Friday, January 25

IBRAHIM ALI DISOAL-SIASAT @PDRMsia ..........


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali disoal siasat oleh polis Pulau Pinang berhubung dakwaan beliau membuat kenyataan meminta umat Islam membakar Bible versi bahasa Melayu.
 
Timbalan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata polis merakamkan kenyataan Ibrahim dan akan memanggilnya sekali lagi dalam beberapa hari.
 
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang berkaitan mengeluarkan kenyataan dengan niat membakar sentimen keagamaan dan juga di bawah Akta Hasutan, kami memandang serius perkara ini,” tegas beliau.
 
Beberapa pihak termasuk MIC, Gerakan dan DAP sebelum ini membuat laporan polis terhadap Ibrahim bersabit kenyataannya itu.
 
Polis sebelum ini memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menghadiri sebarang majlis pembakaran Bible Melayu pada Ahad ini di Butterworth. PERKASA menafikan menganjur majlis itu.
 
Isu itu timbul selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak supaya penggunaan kalimah Allah dibenarkan penggunaannya dalam Bible bahasa Melayu di Semenanjung.
 
Pakatan Rakyat menyokong desakan Guan Eng itu sungguhpun Majlis Syura Ulama PAS menegaskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam kitab bukan Islam.

No comments:

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive