Monday, January 14

ADUN DAP PENANG BUANG LOGO DAP PADA PUSAT KHIDMAT.


GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus, Koay Teng Hai menggambarkan dirinya sebagai 'bebas' selepas jawatankuasa tatatertib DAP menggantungnya selama enam bulan kerana gagal menghadirkan diri pada mesyuarat penting persidangan Dewan Undangan Negeri tahun lalu.
Koay yang merayu terhadap keputusan itu bertindak menurunkan logo DAP daripada pusat khidmat beliau di sini selaras dengan peraturan parti.
"Saya menghormati keputusan parti tetapi akan merayu terhadap penggantungan ini.
"Saya harap semua penyokong saya bertenang," katanya kepada sidang akhbar di sini Isnin.
Pada persidangan DUN yang lalu, Koay terlepas untuk turut sama dalam undi belah bahagi untuk meluluskan Enakmen Perlembagaan Pulau Pinang (Pindaan) 2012 khusu berkaitan rang undang-undang antilompat parti.
Tindakan beliau hampir menyebabkan Pakatan Rakyat hilang undi majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda perlembagaan negeri.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive