Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Wednesday, August 7

BLOGGER DAPAT DURIAN RUNTUH............Selamat Hari Raya.....


Selamat Hari Raya Aidilfitri pada pembaca setia Blog MKP. Jutaan Terima kasih MKP ucapkan pada korang semua kerana tanpa anda MKP tidak akan mencapai jumlah pembacaan Blog MKP sehingga 4.5 juta setakat ini. Kepada anda yang pulang beraya dikampung tolonglah memandu dengan berhati-hati, jagalah keselamatan sekeluarga.... Terlalu pantas masa berlalu, bermakna kita juga dimamah usia.

Pada Rakan-rakan Blogger raya tahun ini nampaknya lebih bermakna. Maka jangan alpa lepas raya kita sambung balik perjuangan menentang DAP Harami. Tajuk aje gempak tapi tak ade apa2 pun...


Tuesday, August 6

VIDEO : YB BUDIMAN ADUN SUNGAI PANJANG BERGADUH DENGAN BINI PASAL BALIK RAYA


Monday, August 5

LAGI HINAAN TERHADAP ISLAM...UCAPAN RAYA BERSAMA "HALAL DOG" @PDRMsia @Zahid_Hamidi


Apabila menjelang Syawal, kanak-kanak terutamanya akan tunggu dihadapan rumah jikalau ada posmen yang akan menghantar kad raya.

Dunia dah maju, zaman dah berubah.

Kecanggihan teknologi membuatkan kad raya seperti tidak lagi wujud.

Ucapan raya kini lebih banyak dihantar menerusi aplikasi telefon mahupun email.

Tetapi sejak kebelakangan ini, lain pula jadinya.

Ucapan berbuka puasa dihiasi bak kut teh (sup babi).

Video ucapan raya diraikan dengan anjing-anjing peliharaan.

Hari ini kami menerima sekeping gambar yang menunjukkan sebuah keluarga yang saya yakin beragama Islam mengeluarkan gambar ucapan Aidilfitri bersama anjing.

Walaupun kita lihat tiada sentuhan ‘direct contact’ di dalam gambar tersebut, tetapi kapsyen ucapan raya tersebut mungkin akan mengguris hati umat Islam.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Maaf Dzahir Bathin. – Dari August AlKalb The Halal Dog dan Julie The Cat.”

Sekejap.. Apakah yang dimaksudkan dengan AlKalb The HALAL DOG?
HALAL DOG? LIKE SERIOUSLY ‘HALAL’?

Kakak-kakak dalam gambar ni jangan main-main isu halal haram.

Apa motif utama muat naik gambar bersama anjing dengan ucapa hari raya sebegitu?

Suka untuk saya berkongsi petikan daripada artikel kami sebelum ini berkaitan sudut pandang agama Islam berkaitan anjing.

Cubalah jadi penganut agama Islam yang ‘lebih sensitif’ terhadap isu-isu sebegini supaya tidak mencetuskan kegelisahan dalam kalangan penganut agama yang sama.

Dari sudut fiqh, suka saya kemukakan pandangan Imam al-Syafie sebagai pandangan yang terpilih dengan beberapa alasan tanpa memperkecilkan pandangan mazhab lain. Ini kerana rakyat Malaysia sebahagian besar berpegang dengan mazhab al-Syafie.

Pendapat Pertama: Anjing adalah najis keseluruhannya, sama ada kecil atau besar adalah najis, berdasarkan adanya perintah mencuci bejana yang dijilatnya sebanyak tujuh kali. Bahkan, menurut pendapat Imam al-Syafie tentang najisnya anjing ini termasuk najis mughallazah (najis berat).

Lagi hujah ingin dikongsikan, daripada Abdullah bin Umar dia berkata: “Aku mendengar Baginda bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Juga daripada Ibnu Umar RA berkata: “Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak. (Riwayat Muslim)”

Justeru, kita sebagai umat Islam harus sedar dan berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadith.
Sebelum ini kecoh apabila seorang wanita bergelar jurutera, Maznah Mohd Yusof @ Chetz memuat naik video dia bersama anjing-anjing belaannya menyambut Aidilfitri dalam bersama ucapa raya.

Video tersebut turut diselangi dengan takbir raya yang menyebabkan ramai umat Islam di Malaysia ini rasa terhina dengan video tersebut.

Semoga selepas ini tiada lagi isu-isu berkaitan halal haram serta hukum-hukum di dalam Islam dijadikan isu gelak tawa. MYNEWSHUB...

Sunday, October 28

QURBAN DI TAPAK MASJID YANG 'GHAIB' !



Ibadah korban hendaklah disertakan dengan niat kerana Allah Taala.  Apa saja ibadah yang kita lakukankan semuanya bergantung kepada NAWAITU kita.. Tak kiralah samada kita nih ahli PARTI yang sering mengaku lebih ISLAM berbanding umat ISLAM lain atau pun kita nih Tok GURU maha TAKSUB yang belajar tentang AGAMA ISLAM di Deoband, India..

NAWAITU kita ini hanya dinilai oleh Allah SWT sahaja.. Sebutlah selantang atau sekuat hati mana pun NAWAITU kita depan orang ramai apabila kita nak memulakan sesuatu IBADAT.. Contohnya, kita menjerit sekuat hati sekalipun

 "Sahaja aku NIAT untuk (Ibadat) ini kerana Allah SWT," tetapi Allah SWT itu Maha Mengetahui apa NAWAITU sebenar kita..

Oleh itu, tak usahlah kita beribadat kerana NAWAITU untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.. Tak usahlah berlakon ZUHUD kerana IBLIS sendiri pernah terbukti boleh berlakon ZUHUD lebih baik daripada kita..


Sunday, August 19

Ucapan Aidilfitri @NajibRazak.


Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada seluruh umat Islam diseluruh Malaysia dari YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO Malaysia

Ramai gadis Malaysia beraya di Lombok..


Masih terdapat ramai gadis negara ini berada di Lombok, Indonesia berdasarkan siasatan yang dijalankan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bagaimana pun tidak dapat mendedahkan jumlah sebenar gadis Malaysia yang berada di sana kerana dalam proses mengumpulkan maklumat.

Menurutnya, kesemua mereka jatuh cinta dengan lelaki Lombok sewaktu bekerja di negara ini dan mengikut mereka pulang.

“Perkara ini amat menyedihkan kerana gadis yang mengikut lelaki Lombok itu, berpotensi untuk memajukan diri dalam bidang pelajaran.

“KP1M akan memulakan kempen kesedaran terhadap wanita tempatan dalam semua sektor pekerjaan terutama pertanian dan perladangan, agar tidak terpedaya dengan pujukan lelaki asing yang bekerja di negara ini dan mengikut mereka ke negara asal mereka,” katanya.

Abdul Azeez berkata, setakat ini KP1M telah berjaya membawa pulang seramai 50 gadis rakyat negara ini atas permintaan keluarga.

Saturday, August 18

Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengunjungi blog ini.Dikesempatan ini MKP menyusun 10 jari meminta maaf jika ada salah dan silap untuk tahun ini...Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya...Kepada rakan-rakan blogger,facebooker dan twitter yang mengenali MKP halalkan jika terkata,terhack terambil benda yang tidak sepatutnya minta dihalalkan dunia dan akhirat..Gambar diatas MKP ambil dari Sinar Harian wajah disebaliknya mungkin ada yang mengenalinya...Terimakasih Kepada JuruGambar tersebut tahun depan ambil lagi....Salam Lembaran......

Monday, August 29

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari MatKilauPenang


Selamat Hari Raya Mat Kilau Penang ucapkan kepada pembaca blog ini dan rakan-rakan seperjuangan dan seteru sekelian semoga tahun ini membawa lebih makna kepada semua,MatKilau Penang memohon maaf sekiranya ada yang terasa dengan apa yang ditulis didalam blog ini. Apa yang MKP lakukan ialah Demi memperjuangan dan mempertahankan Bangsa Agama dan Negara yang tercinta ini.Maaf jugak dipinta jika sejak sepanjang bulan ramadhan ini MKP kurang menulis,Tahun ini kita bertuah menyambut hari raya dan Hari kemerdekaan.Walaupun baru 10 bulan MKP berkecimpung dalam Blogging pengunjung telah mencapai   277ribu pengunjung terima kasih daun keladi.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive