Sunday, January 27

NASHA TIDAK MELATAH DENGAN PROVOKASI GAMPANG PAS.......?


Walaupun dihentam pelbagai pihak berikutan penyertaannya bersama rombongan Perdana Menteri ke Gaza namun bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa tidak melatah.

Beliau menegaskan tidak akan melayan sebarang tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh sesetangah pihak khususnya di dalam PAS.

Sambil menyifatkan tindakan kelompok yang berbuat demikian sebagai tidak berasas, Nasharudin berkata, lawatan itu tidak ada kena mengena dengan parti dan ia dibuat atas dasar beliau sebagai seorang Islam yang prihatin kepada nasib orang Islam lain.

"Serangan dan tohmahan yang dilakukan ke atas saya, semuanya tidak berasas serta dibuat dalam bentuk andaian. Ia dilakukan atas sebab ketidakyakinan yang boleh mendatangkan dosa," katanya.

Nasharudin berkata demikian mengulas tindakan pelbagai pihak pro pembangkang khusus di dalam PAS yang mengecam Ahli Parlimen Bachok itu kerana menyertai rombongan Perdana Menteri ke Gaza.

Ini merupakan kali kedua Nasharudin menerima nasib sedemikian apabila kali pertama turut dikecam oleh penyokong PAS dan pembangkang kerana menyertai rombongan Najib ke Mekah pada Ramadan tahun lalu.

Menurutnya, lawatan Perdana Menteri itu sama sekali tiada kaitan dengan politik sebaliknya berasaskan kepada semangat keprihatinan yang tinggi terhadap nasib rakyat Palestin.

Beliau juga menegaskan tidak akan memberi penjelasan kepada kepimpinan PAS berhubung penyertaannya bersama rombongan Perdana Menteri tersebut.

"Waktu saya menyertai rombongan Perdana Menteri ke Mekah dulu, saya tidak diminta untuk memberi penjelasan oleh parti kerana ramai kepimpinan PAS yang faham. Begitulah juga dengan lawatan ini, saya berpendapat tidak perlu saya memberikan penjelasan. Ramai pemimpin dan ahli PAS yang menyatakan sokongan, dokongan dan ucap tahniah ke atas kehadiran saya dalam rombongan ini.

"Bagi saya kalau hendak tuduh, tuduhlah, itu hak mereka, hak saya adalah untuk maju ke depan. Saya ingin memberi sumbangan semaksimum mungkin bagi membantu saudara seagama dan saya sandarkan penglibatan saya ini atas kehendak agama dan tanggungjawab saya sebagai seorang muslim," katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive