Monday, January 21

GUAN ENG JANGAN CETUSKAN POLIMIK AGAMA.........?


Sejarah penubuhan PAS adalah dari mereka yang kecewa dengan UMNO dan perdebatan kerana isu yang sangat remeh...

PAS atau Pan-Malaysian Islamic Party (PIMP) ini ditubuhkan bukan kerana memperjuangkan Islam.

Ianya ditubuhkan kerana golongan ulama dalam UMNO mintak 1o kerusi dalam Majlis Perwakilan Persekutuan. Tunku Abdul Rahma Putra ketika itu berkata;
 ‘Kita hendak mentadbir negara dan orang Melayu. Kita bukan nak baca doa’. 
Maka mereka merajuk dan terus menubuhkan PIMP. British dengan segera meluluskan parti baru ini. 

Ini kerana PIMP boleh memecahkan perpaduan dan kekuatan orang Melayu, yang begitu padu ketika itu.

Datuk Dr. Haron Din, Datuk Harun Taib, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Datuk Ismail Kamus, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Nasharudin Mat Isa, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid, Datuk Seri Hassan Ahmad, Datuk Abdul Rahman Osman, Datuk Nooh Gadut dan Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin serta beberapa tokoh lain yang telah mempertahankan kesucian agama Islam melalui bantahan keras mengenai penggunaan kalimah Allah S.W.T. dalam penterjemahan bible ke bahasa Melayu.

Mereka inilah ulama sebenarnya yang tidak gentar untuk menegakkan kebenaran.

Tindakan mereka ini telah menyebabkan para pemimpin Pas lain - sama ada bergelar ulama atau tidak - terpaksa menarik balik keputusan untuk membenarkannya.

Saranan Lim Guan Eng (dia Kristiankah?) supaya kalimah Allah S.W.T. itu digunakan sudah pasti sekiranya diikuti, akan memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

Bagaimanakah para pemimpin ini boleh menyatukan umat kalau dalam hal sifat Allah S.W.T yang semudah ini pun mereka boleh memberi pendapat yang salah?

Dalam perbahasan beberapa minggu mengenai penggunaan kalimah Allah S.W.T. bagi penterjemahan Bible, pernahkah para ulama dan orang biasa yang menyokong penggunaannya membaca Bible dan faham akan akibatnya sekiranya perkataan "God" atau "Lord" dalam Bible itu diterjemahkan menjadi kalimah "Allah S.W.T."?

Mari saya tunjukkan sedikit ayat yang terkandung dalam Bible yang mengandungi perkataan "God" dan "Lord". Saya sertakan terjemahan seperti di dalam kurungan:

1) For God so loved the world, that he gave his only begotten Son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting health - (John 3:16).

"Kerana Allah kasihkan dunia, Dia mengurniakan satu-satu anaknya, agar sesiapa yang mempercayainya tidak akan musnah, tetapi akan mendapat kesihatan yang berpanjangan"- (John 3:16).

2) And lo, a voice from heaven, saying "This is my beloved Son, with whom I am well pleased" (Matthew 3:17; Mark 1:11).

"Nah, suatu suara dari syurga, berkata "Inilah anak yang Aku sayangi dan sangat senangi" (Matthew 3:17; Mark 1:11).

3) Truly you are the Son of God (Matthew 14:33).

"Sesungguhnya engkaulah anak kepada Allah" (Matthew 14:33).

Lihatlah pada tiga ayat Bible di atas yang kesemuanya menyatakan bahawa "God" mempunyai "Son". Bila diterjemahkan perkataan God kepada Allah, maka ia bermakna Allah S.W.T. mempunyai anak. Ini adalah salah mengikut ajaran Islam dan boleh mencemarkan kesucian agama Islam. Sudah lupakah ulama yang menyokong penggunaan Allah untuk Bible kepada Surah Al-Ikhlas yang bermaksud antara lain bahawa "Allah S.W.T. tidak beranak dan tiada pula diperanakkan"?

Atau mereka ini sanggup menggadai kesucian agama demi kepentingan diri, mengikut kehendak orang yang bukan Islam? Bertaubatlah dan mohon keampunan-Nya.

Guan Eng yang menyarankan penggunaan Allah dalam Bible tidak akan menanggung apa-apa.

Sebaliknya, orang Islam di bawah pimpinan sesetengah ulama dan bukan ulama telah hampir menyesatkan umat dengan pendapat mereka.

Mereka sanggup membelakangkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Dewan Ulama Pas sendiri.

Tidak takutkah saudara-saudara Islamku apabila melihat kepada tajuk tulisan ini yang menyatakan Allah S.W.T. mempunyai anak?

Inilah terjemahan kepada ayat di dalam Bible sekiranya kalimah Allah S.W.T. diterjemahkan untuk menggantikan "God" atau "Lord".

Sedarlah saudara-saudaraku bahawa ada golongan yang tidak arif dalam agama Islam tetapi berlagak seperti arif dan tindakan mereka boleh menyesatkan kita.

Menyatakan bahawa Allah S.W.T. mempunyai anak adalah sesuatu yang kufur. Sedarlah tentang bahaya penggunaan nama Allah dalam terjemahan Bible. Kita semua perlu bersatu mempertahankan kesucian agama Islam daripada terus diperkotak-katikkan.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive