Sunday, January 13

NAK AMBIL SAMPAI i-PHONE 5 PUN BOLEH TEBUS RM 200.


Seperti semua sedia maklum, pihak SKMM telah mengemaskini syarat tawaran untuk peranti dibawah Pakej Komunikasi Belia, dan kini lebih banyak peranti ditawarkan dibawahnya, termasuk iPhone 5 daripada Apple, dan Galaxy S3 daripada Samsung.

Mengikut angka terkini yang dikongsikan pihak SKMM sendiri, ia dikatakan mereka telah melantik lebih 1000 wakil jualan di seluruh negara sehingga hari ini, dan angka wakil jualan ini akan meningkat dari hari ke hari.

Daripada laporan rasmi yang dikeluarkan oleh SKMM, mereka mengatakan terdapat lebih 28 jenis telefon yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi dibawah Pakej Komunikasi Belia ini. Namun, melalui laporan yang dikeluarkan oleh Bernama dan dipetik oleh Harian Metro dan juga Sinar Harian, diperkatakan lebih 70 model telefon pintar boleh dipilih belia melalui Pakej Komunikasi Belia.

Ia tidak diketahui apakah lagi peranti-peranti lain yang akan ditawarkan melaluinya. Daripada senarai terbaru yang dikeluarkan ini, tiada peranti Nokia Lumia dan juga BlackBerry yang tersenarai padanya. Memandangkan tawaran model telefon pintar ini akan ditambah dari hari ke hari, maka pihak SKMM menasihatkan para belia agar tidak terburu-buru membeli selepas mendaftar untuknya.

Selepas mendaftar, para pengguna akan diberikan tempoh selama 30 hari untuk menebus potongan sebanyak RM200 daripada wakil-wakil penjual yang dilantik.

Namun, salah satu masalah yang masih belum diatasi pihak SKMM buat masa ini boleh dikatakan adalah struktur penghargaan untuk peranti, dimana daripada harga RRP yang ditawarkan untuk sesetengah peranti, ia adalah lebih mahal daripada harga semasa, sekaligus menjadikan rebat yang diberikan seperti tidak membantu, disamping sesetengah syarikat telekomunikasi yang mengenakan harga langganan bulanan yang tinggi untuk pelan data mereka.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive