa majlis perkahwinan

Ulang semula step 12 - 18 untuk majlis sebelah pengantin lelaki di Dewan Perdana Felda.

Post-wedding photoshoot

Wedding storyboard photo album

Honeymoon di Bali

Dan lain2 lagi...

Kalau berkekalan sampai mati tu kira berbaloi la jugak, tapi ada yang habis beratus ribu, 2 3 tahun cerai. 

Kalau yang kahwin sampai habis berpuluh beratus berjuta tu memang artis, ahli perniagaan atau ahli politik yang kaya tu boleh tahan lagi la, tapi tahu tak bila golongan2 selebriti ni bermewah2 time nak kahwin serta mempopularkan trend dan budaya2 mengarut masa nak kahwin. 

Malah ditayang pula dalam TV, majalah, Internet, sedikit sebanyak ia mempengaruhi golongan2 rakyat marhaen yang tak berapa nak berduit ni untuk berhabis2 juga semata2 untuk kahwin biarlah berhutang sekalipun buat loan sampai 20 tahun semata2 nak kahwin dengan mewah, dengan alasan;
"Ala kahwin sekali seumur hidup je, bukan tiap hari pun kahwin, aku nak juga majlis kahwin aku macam Yusry dengan Erra Fazira ala2 garden dulu, tak pun dapat kahwin gaya ala2 tentera macam Farid Kamil dengan Diana Danielle pun OK walau bukan tentera".
Macamlah kau tahu ko kahwin sekali je seumur hidup, ntah2 lepas tu tiba2 bercerai atau laki/bini kau mati awal dulu ke, lepas tu nak kahwin lagi, tak ke dah kahwin lebih dari sekali seumur hidup? 

Dan sebab kau bukan tiap2 hari kahwin la ko kena berjimat cermat, yelah ko kahwin sehari je pun tapi beribu2 duit habis semata2 untuk satu hari tu je, hari2 lain yang ko nak kena tanggung anak bini makan, tempat tinggal, nafkah apa semua tu ko kena hadap tiap2 hari. Kalau yang berhutang tu lagi kesian.

Entahlah, mungkin sebab tu ada orang lebih prefer kahwin dekat Siam, lagi mudah malah Majlis Fatwa pun dah cakap kahwin di Thailand sah. 

Mungkin sebab tu juga Ustaz Fathul Bari memilih untuk berkahwin di Siam malah Anwar Ibrahim juga dulu dikatakan berkahwin di Siam juga seperti di blog MyMassa ini.

Lain2 orang ternama yang berkahwin di Siam seperti Aida Khalida dan Joe Radzwill, Aidil Zafuan dan Rita Rudaini serta penyanyi Aishah dan suami. Mungkin kerana mereka sendiri merasakan betapa rumit dan susahnya prosedur nak berkahwin di Malaysia menyebabkan mereka memilih untuk berkahwin di Siam? 


Maka jadilah orang yang nak berkahwin sekarang ni rata2 sama ada mengikut trend bermewah2 seperti golongan selebriti yang kaya2 ini, ataupun kahwin kat Siam terus. 

Yelah kalau selebriti, pemimpin dan ilmuwan agama boleh memilih untuk berkahwin di Siam, kenapa Orang lain tak boleh? Malah kelemahan dalam urusan perkahwinan di negara kita ini diakui sendiri oleh UFB yang sebelum ini menyatakan;
"Nikah kahwin dalam negara kita ada banyak isu yang kadang2 benda tu lambat sangat disettlekan, jadi kita mintak pihak2 berwajib supaya lebih membantu untuk menyelesaikan isu2 perkahwinan dipercepatkan urusan" 

seperti dalam video ceramah beliau ini:







No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive