Sunday, January 20

HEBAT TUN MAHADIR NAIK MOTOR BESAR WALAUPUN PADA USIA 88 TAHUN...


Namun, pada usia 88 tahun, untuk seorang bekas Perdana Menteri yang begitu hebat sanggup posing dan bergaya macam sedang membawa sebuah motosikal berkuasa tinggi…priceless ok.

Sportting sungguh. Lihat wajah orang di sekeliling yang nyata teruja dan terhibur dengan aksi spontan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tidak banyak yang diketahui mengenai di mana gambar ini diambil atau bila…namun rasanya baru lagi ni…dan background nampak macam kat Putrajaya. Any info anyone?


Jika pemberian kerakyatan Malaysia kepada pendatang asing di Sabah menjadi isu sehingga ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menanganinya, adalah wajar langkah sama diambil untuk menyiasat pemberian satu juta kerakyatan kepada orang asing pada peringkat awal kemerdekaan negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika membuat saranan itu berkata, jika pemberian kerakyatan kepada kira-kira 200,000 pendatang asing di Sabah dianggap besar, perkara sama perlu dilihat semula kerana pemberian satu juta kerakyatan juga adalah "isu besar."

Beliau berharap perkara itu boleh dipertimbangkan kerajaan kerana sesetengah daripadanya mungkin tidak layak mendapat taraf berkenaan.

“Sebenarnya pendatang di Sabah sudah tinggal lama di negeri itu, ada yang melebihi puluhan tahun. Mereka bercakap dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.

Turut hadir isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Naib canselor UiTM, Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar. 

Jun tahun lalu, Jemaah Menteri bersetuju untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah yang dikatakan menjangkau sehingga 500,000 orang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan berkata, kerajaan komited untuk menangani isu itu yang mampu menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Sabah.

Beliau berkata, warga negeri Sabah akan mengambil manfaat daripada penubuhan RCI ini dan bersama-sama kerajaan dalam mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah berkaitan.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak mendesak kerajaan tetapi hanya mengemukakan cadangan agar ditubuhkan satu lagi suruhanjaya diraja untuk melihat semula isu berkenaan yang berlaku pada zaman pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.  

“Untuk berlaku adil, kerajaan wajar menubuhkan suruhanjaya itu kerana kedua-duanya melibatkan pemberian taraf kerakyatan kepada orang asing.

“Walaupun menerima kerakyatan negara ini, sesetengah pendatang pada awal kemerdekaan masih lagi memandang negara asal mereka sebagai tempat rujukan utama atau untuk menumpahkan kesetiaan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, walaupun tidak memenuhi kriteria atau syarat, kebanyakan pendatang terbabit masih diberi kerakyatan negara ini.

“Jadi ia perlu disiasat untuk mendapat gambaran sebenar,” katanya.  Sinar harian..



1 comment:

Unknown said...

Gambar tun ngan aksi bersama motor tu semasa di yayasan albukhari jumaat lepas. Tun rasmikan kelab pgpf dan menerima sumbangan untuk gaza. Salah satu penyumbang adalah bickers club yang diketuai dira bte dato seri abu zahar iaitu pelakon dan anak bekas ketua menteri melaka.im been there during the event.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive