Thursday, January 17

DAP DAN YB TONG SAMPAH............APA CER.....?


DAP memang sinonim dengan Tong Sampah sebab ini adalah kali pertama MKP tengok nama YB tertera.Nak dapat publisiti membantu rakyat konun sampai tong sampah pun letak nama dia..Tapi Jangan lupa apa yang telah dibuat oleh YB nie terhadap peniaga melayu dua tahun lepas..


PKR dan DAP dapat menghidu dan memahami kekuatan Pas bukan sahaja menarik undi orang Melayu tetapi juga boleh 'diperkudakan' untuk mengerahkan penyokong-penyokong parti itu memenuhi majlis-majlis dan ceramah pakatan pembangkang.

Itulah yang kita saksikan dalam apa jua perhimpunan sudah pasti yang terangguk-angguk, berbondong-bondong datang adalah penyokong Pas.

Tetapi persoalannya, apakah pengorbanan mereka dihargai? Sudah tentu tidak, sebab itulah PKR dan DAP tetap tidak membenarkan Pas dominan dalam pakatan pembangkang.

Apa yang lebih menyedihkan kepada penyokong Pas, hasrat mereka untuk melihat Presiden mereka, Haji Hadi Awang menjadi Perdana Menteri, jika pakatan memerintah ditolak bulat-bulat oleh PKR dan DAP. Malah mereka lebih percayakan Anwar Ibrahim yang penuh dengan masalah moral.

Ini menunjukkan PKR dan DAP memandang Pas hanya tong sampah bagi mereka kerana setelah mereka pergunakan mereka akan dicampak begitu sahaja tanpa nilai.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive