Wednesday, January 23

MAK LAMPIR ADA ANAK IKAN BARU.......PERGH HEBAT KETUA WANITA KEADILAN NIE.........?



Nama : Adam Rosly
Umur : 26 tahun
Pendidikan : SPM

Apa yang saya akan coretkan di sini merupakan sumber yang diberikan oleh kepimpinan PR Ampang sendiri yang tidak berpuas hati dengan mamat di atas ini. Tak perlulah saya mention sama ada parti PKR, PAS ataupun DAP sebab yang pentingnya, ketiga-tiga parti ini memang haprak.

Berbalik pada story asal, inilah ceritanya.

Ada seorang tokoh korporat yang berstatus 'Tan Sri' telah berniat ikhlas untuk memberikan sumbangan peribadi untuk pembangunan & maintenance sebuah Masjid di dalam kawasan Lembah Jaya, Ampang. Sumbangan yang disampaikan Tan Sri tersebut tidak sampai jutaan RM tapi bagi rakyat seperti saya, jumlah RATUSAN RIBU RINGGIT itu memang banyak.

Untuk info, Lembah Jaya terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di mana wakil rakyatnya terdiri daripada wakil PAS iaitu Kassim Abd Aziz dan Parlimennya pula dipegang oleh PKR, Zuraidah Kamaruddin.

Adam Rosly bersama ADUN Lembah Jaya Kassim Abd Aziz, ADUN Cemapaka, Ir Iskandar Abd Samad dan Mak Lampir

Al kisahnya bermula apabila duit sumbangan Tan Sri terbabit telah diselewengkan secara senyap oleh seorang budak mentah yang berusia awal 20an dan tidak mempunyai kerjaya dan kelulusan. Yang menjadi persoalannya, menurut sumber di Lembah Jaya. Si mamat Adam Rosly ni mempunyai beberapa buah kenderaan mewah yang secara logiknya memang tidak harus ada oleh seseorang yang tinggal di Apartment Projek Perumahan Rakyat di sana.


Duit yang diselewengkan Adam Rosly ini sememangnya diketahui oleh ADUN Lembah Jaya yang merupakan master mind dan perancang utama. Duit yang sepatutnya digunakan untuk tujuan mulia telah disalah gunakan untuk tujuan peribadi. Sungguh memalukan lagi apabila si Adam Rosly menggunakan wang haram tersebut untuk tujuan beli undi bagi menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda PAS Ampang. Secara logiknya, memang mamat ni tak boleh menanglah sebab dia sendiri tidak mempunyai ground personal touch dengan penduduk di sana.

Atas rasa keprihatinan yang tinggi terhadap mamat yang mendukung LGBT ini, opss terbuka cerita episode lain pula.

Continue semula, dek kerana tidak berjaya mendapatkan jawatan dalam PAS, ADUN Lembah Jaya si Kassim tadi tu pun mengesyorkan Adam Rosly melompat ke dalam PKR kerana masih ada ruang dan peluang untuk Adam Rosly ni menempatkan diri dia di dalam kepimpinan PKR Ampang.

Dengan izin dan green light daripada Zuraidah a.k.a Mak Lampir yang memegang tampuk kepimpinan PKR di Ampang maka pelan yang dirancang oleh ADUN Lembah Jaya pun berjaya di dalam PKR. Dengan kadar segera tiba-tiba mamat ni dilantik pula memegang jawatan selaku Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan restu Mak Lampir.

Secara tidak langsung dengan perlantikan ini, Mak Lampir telah berjaya meletakkan Adam Rosly pada kedudukan jawatan tertinggi dalam PKR Bahagian Ampang dan sekali gus memangku terus jawatan selaku Pembantu Khas Mak Lampir, perghhh pantas.

Timbul rasa tidak senang di kalangan ahli-ahli dan orang-orang PR di sana yang seakan-akan tidak diiktiraf pengorbanan mereka menaikkan Mak Lampir di Ampang pada PRU yang lepas. Sudahlah banyak kali Mak Lampir buat hal di Ampang, mereka pula banyak cover tingkahlaku buruk YB ini dengan pelbagai alasan. Ini termasuklah semasa terjadinya banjir kilat di Ampang dan Hulu Langat di mana Mak Lampir gagal membantu penduduk di sana sehingga menyebabkan UMNO dan BN turun padang menyelesaikan masalah tersebut.

Adam Rosly seperti yang diberitahu sumber saya, dia merupakan proksi kepada 2 orang wakil rakyat yang tamak iaitu ADUN Lembah Jaya & YB Parlimen Ampang.

Ada lagi sambungannya. Tunggu.

SUMBER

No comments:

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive