Friday, January 11

NAK PEGI KL UNTUK #KL112 KORANG MAI SINI SAT.....?



Sapa yang tengok video nie mesti pecah telinga berdarah hidung.Korang klu dah teringin sangat nak join Himpunan Shamsidar tue pikiq la balik.


Cuma yang pelik disini, kenapa mesti ada tarikh-tarikh tertentu untuk mengadakan demonstrasi kalau benar rakyat terhimpit dek pentadbiran kerajaan sekarang?  Itu persoalannya?

Kita tahulah Bersih ni menerima dana yahudi dari luar, untuk membayar elaun bagi ahli-ahli PAS, DAP dan PKR yang tolol itu turun ke Dataran Merdeka.  Kaki-kaki brutal yang tujuannya bikin kecoh, diberikan penginapan dan tempat tinggal hotel-hotel sekitar kawasan tersebut.

Adakah itu tujuannya kenapa mesti ada tarikh-tarikh tertentu untuk mengadakan demonstrasi, sebab nak tunggu dana dari yahudi?


Pemimpin Pakatan haram ini tahu cerita mendakwa rakyat teraniaya dan sebagainya tu adalah cerita yang diperbesar-besarkan, hakikatnya tidak ada sesiapa pun yang teraniaya akibat pemerintahan kerajaan sekarang.

Kita jangan lupa, himpunan sejuta rakyat ini beberapa kali dirancang dan beberapa kali juga ditukar tarikhnya, atas alasan yang samalah, dana yahudi tidak masuk.

Maka itu, motivasi untuk mengerakkan orang-orang ini adalah duit.  Sebab itu kena tunggu fund dari luar masuk dulu baru boleh adakan demonstrasi.

Ini saja bukti menunjukkan demonstrasi ini adalah program yang dijayakan pembangkang yang terdesak untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri.  Puak ini hanya ada gebang, bukan sangat ada sokongan.  Dia tahu yang menyokong tidak ramai, dan aktiviti seumpama ini adalah salah satu iklan untuk menggambarkan kononnya mereka ada sokongan.

Sebetulnya, serupa macam dakwaan mahasiswa semua dibelakang Pakatan haram, tapi bila pilihanraya kampus, yang pro Aspirasi menang lebih banyak dari yang pro Mahasiswa yang berkiblatkan Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya.

Jadi inilah yang rakyat perlu tahu, PAS, DAP dan PKR hanya ada propaganda.  Dia rasa dia kuat kerana ukurannya adalah dari jumlah ramai yang datang berhimpunan.  Yang dia tak nak rakyat tahu, separuh dari yang datang itu adalah remaja bawah umur yang dibawa ibu bapa masing-masing untuk menghadirinya.

Ini bukan gambaran sokongan yang sebenar kerana time mengundi nanti, bukan yang bawah umur ini yang akan buat keputusan, tapi pengundi berdaftar yang lebih jumlahnya dan takdak 1% pun dari jumlah yang datang himpunan Pakatan haram tersebut.



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive