Artis nie kalau nak glamour pun agak-agak la takkan sampai nak guna nama baby!Adakah nama itu menampakan kematangan atau taktik melariskan jualan....
Mungkin masih ramai yang belum mengenali gadis berusia 21 tahun ini, di mana untuk makluman Baby Shima atau nama sebenarnya Ashima merupakan penyanyi baru dibawah naungan pihak pengurusan KRU Music Sdn Bhd.
Baby Shima atau lebih mesra dipanggil sebagai Shima baru sahaja melancarkan video klip untuk single terbarunya berjudul ‘Tak Sabar’.
Lagu ini secara umumnya berkonsepkan ‘happy dan catchy’ bersesuaian dengan karakter Shima yang manja.
“Shima tahu KRU adalah sebuah nama besar, oleh itu Shima rasa bangga apabila dapat tawaran daripada KRU sendiri.
“Menerusi hasil perbincangan pihak pengurusan, akhirnya mereka bersetuju untuk imej ceria yang dibawakan oleh Shima dan Shima pun memang minat dengan konsep ala-ala ‘dolly’ ini,” katanya.
Tambahnya, dari segi pakaian agak susah juga hendak mencari pakaian dengan konsep yang dibawakannya.
Tetapi dia banyak mempelajari dari orang sekeliling.
“Shima ingin tonjolkan kelainan, sebab itu Shima bawakan imej seperti ini. Lagipun orang sekarang memang ramai yang meminati K-Pop.
“Walaupun Shima ada juga bawakan konsep menari, akan tetapi kalau boleh Shima tak nak selincah Stacy sebab tak nak tiru dia,” katanya.
Jom layan video klip Baby Shima yang comel selepas ini. Apa kata anda?
No comments:
Post a Comment