Tuesday, January 8

PECAH KEPALA KENA BANTAI............SALAH SIAPA....?


Pecah kepala kena botol kaca beb...Kalau benda macam nie terjadi pada saudara/ayah atau sesiapa sahaja terdekat dengan korang.. Apakah tindakkan yang korang ambil? Mesti nak balas dendam.....!!! Tapi itulah hakikat yang telah terjadi pada tahun lepas...Pastinya benda macam nie akan berulang.....

Nampaknya, politik pembangkang ini benar-benar jenis politik hampas iaitu berhimpun ke sana ke mari, bercakap tak henti-henti tanpa membawa hasil apa-apa selain dari menyemarakkan kebencian, semangat perkauman dan perpecahan di kalangan masyarakat. Ia juga mengganggu rutin harian orang ramai dengan menghalang lalulintas, selain memberi gambaran negatif sekali gus membawa risiko buruk kepada ekonomi negara.

Maka tidak hairanlah apabila sokongan terhadap pembangkang semakin hari semakin berkurangan kerana rakyat di kawasan dan negeri yang diwakili mereka merasa tidak puas hati dan sangsi apabila kawasan sendiri tidak terjaga.

Walaupun kewujudan pihak pembangkang dalam sesebuah negara demokrasi sepatutnya membawa kebaikan kepada rakyat, tetapi pembangkang Malaysia nampaknya hanya membawa kemusnahan. Malah mereka langsung tidak berguna, sepanjang masa menyemak dan menghabiskan wang negara semata-mata. Tidak cukup dengan gaji dan elaun buta, beberapa wakil rakyat mereka juga menjadi kaya secara tiba-tiba sejurus selepas menang pilihanraya iaitu dalam masa beberapa bulan sahaja.

Lebih buruk lagi apabila mereka juga meminta derma dari rakyat untuk membiayai politik gila mereka sedangkan mereka terbukti menerima dana asing melalui berbagai-bagai NGO yang bekerja untuk mereka.

Adalah difahamkan bahawa Himpunan 12 Januari ini adalah bertitik tolak dari kegagalan BERSIH sebelum ini. Memandangkan nama BERSIH telah pun kotor dan memalukan, maka pembangkang memilih nama lain untuk meneruskan agenda mereka untuk menghuru-harakan negara.

Walaupun mereka menyatakan akan mengadakannya di dalam stadium namun kita tidak harus mengenepikan kemungkinan mereka menggunakan Modus Operandi yang sama dengan semua himpunan sebelum ini iaitu berarak dari jalanraya ke stadium dan bukannya terus berhimpun di dalam stadium.

Kita sedia maklum bahawa bagi mendapatkan impak yang diinginkan, pembangkang perlu mencipta drama, dan drama tidak akan tercipta jika hanya berhimpun dan berucap di stadium kerana itu adalah terlalu biasa, malah menjadi rutin hidup mereka yang tidak membawa faedah kepada sesiapa.

Justeru, tidak mustahil pembangkang akan mengadakan drama seram ganas sama sepertimana yang berlaku dalam BERSIH 3.0. Bagaimanapun, ini hanyalah cadangan atau perancangan pemimpin PR.

Dari perkembangan semasa, nampaknya cadangan dan perancangan ini agak sukar direalisasikan. Ini kerana terdapat berbagai masalah dalaman yang melanda setiap satu dari parti-parti sekutu PR yang berpunca dari isu-isu semasa yang berbangkit dari tindakan dan kenyataan pemimpin-pemimipin PR sendiri. Akibatnya, kelihatan semangat untuk berhimpun kali ini begitu hambar sekali di kalangan penyokong ketiga-tiga parti.

Hari ini, laungan BN zalim, UMNO rasis, kerajaan tidak telus, mahkamah tidak adil sudah tidak laku lagi. Segala puji-pujian ke hadhrat Allah SWT yang memenangkan PR di beberapa negeri dalam PRU yang lalu yang telah membolehkan rakyat melihat siapa sebenarnya yang zalim, rasis, tidak telus dan tidak adil selama ini.

Setelah menang maka terbarailah sudah bahawa PAS yang memecahbelahkan ummah dan enggan bertanggungjawab pula ke atas tindakan penyokong mereka yang mengkafirkan sanak saudara, malah ibu bapa sendiri. Terserlah sudah bahawa DAPlah yang rasis sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu bagi mewakili orang Melayu di dalam partinya. DAP juga tidak telus, korup dan bodoh kerana tidak mampu mengira undi yang beberapa ribu sahaja. PKR pula tidak perlulah diceritakan lagi kerana parti itu sudah lama telanjang bulat menampakkan segala panau, kurap dan cacat celanya, sepertimana Anwar di dalam video dengan China-dollnya.

Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah tidak lebih dari kemuncak usaha PR untuk menghancurkan Malaysia. Oleh itu, rakyat Malaysia wajar menjauhkan diri dari terlibat dengan Himpunan ini, demi kejahteraan negara dan juga keselamatan diri sendiri. Belajarlah dari kesilapan negara-negara yang telah melalui ‘kebangkitan’ seperti ini, di mana kini setelah berjaya menggulingkan kepimpinan lama atas alasan tiada kebebasan bersuara, mereka kini ada yang disumbat ke penjara hanya kerana mengkritik kepimpinan baru. Sudah elok hidup di selesa, kenapa ingin merasai sengsara?


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive