Apa cer dengan timbalan Menteri KPT nie sampai bagi Green Light pada mahasiswa untuk berdemo pada sabtu nie.Politik alaf baru apa macam nie.Setahu MKP sekarang mahasiswa menjalani peperiksaan dan agak sibuk dengan tugasan mereka.Takkan sebagai menteri tak tahu sebaliknya membenarkan pulak...
Tokoh-tokoh pendidikan melahirkan kebimbangan trend pelajar lelaki Melayu yang lebih mengutamakan politik daripada menimba ilmu akan memburukkan lagi tahap pencapaian pelajar kaum itu berbanding pelajar bukan bumiputera.
Malah, mereka mengakui bahawa keutamaan sebahagian pelajar lelaki Melayu kini khususnya di institusi pengajian tinggi kepada politik berada pada tahap serius yang memerlukan perhatian segera oleh parti-parti politik yang mewakili orang Melayu.
Tokoh pendidik, Tan Sri Dr. Awang Had Salleh mengakui bahawa sindrom politik kepartian yang begitu menonjol di kampus sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi penyebab kepada kelemahan pelajar Melayu dalam bidang akademik.
Pembabitan pelajar dalam politik kepartian menjejaskan tumpuan mereka kepada pembelajaran sedangkan menimba ilmu sepatutnya menjadi tanggungjawab utama mereka di universiti.
Kebanyakan pelajar yang aktif politik kepartian tidak menunjukkan keputusan peperiksaan yang cemerlang, sebaliknya mereka menjadikan aktiviti politik itu sebagai alasan kenapa mereka tidak mencapai keputusan cemerlang.
Dengan kata lain, pelajar yang tidak cemerlang ini seolah-olah menjadikan masalah aktif dalam politik kepartian sebagai alasan dan escapism untuk tidak berjaya.
Tidak salah bagi pelajar aktif sebagai pemerhati politik kepada senario di luar kampus, tetapi jangan jadikan suasana kampus sebagai mini gelanggang politik kepartian.MKP bimbang dengan fenomena yang melanda kampus di negara ini sekarang.
Para pelajar, kata beliau, sepatutnya menjadikan peluang memimpin persatuan pelajar sebagai pentas mengasah bakat kepimpinan mereka melalui kerja-kerja kebajikan di kampus dan bukannya menonjolkan diri sebagai pemimpin mewakili parti politik.
Pihak pentadbir universiti khususnya naib-naib canselor perlu melihat perkara itu secara serius dan berusaha melakukan sesuatu secara berkesan bagi mengubah atau membetulkan senario tersebut.
Antara yang boleh dilakukan ialah meletakkan syarat supaya mereka yang ingin bertanding dalam pilihan raya kampus mesti mencapai tahap keputusan minimum yang ditetapkan sebelum layak bertanding.
Pelajar bukan bumiputera khususnya pelajar Cina mengamalkan beberapa sikap positif yang membantu mereka mencapai keputusan yang lebih baik.
Antara yang diterapkan oleh para pelajar Cina adalah melakukan sesuatu mengikut keutamaan dalam konteks belajar, belajar secara berkumpulan serta menitikberatkan perbincangan.
Satu kisah semasa berlaku demonstrasi pelajar di Universiti Malaya pada 1970-an, semua pelajar Melayu yang berdemonstrasi lari apabila diserang gas pemedih mata.
Seorang pelajar Cina yang sebelum itu membaca buku dan kemudian menyertai kumpulan demonstrasi menyambung pembacaan di bawah meja apabila berjaya melarikan diri daripada gas pemedih mata.
Pelajar Melayu hanya menyambung kuliah seminggu selepas peristiwa itu bagi menunjukkan betapa pelajar Cina tahu tanggungjawab mereka dan harapan besar ibu bapa terhadap mereka.
No comments:
Post a Comment