Monday, January 28

WIRA BADMINTON PULAU PINANG MENINGGAL DUNIA.......?


Warga Pulau Mutiara kini telah kehilangan seorang permata yang pernah menjulang nama Pulau Pinang dimata dunia.Bagi peminat sukan Badminton seperti MKP amat terasa dengan kehilangan ini.

Bekas jaguh badminton negara Datuk Eddy Choong, juara kategori perseorangan empat kali pada kejohanan All England meninggal dunia pada Isnin.
Beliau berusia 82 tahun.
Seorang ahli keluarganya berkata, Choong meninggal dunia pada pukul 3 petang di Hospital Loy Guan Lye di sini selepas dimasukkan ke wad hampir seminggu.
Beliau menjuarai All England pada 1953, 1954, 1956 dan 1957.
Beliau juga merupakan finalis pada 1952 dan 1957 serta menjuarai kategori beregu bersama abangnya David dari 1951 hingga 1953.
Choong juga merupakan pemain pasukan Piala Thomas Malaysia pada 1955 yang memenangi trofi kejuaraan dunia.





No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive