Showing posts with label belia. Show all posts
Showing posts with label belia. Show all posts

Sunday, January 13

NAK AMBIL SAMPAI i-PHONE 5 PUN BOLEH TEBUS RM 200.


Seperti semua sedia maklum, pihak SKMM telah mengemaskini syarat tawaran untuk peranti dibawah Pakej Komunikasi Belia, dan kini lebih banyak peranti ditawarkan dibawahnya, termasuk iPhone 5 daripada Apple, dan Galaxy S3 daripada Samsung.

Mengikut angka terkini yang dikongsikan pihak SKMM sendiri, ia dikatakan mereka telah melantik lebih 1000 wakil jualan di seluruh negara sehingga hari ini, dan angka wakil jualan ini akan meningkat dari hari ke hari.

Daripada laporan rasmi yang dikeluarkan oleh SKMM, mereka mengatakan terdapat lebih 28 jenis telefon yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi dibawah Pakej Komunikasi Belia ini. Namun, melalui laporan yang dikeluarkan oleh Bernama dan dipetik oleh Harian Metro dan juga Sinar Harian, diperkatakan lebih 70 model telefon pintar boleh dipilih belia melalui Pakej Komunikasi Belia.

Ia tidak diketahui apakah lagi peranti-peranti lain yang akan ditawarkan melaluinya. Daripada senarai terbaru yang dikeluarkan ini, tiada peranti Nokia Lumia dan juga BlackBerry yang tersenarai padanya. Memandangkan tawaran model telefon pintar ini akan ditambah dari hari ke hari, maka pihak SKMM menasihatkan para belia agar tidak terburu-buru membeli selepas mendaftar untuknya.

Selepas mendaftar, para pengguna akan diberikan tempoh selama 30 hari untuk menebus potongan sebanyak RM200 daripada wakil-wakil penjual yang dilantik.

Namun, salah satu masalah yang masih belum diatasi pihak SKMM buat masa ini boleh dikatakan adalah struktur penghargaan untuk peranti, dimana daripada harga RRP yang ditawarkan untuk sesetengah peranti, ia adalah lebih mahal daripada harga semasa, sekaligus menjadikan rebat yang diberikan seperti tidak membantu, disamping sesetengah syarikat telekomunikasi yang mengenakan harga langganan bulanan yang tinggi untuk pelan data mereka.

Wednesday, January 2

ESOK BOLEH PI BELI BLACKBERRY PORSCHE @DrRaisYatim @NajibRazak


Mesti ada yang berdarah hidung bila tengok MKP pakai benda nie...Terutama Blogger Macai yang sebelum ini mengkritik hebat rebat yang telah diberikan pada golongan Belia...

Dengan pelbagai kritikan ramai disebabkan oleh had harga telefon pintar ke RM500 untuk layak mendapat rebat kerajaan sebanyak RM200, kini nampaknya berlaku sedikit perubahan.


Thursday, December 15

Belia Patut Sahut Cabaran.



GENERASI muda negara ini terus menerima perhatian dan pengiktirafan daripada kerajaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin menggelar golongan ini superhero kepada negara sebab mereka mempunyai kuasa mengubah dan jika semua superhero ini berganding tenaga dengan kerajaan, program transformasi negara lebih mudah menjadi realiti. 

Kerajaan juga dilihat terus komited dalam menerima pandangan dan buah fikiran belia negara apabila Najib juga mengumumkan kerajaan sentiasa terbuka mendengar pandangan dan idea daripada belia dalam menjayakan setiap program transformasi negara.



Dalam menggalas tanggungjawab ini, cabaran terbesar orang muda ialah kebijaksanaan dalam menggunakan ruang dan platform yang disediakan kerajaan untuk mengeluarkan idea bernas dan mempunyai impak tinggi demi kelestarian kemajuan negara melalui program transformasi yang dilaksanakan, di samping melontarkan kritikan dan maklum balas membina yang datang dengan idea untuk menyelesaikannya.
Sikap keterbukaan dan kesediaan kerajaan untuk mengiktiraf hak dan mendengar suara golongan ini tidak dapat dinafikan lagi. Misalnya baru-baru ini kerajaan bersetuju meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas menjadi ahli parti politik. 

Ini jelas memperlihatkan keseriusan kerajaan untuk turut membabitkan peranan belia dalam segenap program transformasi yang sedang dilaksanakan agar ia turut memenuhi kehendak dan harapan kelompok anak muda yang bakal menjadi generasi pelapis negara. 

Ringkasnya, mereka mendapat ruang secukupnya untuk memberikan pandangan dan komen bersesuaian. 

Justeru, apa yang diharapkan ialah belia kita akan lebih peka dan memainkan peranan lebih aktif dengan menyalurkan idea kreatif dan berinovasi untuk memajukan negara. 


Semoga harapan kerajaan terhadap belia tidak disia-siakan begitu saja. Oleh itu, belia kita perlu bangkit menyahut cabaran ini dengan membuktikan mereka mampu menggalas tanggungjawab mengemudi negara ini suatu hari kelak.

Monday, November 14

DAP Gila Kuasa.Melayu Dah layu Sahaja Ikut DAP.




Melihat pada penjelasan oleh Ngah Bin Mat Baki atau lebih dikenali dengan nama Pak Ngah Lengkong di Bota, Parit Perak.tersentuh untuk MKP menulis apa yang diperkatakan.Pak Ngah turut menasihatkan anak-anak muda agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang boleh membawa ke jalan yang sesat. Walaupun Malaysia (Tanah Melayu) sudah aman damai dan merdeka, namun terdapat anasir-anasir jahat yang sentiasa mengintai ruang untuk merobohkan keharmonian negara ini.

"Perjuangan anasir-anasir jahat ini tidak pernah terkubur. Sebagai contoh, buku yang saya sedang baca sekarang ini, "Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia", jelas membuktikan bahawa komunis sentiasa berusaha untuk memastikan Tanah Melayu ini menjadi sebuah Negara Republik."Dia memberikan kita gambaran, tipu helah dan muslihat komunis untuk menjahanamkan Tanah Melayu ini," tambahnya.

Adakah belia masa kini sedar apa yang berlaku?jika tidak diberi penjelasan kepada golongan ini nescaya mereka akan hanyut dibuai oleh DAP.Golongan belia perlu diberi penerangan oleh pihak yang berkenaan.

Monday, May 30

BELIA DAN POLITIK.


Tahniah MKP ucapkan kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana berjaya menganjurkan Himpunan Sejuta Belia.Walaupun ada tomahan yang dilontarkan oleh pihak pembangkang itu pekara biasa kerana kerja mereka hanya membangkang apa saja yang dibuat oleh kerajaan BN.Datuk Seri Najib mengumumkan perlunya Parlimen Belia adalah Idea yang bernas dan tepat.  

UNJURAN Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2010 bagi jumlah belia berumur 15 hingga 39 tahun ialah seramai 11,614,735 orang atau 43 peratus daripada populasi rakyat di Malaysia. 

Sehingga Disember 2010, seramai 11,811,452 yang berusia 21 tahun ke atas sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), manakala pengundi yang berusia 21 hingga 39 tahun mencecah 40 peratus daripada jumlah pengundi keseluruhan.
Ini menjadikan golongan belia menjadi kelompok yang penting untuk diberi perhatian kerana ia berkait rapat dengan masa depan negara.


mam al-Ghazali pernah menyatakan: “Jika kamu ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah keadaan generasi mudanya yang ada sekarang.” Secara tidak langsung kelompok ini bukan saja boleh menjadi rakan pembangunan negara tetapi juga sebaliknya. 

Golongan belia tentunya membawa pola dan tingkah laku politik berbeza. Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang lalu, saluran orang muda dikatakan penyebab tsunami politik di lima negeri yang terlepas ke pakatan pembangkang. 

Walaupun trend itu dikatakan berubah dalam siri pilihan raya kecil kebelakangan ini, namun dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak, tingkah laku politik orang muda berbeza mengikut geopolitik kawasan. 

Ada dua aspek utama yang membentuk pola politik pengundi muda. Pertama, tahap pendidikan dan yang kedua pengaruh media sosial. Boleh dikatakan majoriti pengundi muda mendapat pendidikan minimum pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini bermakna mereka berada dalam ruang lingkup pengaruh pendidikan formal sehingga 11 tahun dalam kehidupan sebelum mereka mengundi. Ia semakin melebar sekiranya mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. 


Pendidikan mengasah ketajaman daya fikir. Kebanjiran maklumat menerusi internet dan televisyen satelit menyebabkan sesuatu isu yang menyentuh kepentingan dan peranan anak muda akan dibuat perbandingan senario dalam negara dan antarabangsa. Keterbukaan dan pendedahan maklumat ini sudah tentu menuntut pendekatan yang berbeza dalam mengurus isu yang berkaitan dengan anak muda. 

Pengaruh media sosial seperti blog, Facebook dan Twitter mempengaruhi persepsi anak muda. Media sosial biar pun tidak bersemuka, namun atas sifatnya yang segera, kos murah, tanpa tapisan dan kesukaran pendakwaan undang-undang menyebabkan maklumat masuk ke gajet elektronik bertali arus dan akhirnya membina pengaruh. Siapa yang lebih kerap menghantar maklumat akan lebih berpeluang untuk mempengaruhi. Sesuatu perkara jika diasak berkali-kali, akan diyakini benar. 

Apakah keperluan kehidupan anak muda? Isu anak muda berkaitan dengan 4P – Pendidikan, Pekerjaan, Pendapatan dan Perumahan. Bagaimana mereka mendapat peluang dan inisiatif untuk mereka melanjutkan pelajaran dengan kos yang minimum, dengan pendidikan yang sempurna bolehkah mereka mendapat peluang pekerjaan dan dengan pekerjaan mereka akan mempunyai pendapatan untuk menyara kehidupan dan peluang memiliki rumah sebagai tempat berlindung dan status sosial. Model Baru Ekonomi (MBE) bertujuan meningkatkan pendapatan tahunan perkapita sebanyak AS$7,000 kepada AS$15,000. Tentunya hasrat murni ini perlu mengambil kira peluang anak-anak muda untuk turut sama meningkatkan pendapatan. 

Tuesday, January 11

Belia.

‘BELIA Harapan Negara’ dan ‘Belia Tiang Negara’ antara slogan yang dilaungkan sejak dari dahulu. Gambaran yang diberikan adalah peri pentingnya masyarakat belia dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara.

Sekadar slogan dan ungkapan manis, indah dan berbunga-bunga tentu tidak cukup untuk memajukan masyarakat belia.

Kalau benar-benar kita mahu menjadikan belia sebagai harapan dan tiang negara, perlu ada program yang jitu dan berterusan untuk mereka.

Jangan biarkan mereka terumbang- ambing tanpa hala tuju seperti anak ayam kehilangan ibu. Akibatnya, timbullah bermacam gejala seperti dadah, rempit dan ragut yang membabitkan belia.

Keadaan akan lebih parah jika tiada tindakan segera yang konkrit untuk menangani isu berkaitan belia dan seterusnya menyusun program untuk memastikan mereka sentiasa berada di landasan yang betul.

Apabila bercakap tentang belia, sudah tentu tempiasnya akan terkena pada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diwujudkan pada 15 Mei 1964.

Ini merupakan entiti kerajaan yang bertanggungjawab menggubal dasar berkaitan pembangunan belia. Menyedari akan peri pentingnya masyarakat belia dan mustahaknya mereka dalam menentukan hala tuju negara maka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini meluahkan hasrat menjenamakan semula KBS.

Matlamatnya adalah memperkasakan golongan belia supaya sesuai dengan perubahan persekitaran. Dengar-dengarnya, Dasar Pembangunan Belia Negara (DPBN) 1997 yang merupakan penambahbaikan daripada Dasar Pembangunan Belia (DPB) 1985 dijangka turut diubah.

Jika kita imbas kembali, DPBN diisytihar oleh Muhyiddin pada 8 Disember 1997 ketika beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan untuk memantapkan belia secara peribadi, rohani, akal dan jasmani. Ia mahu melahirkan belia yang bertanggungjawab, berdikari bersemangat sukarela dan patriotik.

Jadi, hasrat untuk mengkaji semula DPBN dilihat sebagai sesuai dengan perkembangan semasa. Sesuai dengan zaman di mana belia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Zaman teknologi maklumat dan komunikasi dengan setiap saat belia terdedah kepada pelbagai elemen perubahan termasuk yang negatif.

Dasar yang bakal diperkenalkan mesti cukup untuk menjadi pembimbing dan benteng kepada masyarakat belia di negara ini agar mereka tidak tersasar dari hala tuju yang ditetapkan. Selama ini pun KBS memang diakui dan diiktiraf telah banyak menyumbang kepada pembangunan belia di negara ini.

Bantuan, sokongan dan bimbingan KBS kepada kelab-kelab belia di peringkat akar umbi banyak membantu mereka melaksanakan aktiviti. Malah peranan KBS banyak menerima pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Penubuhan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Penguatkuasaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 adalah inisiatif yang wajar dipuji. Namun, kita tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian sedia ada. Perubahan persekitaran dan global menuntut penambahbaikan pada KBS.

Mahu atau tidak, KBS mesti bergerak selari dengan perubahan persekitarannya. Struktur geopolitik berdasarkan etnik, isu pembangunan ekonomi belia dan demografik belia di negara ini perlu dilihat dengan teliti.

Belia di bandar, pinggir bandar dan luar bandar menuntut pendekatan strategik yang berbeza. Jurang umur golongan yang dikategorikan sebagai belia iaitu antara 15 dan 40 tahun juga perlu dilihat dan diperhalusi. Dasar dan aktiviti untuk belia yang berumur 15 tahun tentu berbeza dengan yang berusia 40 tahun.

Aspirasi mereka berbeza dan gaya hidup mereka tidak sama. Jadi pendekatan yang digunakan mestilah signifikan dengan peringkat umur. Tentunya tidak sesuai kalau kita menggunakan pendekatan tangkap muat satu untuk semua.

Pengisian

Sekilas pandang pun sudah boleh tahu bahawa kelompok belia awal (15 hingga 24 tahun) dan kelompok belia veteran (35-40 tahun) memerlukan pengisian berbeza.
Sebab itu penjenamaan yang diharapkan bukan hanya bersifat bersifat luaran. Bukan sekadar bersifat simbol, struktur dan slogan (sudah banyak slogan untuk belia). Tetapi ia mesti memberi kepuasan dan memenuhi keperluan golongan sasar.
Keupayaan KBS dalam memartabatkan belia memang diakui. Tetapi apa salahnya sekali sekala menilai fakta-fakta yang baru.

Sudah pasti kita mahu memastikan 11,614,735 belia yang berusia 15 hingga 39 tahun (unjuran Jabatan Perangkaan 2010) benar-benar mendapat manfaat daripada penambahbaikan tersebut.

Mereka ini mewakili 43 peratus populasi rakyat negara ini. Jumlah mereka hampir separuh, sebab itu dasar yang digubal untuk mereka mesti benar-benar jitu dan berkesan untuk memastikan penglibatan mereka lebih menyeluruh.

Kalau dilihat kepada senario sekarang berdasarkan kepada statistik sehingga 1 April 2010, hanya dua juta sahaja belia yang melibatkan diri dengan 7,709 persatuan belia yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY).

Apa jadi dengan 9.9 juta belia lagi di negara ini? Mereka ini tidak menganggotai mana- mana pertubuhan belia. Apakah hala tuju mereka?

Kalau tidak semua sekalipun, sudah tentu sebahagian mereka terjerumus dalam gejala sosial. Kajian membuktikan belia yang tidak berpersatuan lebih cenderung terpesong dengan pelbagai masalah sosial.

Lagi pula golongan belia amat berkait rapat dengan pengundi muda. Kegagalan menangani isu belia dan kegagalan menyediakan program yang selari dengan aspirasi mereka akan menyebabkan golongan itu jauh dari kerajaan.

Orang kata fakta tidak pernah menipu. Statistik jelas menunjukkan jumlah belia yang layak mengundi ialah 7.9 orang. Tetapi yang mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya 4.17 juta sahaja. Maknanya 47 peratus lagi tidak berbuat demikian.

Lebih lebih buruk lagi mereka dibiarkan mempunyai tanggapan negatif terhadap politik terutama kerajaan. Hasilnya mereka tidak ada kecenderungan dalam membuat keputusan membentuk kerajaan ketika pilihan raya. 

Tidakkah kita sedar bahawa ini satu lagi manifestasi kegagalan mendekati kelompok belia atau simbol penyakit belia dengan tahap kepedulian politik yang rendah?

Penguatkuasaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) juga telah mengubah landskap kepimpinan belia di mana keseluruhan kepimpinan belia pada hari ini berumur di bawah 40 tahun. Dari satu sudut, memang elok belia diberi peluang memimpin persatuan mereka. 

Tetapi keadaan kelam kabut yang berlaku ketika proses peralihan kepimpinan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada organisasi belia. Proses pendaftaran semula dari ROS (Pendaftar Pertubuhan) kepada ROY (Pendaftar Pertubuhan Belia) sudah ada masalah.

 Ini termasuk ada persatuan belia kini boleh diibaratkan seperti muflis. Sindiran, kritikan dan teguran yang mengatakan aktiviti kelab belia suram kebelakangan ini mungkin berpunca daripada pemimpin muda yang belum bersedia itu. Senario ini dijangka berterusan sehingga satu sistem pengkaderan yang sempurna dan teratur dirancang untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Tetapi bolehkan proses pengkaderan ini berlaku dengan lancar? Secara idealnya, mereka yang baru sahaja meninggalkan bangku sekolah (di bawah 20 tahun) mesti bersedia memimpin kelab di peringkat cawangan. Di awal umur 30-an mereka sewajarnya mempunyai persediaan yang cukup untuk memimpin kelab belia di peringkat kawasan, negeri dan kebangsaan.

Tetapi realitinya pula, umur tamat pendidikan formal untuk universiti adalah dalam usia 24 tahun dan mereka memerlukan tempoh 10 tahun untuk stabil dalam kerjaya dan keluarga.
Jika faktor ini diambil kira bakat-bakat kepimpinan pasti gagal dicungkil.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive