Monday, January 7

BLOGGER MELETOP PENANG KENA SAMAN.....


Blogger pro Umno, Dr Norvandri Hasan Basri atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.

Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.

Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.

Dr Novandri melalui blognya, novandri.blohspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.

(Gambar kiri,Khalid Samad bersama peguamnya, Hanipa Maidin bercakap kepada media di luar mahkamah selepas kes selesai)

Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.

Setelah sekian lama berlalu, hari ini Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid.

Hari ini keputusan persetujuan penyelesaian di luar mahkamah dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Turut hadir adalah Khalid Samad bersama peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin dan peguam yang mewakili Dr Novandri.Hrkh

MKP Ayat Sempoi : Bukan senang nak jadi blogger,Bila kena saman tanggung sendiri...... 


3 comments:

Anonymous said...

Gua yang baru nak blogging ni pun naik risau dgn keadaan macam ni... Macam nilah nasib blogger UMNO.. Berjuang demi parti tapi tak pernah ada orang besar UMNO yang ambil peduli... Hangpa ni nak menang ke tak? Orang berjuang bagai nak rak untuk naikkan hangpa, last2 bila kena macam ni semua lepas tangan...

Anonymous said...

Apalah Kalid Samad nih....kalau kena batang hidung sendiri sibuk nak saman orang.....kalau diblog pencacai pr buat gambar edit macam-macam kat pemimpin UMNO contohnya Mahafiraun,Najib Tok Sami Hindu tak nak ambil tindakan pula memang double standard mereka nih...hipokrit

Anonymous said...

Anonymous January 7, 2013 11:06 PM

ape yg ko tulis dan ckp, itu tanggung jawab ko sendiri. sbb sume tu dr otak fikiran ko bkn org lain. takka lps berak nak harap org lain cucikan? alam ciber ni pun ada peraturan. kalo dh kena saman sbb mulut sendiri tu tanggung la. jgn nak ikut sgt perangai puak cai suka salahkan orang lain.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive