Showing posts with label hbn 2012. Show all posts
Showing posts with label hbn 2012. Show all posts

Tuesday, June 5

K-POP KAT KELANTAN LAGI SEKSI DARI DAL SHABET?


Masih riuh rendah penyokong pembangkang khususnya dari PAS mempertikaikan penyertaan kumpulan artis K-pop dalam pertunjukkan pentas semasa Himpunan Jutaan Belia 2012 (HJB2012) anjuran Kementerian Belia & Sukan (KBS).
 
Menurut mereka, persembahan oleh artis seksi dari Korea itu tidak sesuai dengan adat resam negara kita selain dianggap akan menggalakkan kemaksiatan serta menyemarakkan kerosakan akhlak di kalangan generasi muda hari ini.

Jika diterima bulat-bulat kata-kata mereka tentu saja kita beranggapan semua pengkritik itu sama sekali tidak akan membiarkan walau satupun kumpulan artis seksi atau jelik persembahannya seumpama k-pop menjejak kaki di negeri yang diperintah oleh parti pujaan mereka.

Realitinya tidaklah begitu, kuman di seberang laut kerap kelihatan dan gajah depan mata selalu kita lupakan. Lumrah alam biasanya begitulah.

Setahun yang lalu kira-kira seminggu sebelum datangnya bulan Ramadhan, satu konsert hiburan dari sebuah kumpulan artis wanita K-pop Korea juga ada dilangsung di Bandar cahaya i-City, Seksyen 7 Shah Alam - MTV World Stage Live in Malaysia 2011.

Manakala empat tahun dulu bertempat di Stadium Kelana Jaya sempena perlancaran majlis rasmi yang disokong kerajaan PR Selangor pula, sebuah kumpulan punk tempatan yang dinamakan Carburetors Dung buat pertama kalinya memecahkan rekod melondehkan seluar dalam dan punggung mereka kepada khalayak.

Tika itu tidak pula timbulnya kecaman ataupun kritikan membantah gerak tari yang meloyakan itu sebaliknya ada pemimpin pembangkang misalnya Naib Presiden PAS, Husam Musa meminta khalayak menghakimi anak-anak muda itu melalui senikata lagu yang mereka persembahkan berbanding tarian londeh memperlihatkan seluar dalam.
Demikian halnya dengan kemunculan sebuah kumpulan wanita 'k-pop' (Kelantan-Pop) yang dianggotai oleh empat orang anak jati Kelantan yang bergaya seksi tetapi agak popular nyanyian lagunya hingga ada antaranya menjadi siulan ramai anak-anak muda Kelantan. Sehingga kini tiada seorang pun pemimpin pembangkang khususnya dari pimpinan PAS negeri yang memprotes kemunculan 'k-pop' tersebut, kalau adapun komplen cumalah kata-kata penafian enggan mengaku yang keempat-empat wanita seksi dan tembam itu adalah anak kelahiran Kelantan. Mana ada yang nak mengaku, itu biasalah. Apapun, jika dalam kes K-pop di I-City, tarian punggung di Kelana Jaya dan 'K-pop' Kelate, kesemuannya dibiar lepas begitu sahaja tanpa kritikan dan cacian terhadap penganjurnya seolah-olah tiada apa silap pun, jadi apa pula salahnya dengan K-pop di program HJB 2012 anjuran KBS?

Seksi? Tarian ghairah atau jelik? Apa bezanya dengan 'k-pop' Kelantan dan K-pop di I-City? Hakikatnya masing-masing ada kesalahannya, namun jika mahu mengkritik biarlah adil dan tidak bias. KBS sendiri pun menyedari pihaknya terlepas pandang isu penampilan artis luar negara tersebut malah tidak segan untuk merendah diri memohon maaf pada rakyat - satu keterbukaan yang wajar dihargai. Tapi hingga kini tak pula kita kedengaran permohonan maaf dari kerajaan PR Selangor berikutan sokongannya terhadap konsert MTV World I-City kurang seminggu sebelum bulan puasa tahun lepas, walhal ia cukup-cukup menyentak sensitiviti orang Islam. Apapun, masing-masing kita ada penilaian sendiri, adakala dek kerana perbezaan pandangan menyebabkan kita hanya nampak pada cacat cela pada kerajaan pusat saja hingga dengan sengaja menutup mata pada salah silap puak pembangkang. Bak kata pepatah, kuman berbikini di seberang laut boleh nampak tapi gajah berbogel depan mata buat tak tahu. Rasanya belum terlewat untuk kita baca penjelasan dari KBS dalam isu ini, mana tahu kot-kot ada lagi kalangan pembaca yang masih memandang serong pada KBS setidak-tidaknya biarlah kebenaran perihal kos perbelanjaan K-pop yang sedang dimanipulasi pihak tertentu dapat diketahui.Beruang Biru...

Friday, June 1

BLOGGER PAKATAN MENIPU LAGI? @AMENOWORLD @ADDIN77


Apa dah jadi dengan juak pakatan harami nie depa nak buat fitnah pun agak-agak la jangan membodek tahap sanggap sampai dokumen lama pun diguna pakai.Kos sebenar bukannya 2.04 juta yang diwar-war oleh Anak sungai derhaka memang suka derhaka dan pencacai setaraf longkang dengannya.


Jawapan Dari Pihak KBS.



Thursday, May 31

Menjawap 3 Isu Post HBN 2012 aka Saya Cabar Pas @Amenoworld @Milosuam


1- Beberapa blog pembangkang memainkan isu kononnya belia disogok dengan duit RM30, dan atas fakta itu yang disertai gambar bukti dibawah, maka dengan mudah mereka main pukul rata anggap keseluruhan penyertaan belia sepanjang HBN 2012 bukannya tulin dan sukarela. Klik



Saya rasa jawapan terbaik bagi hujah mereka adalah kata-kata Nik Aziz sendiri -

“kalau nak ukur cerdik bodoh seseorang, kena dengar percakapannya.”

Hahahaha ...... secara logik lah, kalau sorang tu memang tak nak pergi, setakat dijanjikan RM30 dia tak akan pergi juga ! ! RM30 jer ? ? ! Kenapa tak sebut RM100 ker, barulah masuk akal sikit. Ni RM30 jer ? !

Korang sanggup ke nak redah trafik jem bagai dan habiskan masa tengah panas bersama berpuluh ribu orang lain hanya kerana RM30 ?

Sebanyak tu lepaslah makan minum untuk hari tu ...... saya tidak nampak salahnya kalau pun para belia diberi sedikit elaun untuk makan minum disana. Bukannya semua belia tu datang dari keluarga berada dan saya percaya ramai yang masih belum bekerja.

KALAU PUN BENAR diberi RM30, saya percaya bukan sebab itu mereka hadirkan diri. Malah saya puji pihak yang berikan wang itu kerana sekurang2nya belia2 itu tidak berlapar dahaga sepanjang hari disana.

Pihak KBS yang dihubungi MENAFIKAN ada memberi sebarang elaun kepada belia semata-mata sebagai tarikan untuk mereka hadir.


Kalau ada yang beri pun mungkin dari Kelab atau Persatuan yang para belia itu wakili.

Jika contoh terpencil itu mahu dijadikan alasan meremehkan kehadiran jutaan belia sepanjang HBN, sememangnya otak pembangkang itu amat kecil. Apakah mereka juga akan bersetuju jika semua sepakat mengatakan kehadiran seluruh pendemo semasa Bersih 3.0 bukan kerana kerelaan mereka kerana TERBUKTI Nik Aziz ada memberi elaun belanja kepeda sebilangan dari mereka dari Kelantan ?

Bodoh Bin Stupid !

**************************

Mengenai persembahan K-Pop atau J-Pop atau apakepop, kenapa 2-3 acara dari keseluruhan 500 acara itu yang ditumpukan oleh pembangkang ? Dan sekali lagi secara mudah dan pukul rata mereka mencemuh keseluruhan HBN.

Harussani ada memberi komen sepertimana lapuran Sinar.

“Sepatutnya tidak ada benda-benda macam itu (artis K-Pop). Kita sekarang dalam proses pembentukan akhlak muda-mudi kita yang sedang merosot, jadi tidak patut ada perkara yang boleh menaikkan nafsu.


“Harap pihak penganjur ambil perhatian serius dalam hal ini,” katanya


Beliau, bagaimanapun, tidak menafikan golongan muda lebih cenderung kepada hiburan seperti itu, namun, katanya, tidak semestinya ia dipenuhi dengan aksi bersifat nafsu semata-mata.

“Kita harus bertindak dengan baik, mungkin boleh digantikan dengan aktiviti lain lebih positif yang boleh menarik minat golongan belia.

“Jangan hanya untuk dapatkan sokongan dan kedudukan sahaja; bimbang nanti ada orang nak dapat sokongan tapi sebaliknya tak disokong pula,”

Ya, saya setuju acara itu tidak sepatutnya diadakan. Tapi janganlah kerana 2-3 acara itu maka baki 497 acara lain langsung tidak dipandang.

Seperkara lagi, HBN bukannya khusus kepada belia Islam sahaja. Ginilah, cakap retorik banyak2 tak guna, saya cabar Pas keluarkan kenyataan yang berbunyi -

Sekiranya PR menang, TIDAK AKAN ADA lagi sebarang konsert K-Pop atau J Pop atau seumpamanya. Ada berani ?

Kalau berani keluarkan kenyataan begitu dan dipersetujui oleh Pkr dan Dap, maka barulah saya katakan yang Pas ikhlas dengan kritikan dan bukan bercakap sekadar retorik semata.

Hahahahaha .... KORANG PUN SAMA JE LAH , PAS OOOOI ...... Tak usah nak jual minyak lah !


****************************

Isu ketiga pula adalah pembatalan ceramah Ulamak Tersohor Pas, Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya berlangsung pada 26 Mei lepas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disebabkan konsert K-Pop.


Penjelasan sudah dibuat oleh Shabery Cheek, juga dalam artikel Sinar yang sama.

“Kementerian saya tidak ada kena mengena dengan soal ini (pembatalan ceramah) dan bukan disebabkan konsert ini. Ia di bawah kawalan pihak pengurusan PICC yang merasakan masalah trafik menjadi punca (pembatalan ceramah) dan perlu ditangguhkan,”

Sekali lagi saya nak bertanya akan niat dan keikhlasan Pas, pemilihan tempat dan waktu bukankah SENGAJA dibuat untuk dijadikan isu politik ? Bila dibuat ?

Bukankah dah dialihkan tempat dan dikatakan ribuan belia hadir ..... so, apa masalahnya ? Ternyata penukaran lokasi tidak menjadi masalah kepada mereka yang mahu mendengar ceramah Azhar.

Kalau saya yang menjaga keselamatan kawasan terbabit pada waktu itu, saya pun akan alihkan lokasi atau paling tidak waktunya, tukarkan pada hari lain. Bayangkan pada waktu SAMA, bersebelahan pulak tu diadakan konsert K-Pop dan ceramah Azhar ........ saya nak tanya - YANG SEBENARNYA TIDAK HORMAT KEPADA CERAMAH BERBENTUK AGAMA ITU SIAPA ?


Bukankah pihak yang sengaja berniat mahu mempolitikkan 'ceramah agama' dengan melaga-lagakan nya dengan konsert muzik yang sememangnya telah dirancang jauh lebih awal .... bukankah pihak itu yang sepatutnya kita pertikaikan niat mereka ?

Bagi orang sebegitu, pengisian ceramah ternyata tidak penting kerana apa yang mereka mahukan adalah mileage politik yang dapat diperah akibat percanggahan ' dua budaya ' yang bertentangan itu. Mereka jelas menjadikan majlis ceramah Azhar tidak lebih sebagai satu alat politik !


Akhir kata, seperti yang saya katakan, bukankah ada 497 acara lain yang boleh diceritakan .... kenapa dicari yang 2-3 itu juga ? Melainkan orang itu memang sengaja mencari salah !

Kalau masih tak puas hati, senang jer kalau nak menilai keikhlasan anda - sahut cabaran saya diatas ! Minta pemimpin Pas salak sekuat hati -

JIKA PR MENANG, TIDAK AKAN ADA SEBARANG KONSERT J-POP ATAU APAKEPOP DI MALAYSIA ! - BERANI ?Sumber

FITNAH TERBARU BLOGGER PAKATAN HARAM KEPADA DS @HishammuddinH20


Masalah utama dengan blogger pakatan haprak, mereka menulis untuk memfitnah dan dengan perbuatan itu maka mereka berjaya menjatuhkan sesiapa sahaja terutama lawanya dari kalangan pemimpin terdiri dari musuh mereka.

Cara mereka didalangi cara kebanyakkan pemimpin tertinggi pakatan haprak yang lebih cenderung menyerang peribadi demi meraih sokongan.

Terbaru Ds Hishammuddin pula diserang secara konsisten oleh kebanyakan blogger pakatan haram di mana foto yang merakamkan aksi Ds Hishammudin menari di atas pentas bersama-sama peserta senaman aerobik sewaktu Hari Himpunan Jutaan Belia 2012 telah mencetuskan kontroversi hangat di laman blog pakatan haram.

Aksi itu kononya dakwa mereka, mengalakkan perbuatan maksiat dikalangan belia dan pemimpin seharusnya tahu membantaskan perbuatan bila bersama-sama bukan muhrim di tempat awam telah menimbulkan seribu persoalan bahawa ternyata pemimpin mereka yang terang-terangan memuja perbuatan yang melanggar akidah sebagai umat Islam tidak pun di persoalkan.

Tindakan Ds Hishammuddin menari di atas pentas bukan sesuatu tindakan tidak bermoral seperti dakwa dan fitnah dari blogger haram, ianya dilihat tidak lebih menunjukkan sikap bersahaja pemimpin yang mesra dan jiwanya bersama rakyat tidak kira sesiapa sahaja.

Kalau ini dikatakan maksiat, apakah foto pemimpin mereka seperti dibawah juga maksiat.



Adakah ini joget halal…?

Nilailah sendiri perbuatan pemimpin mereka sendiri dan jika blogger pakatan haram betul-betul bermaruah tegur dengan baik beberapa pemimpin mereka yang sangat rendah moralnya.

Sebelum itu jom saksikan video ini, menunjukan kepada kita perbuatan yang ternyata memesongkan akidah pemimpin ini. Adakah perbuatan ini halal kerana dia pemimpin yang maksum.

Tuesday, May 29

K-POP HARAM USTAD FAHTUL BARI?



Komen dari Ustaz Fahthul Bari Mengenai K-POP dan bersih..Bab nie MKP no komen banyak , Akan tetapi kita kena menerima teguran dari mereka yang pandai dalam hal ini....

Monday, May 28

HEBAT SAMPAI PENGSAN NIK AZIZ TENGOK J-POP?


Main sedap mulut je cai-cai Pakatan Rakyat ni! Isu hiburan di Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012 dijadikan sensasi. Betul-betul bangang!hehehehe.

Kalau nak ikut cai-cai haram ni, memang apa yang kerajaan BN semua tak betul..Korang je betul..marhain..ntah apa lagi la. Bagai menunggu buah yang jatuh, menunggu masa untuk spin apa sahaja isu yang ada.
Gambar Spin Cai CinCai
Bukan Seluar Dalam tapi Inner je..

Hari Belia Negara 2012 ada pelbagai acara yang dijalankan..lebih 500 acara..hampir seluruh Putrajaya di penuhi dengan acara-acara yang berjalan. Di samping hiburan, acara-acara modal insan dan kerohanian pun ada, macam-macam ada..datang ke putrajaya baru la tau. Majlis Tahlil dan Khutbah Jumaat HBN 2012, Pertandingan Amal Islami (Nasyid, Tilawah, kompang, Hafazan), Kolokium Tokoh Belia Islam dan macam-macam lagi. Panjang kalau nak tulis.

Tidak benar sama sekali, Artis-Artis Malaysia tidak diberi peluang. Tiada timbul isu..Hampir 22 pentas di sediakan untuk artis-artis tempatan membuat persembahan. Banyak tu beb! Tak kira terkenal atau pun tak! Semua diberi peluang. Artis luar di panggil sekurang-kurangnya dapat mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan mungkin Hari Belia Negara yang akan datang menjadi jadual tetap pelancong-pelancong luar negara datang ke Malaysia.

Selainnya tengok kat catsthinker

komen MKP : J-Pop nie gaya berpakaian dan persembahannya memang begitu,akan tetapi pembangkang nie mungkin dah kering kolam idea nak tembak apa saja yang dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk menarik minat goolongan muda beralik kepada Kerajaan UMNO/BN.


Sunday, May 27

VIDEO EKSKLUSIF : DRAG RACE AT #HBN2012 @SHABERYC


Semalam satu kejadian tidak diingini telah berlaku di Himpunan Jutaan Belia 2012.Macam-macam cerita fitnah yang disebarkan mengenai insiden ini...Ada yang kata ambulan datang 30 minit selepas kejadian dan macam-macam lagi...Ternyata semua tomahan yang dibuat itu merupakan fitnah semata-mata...Jika kita tonton video tersebut kita dapat lihat hanya SEMINIT sahaja ambulan sudah sampai.

Berita tergempar ini berlaku malam semalam semasa dalam perlumbaaan drag race yang diadakan sempena perhimpunan hari Belia Negara 2012 di Putrajaya. Kereta tersebut dikatakan telah hilang kawalan dan melanggar penonton.Khabar angin mengatakan ada penonton telah meninggal dunia tetapi perkara itu tidak benar.Dan Berikut adalah video eksklusif komen dari Menteri KBS Datuk Seri Sabry Cheek mengenai kejadian tersebut.



KONSERT DAL SHABET K-POP AT #HBN2012


Konsert ini telah berjaya menarik banyak Belia dan anak muda....Walaupun MKP nie kurang arif mengenai K-POP ini akan tetapi setelah melihat dengan mata sendiri kini lebih faham kenapa muzik K-POP digilai kerana tariannya.

Saturday, May 26

#HBN2012 PM DISAMBUT OLEH 2 JUTA BELIA...GERAK KHAS


MKP berbangga dengan dengan jumlah kehadiran Belia kat Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya nie..Tak sangka PM telah berjaya menyakinkan belia dengan jutaan yang hadir pada hari ini...Ternyata pihak Kementerian Belia Dan Sukan telah berjaya mencapai matlamat yang telah disasarkan....Tahniah kepada semua Belia yang hadir.

Video persembahan hebat dari Skuad Gerak Khas Tentera semasa menyambut kehadiran PM sebentar tadi.




#HBN2012 NEELOFA AT BEEANTBLUES.




Pelbagai acara menarik telah disusun untuk hari keempat Himpunan Jutaan Belia 2012 di Bee Ant Blues Port! Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa selebriti popular seperti Neelofa, Marsha Milan, Ning Baizura dan ramai lagi dalam sesi Meet n Greet pada jam 10.00 pagi. Acara hari ini bermula seawal 7.00 pagi dengan pertunjukan belon udara panas.

YB Khairy Jamaluddin akan merasmikan Bee Ant Blues Port pada jam 2.15 petang dan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dijangka mengunjungi Bee Ant Blues Port sekitar jam 3-4 petang dalam sesi PM Walkabout For Youth. Ikuti acara2 lainnya dalam poster di bawah.


DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE
HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012
JANGAN LUPA MENGUNJUNGI
BEE ANT BLUES PORT!!


ATURCARA PENUH PADA HARI SABTU 26 May 2012

9:00AM - 7:00PM PAMERAN DAN JUALAN GOLF FAIR, SPORTS WEAR, SPORTS EQUIPMENT, FITNESS PROMOTION, SPORTS NUTRITION, NIKE FUN TRUCK, ELECTRONIC DART, ARCHERY, ELECTRONIC SPORTS MACHINE.

8:00PM - 10:00PM PAMERAN DAN JUALAN

3:00AM - 4:00PM SHUFFLE COMPETITION

4:00AM - 6:00AM “INFO ON WHEEL” CRIME AWARENESS TEAM

5:00AM - 6:00PM JANGAN LUPA LIRIK/GUESS THE SONG QUIZ

6:35AM - 7:05PM TWELF NOTE(MALAYSIA)



8:00AM - 10:00AM HIMPUNAN NGO’S KEBAJIKAN SEMBANG BERSAMA PEMIMPIN

8:00AM - 10:00PM KBS DRAG CHAMPIONSHIP (KERETA & MOTOSIKAL)

8:00AM - 10:00AM LUCKY DRAW

8:00AM - 5:00PM PERTANDINGAN NASYID-KATEGORI NASYID DAN KOMPANG (SARINGAN)

8:00AM - 1:00PM TARIAN & POCO-POCO



9:00AM - 1:00PM AUTOKHANA & MOTOKHANA

9:00AM - 10:00AM BENGKEL BERSAMA SUHAIZARUL & CUPRIX FANS

9:00AM - 1:00PM DEMO & PAMERAN KALIGRAFISENAM SENIPERSEMBAHAN TARIANPERSEMBAHAN GENDANGPELANCARAN OLEH YB MENTERI (10:00 PAGI)

9:00AM - 10:00AM DEPART TO PUTRAJAYA

9:00AM - 1:00PM KBS DRAG CHAMPIONSHIP (KERETA & MOTOSIKAL)

9:00AM - 1:00PM KBS DRIFT CHALLENGE

9:00AM - 1:00PM KBS SUPER MORTAD X

9:00AM - 10:00AM MAHASISWA AMAN FLASHMOB

9:00AM - 1:00PM MARI MENCUBA PERMAINAN TRADISIONAL, JOM TRY HARUM MANIS, PERSEMBAHAN BAND BELIA, PAMERAN KRAFTANGAN, PAMERAN & JUALAN PRODUK USAHAWAN, PERMAINAN TRADISIONAL

9:00AM - 10:00AM NATIONAL YOUTH DAY CHEERLEADING COMPETITION 2012

9:00AM - 10:00AM OPEN STAGE CASTING (LINE CLEAR & MIG)

9:00AM - 1:00PM PAMERAN ANGKLUNG

9:00AM - 10:00PM PAMERAN JELAJAH 7 KEAJAIBAN DUNIA

9:00AM - 10:00PM PAMERAN KARNIVAL PELANCONGAN BELIA

9:00AM - 1:00PM PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN MIYP

9:00AM - 1:00PM PERTANDINGAN JET SKI ANTARABANGSA

9:00AM - 12:00PM PERTANDINGAN KAWAD KREATIF

9:00AM - 11:00PM PERTANDINGAN KBS PUTRAJAYA REDAH 4X4 INTERNATIONAL CHALLENGE 2012

9:00AM - 10:00AM SEMBANG-SEMBANG JOM HEBOH

9:00AM - 7:00PM STANDARD CHARTERED FUN RUN, PERTANDINGAN LOMPAT TALI, CYCLING DE MASSE, MUAYTHAI FIT WARRIOR, ECO CHALLENGE, KEJOHANAN MENDAKI ASIA TENGGARA, KARNIVAL SUKAN AIR, KEJOHANAN PAINTBALL, PERTANDINGAN LAYANG-LAYANG, RENTAP FUTSAL, KEJOHANAN TAEKWANDO,

9:00AM - 11:00AM Taklimat Pengenalan Kerjaya 4



10:00AM - 1:00PM BASKING SINGER

10:00AM - 11:00AM BUSKING

10:00AM - 1:00PM CULTURAL PERFORMANCE

10:00AM - 11:00AM FIXIE

10:00AM - 11:00AM GRAFFITI COMPETITION

10:00AM - 11:00AM IKON SUKARELAWAN

10:00AM - 12:00PM INTRO & KOLAM COMPETITION

10:00AM - 11:00AM KIOSK SEJUTA WAJAH BELIA

10:00AM - 11:00AM MADHOP

10:00AM - 12:00PM MARCHING BAND

10:00AM - 4:00PM PAMERAN & JUALAN BOOTH TV3 & PENAJA

10:00AM - 1:00PM PAMERAN & JUALAN PERABOT

10:00AM - 10:00PM PAMERAN DAN JUALAN

10:00AM - 10:00PM PAMERAN KERJAYA BADAN BERUNIFORM

10:00AM - 12:00PM PERSEMBAHAN MOTOR BERHIAS, PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN

10:00AM - 11:00AM PIPE MUSIC

10:00AM - 11:00AM PUTRAJAYA BIRD WATCHING

10:00AM - 1:00PM RAKAMAN PROGRAM TVI

10:00AM - 11:00PM SHADU RASJIDI BAND (INDONESIA)

10:00AM - 12:00PM SOUND CHECK AND REHEARSAL (MOMOIRO CLOVER Z)

10:00AM - 7:00PM TBC BY AVON

10:00AM - 12:00PM WOMEN ZONE HOST MEET & GREET (NTV7)



11:00AM - 12:00PM 1,000 PCS JIGSAW COMPETITION

11:00AM - 1:00PM AKTIVITI MARI MENCUBA: PERALATAN PEMBIKINAN FILEM ANIMASI, MEREKA WATAK ANIMATION, MELUKIS & MEWARNA LANTAI 3D, DEMONSTRASI MULTIPLE CAMERA PRODUCTION

11:00AM - 12:00PM COOKING COMPETITION & DEMO

11:00AM - 1:00PM Ceramah Motivasi Kerjaya 3

11:00AM - 12:00PM DEMO WAR DANCE

11:00AM - 1:00PM HIMPUNAN ANAK–ANAK YATIM – PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN

11:00AM - 1:00PM PAMERAN KERETA KLASIK

11:00AM - 1:00PM PERASMIAN OLEH TIM. MENTERI BELIA DAN SUKAN

11:00AM - 12:00PM PERTANDINGAN KREATIF FREESTYLE PAINTING

11:00AM - 11:59PM ROBO WARS

11:00AM - 1:00PM SARINGAN 4 (CLASH OF THE BANDS 2012)

11:00AM - 1:00PM WORKSHOP AND SHOWCASE



12:00PM - 1:00PM COSPLAY PRELIMINARIES

12:00PM - 1:00PM CREATIVE YOUTH STREET

12:00PM - 1:00PM ICE CREAM COMPETITION

12:00PM - 1:00PM PAMERAN

12:00PM - 1:00PM PERSEMBAHAN BADUT, CABUTAN BERTUAH

12:00PM - 1:00PM PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING

12:00PM - 1:00PM PERTANDINGAN TRACK STAND

12:00PM - 1:00PM SHOWDOWN PERFORMANCE (8TV)

12:00PM - 1:00PM SWEET EATING COMPETITION

12:00PM - 1:00PM UPIN & IPIN



2:00PM - 7:00PM AKTIVITI SEPANJANG HARI:GELANGGANG TAPAK B (9:00 PG-EIGO SATO LATIHAN & SESI PEMANASAN, 10:00 PG-PERSEMBAHAN BRAKE DANCE & SHUFFLE, 9:00 MLM-PERSEMBAHAN PENUNGGANG ANTARABANGSA)GELANGGANG TAPAK C (9:00 PG-PERTANDINGAN PERLUMBAAN MOTORCROSS TEMPATAN [SARINGAN]

2:00PM - 7:00PM AUTOKHANA & MOTOKHANA

2:00PM - 5:00PM CABARAN ANGKLUNG KETIGA

2:00PM - 7:00PM DEMO & PAMERAN KALIGRAFIPERSEMBAHAN TARIANPERSEMBAHAN GENDANG

2:00PM - 7:00PM DEPART FOR MILLIONS OF YOUTH GATHERING

2:00PM - 3:00PM EATING HOT DOG COMPETITION

2:00PM - 5:00PM FACEBOOK GATHERING (PM)

2:00PM - 3:00PM FACEBOOK GATHERING BERSAMA PM

2:00PM - 7:00PM FASHION SHOW ZON 3 & 4

2:00PM - 4:00PM G.I.G. DANCE

2:00PM - 3:00PM GAMES

2:00PM - 3:00PM HIMPUNAN BELIA ORANG ASLI

2:00PM - 5:00PM INTERNATIONAL ARTISTE (MP)

2:00PM - 7:00PM KBS DRIFT CHALLENGE

2:00PM - 7:00PM KBS SUPER MORTAD X

2:00PM - 4:00PM Klinik Kerjaya 3

2:00PM Konsert J-Pop – Momoiro Clover

2:00PM - 4:00PM LAUNCHING CEREMONY BY MINISTER FROM KPKK/MENTERI PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN

2:00 - 6:30 MAJLIS PELANCARAN HIMPUNAN JUTAAN BELIA OLEH YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA

2:00 - 4:00 MOMOCLO COMMENTS TO COSPLAYERS & MOMOCLO PERFORMANCE

2:00 - 3:00 PAMERAN LIMAS NEGERI

2:00 - 4:00 PENUGASAN KHIDMAT SUKARELAWAN

2:00 - 7:00 PERASMIAN UTAMA OLEH YAB PERDANA MENTERI

2:00 - 7:00 PERSEMBAHAN ARTIS

2:00 - 3:00 PERSEMBAHAN SENAM SENI (JLKN)

2:00 - 3:00 PERTANDINGAN BUNNY HOP

2:00 - 7:00 PERTANDINGAN JET SKI ANTARABANGSA

2:00 - 7:00 PERTANDINGAN KBS PUTRAJAYA REDAH 4X4 INTERNATIONAL CHALLENGE 2012

2:00 - 3:00 SANTAI WITH PM

2:00 - 7:00 TARIAN IGAL-IGAL DARI BAJAU SEMPORNA, TARIAN MUGUNATIP DARI KAUM MURUT NABAWAN, PERTUNJUKAN ULAR, PERTUNJUKAN BASIKAL BMX, PAMERAN KRAFTANGAN, PERMAINAN TRADISIONAL, MAIN DAM AJI TANPA HENTI-24 JAM-MALAYSIA BOOK OF RECORDS

2:00 - 4:00 TAYANGAN FILEM PENDEK PELAJAR (30 FILEM PENDEK



3:00 - 4:00 BRASSBAND COMPETITION

3:00 - 4:00 BRASSBAND COMPETITION

3:00 - 4:00 FASHION SHOW ONLINE BOUTIQUE

3:00 - 4:00 FREESTYLE TRICKS

3:00 - 4:00 GALERI SENI LUKISAN MYKA

3:00PM - 6:00PM INTERNATIONAL JAZZ PERFORMANCE

3:00PM - 4:30PM JAZZCOMM ALL-STARS feat: DANG RASJIDI, LEWIS PRAGASAM, JOSIE THOMAS, AZMI HAIRUDIN, ZAILAN RAZAK, HATTAN (INTERNATIONAL)

3:00PM - 4:00PM ON-STAGE SHOW ON HOW THE ‘MALAI’ IS MADE & VISIT TO THE BOOTHS BY DJ

3:00PM - 4:00PM PERSEMBAHAN PASUKAN BERKUDA (PDRM)

3:00PM - 6:00PM PERTANDINGAN BELIA LAWAK (SARINGAN)

3:00PM - 4:00PM TEA TARIK COMPETITION



4:00PM - 5:00PM BOOTH VISIT BY MINISTER & VIPS

4:00PM - 6:00PM Career Match 2

4:00PM - 7:00PM DEMONSTRASI MENYELAMAT PASUKAN BOMBA DAN PERTAHANAN AWAM

4:00PM - 6:00PM FREESTYLE CHALLENGE

4:00PM - 5:00PM FREESTYLE TRICKS

4:00PM - 6:00PM JUALAN HASIL LUKISAN

4:00PM - 5:00PM LUCKY DRAW

4:00PM - 6:00PM MODERN-BHARATANATYAM COMPETITION – FINAL ROUND

4:00PM - 5:00PM NATURE’S TALENT-NATURAL INSTRUMENT MUSIC

4:00PM - 5:00PM PERSEMBAHAN TEATER TRADISIONAL MENORA

4:00PM - 6:00PM RAKAMAN SOOPA DOOPA

4:00PM - 5:00PM REWANG iVOLUNTEER

4:00PM - 5:00PM SEPETANG BERSAMA SUTRADARA & BINTANG FILEM

4:00PM - 6:00PM TECHNO MUSIC PERFORMANCE

4:30PM - 5:30PM ALIEF HAMDAN DAVEDAS(INTERNATIONAL)

4:30PM - 5:00PM DANIAL ZAILAN RAZAK BAND(MALAYSIA



5:00PM - 6:00PM BENGKEL GITAR INTERAKTIF

5:00PM - 6:00PM HAND MADE COLLECTION

5:00PM - 7:00PM HIMPUNAN TELESKOP TERBANYAK -THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS-

5:00PM - 7:00PM LATIHAN PERSEMBAHAN

5:00PM - 6:00PM MODERN FREESTYLE & STREET DANCE

5:00PM - 7:00PM PERASMIAN PAMERAN KERETA KLASIK & PENYAMPAIAN SIJIL

5:00PM - 7:00PM PERSEMBAHAN TEATER TRADISIONAL MENORA

5:00PM - 7:00PM POETRY RECITATION (SGM), HUMAN FORMATION PERFORMANCE (SGM)

5:00PM - 6:00PM TEBAR ROTI CANAI COMPETITION

5:30PM - 6:00PM CATS IN LOVE(MALAYSIA)



6:00PM - 7:00PM BAND

6:00PM - 7:00PM COIN COLLECTION

6:00PM - 7:00PM FASHION SHOW-ISLAMIC ONLINE BOUTIQUE

6:00PM - 7:00PM GUEST BAND – AZLAN & THE TYPEWRITTER

6:00PM - 7:00PM LUCKY DRAW WINNER ANNOUNCEMENT

6:00PM - 7:00PM MEMBERSHIP DRIVE

6:00PM - 7:00PM MEMBERSHIP DRIVE

6:00PM - 7:00PM PERTANDINGAN INLINE SKATE

6:00PM - 7:00PM TECHNO MUSIC PERFORMANCE

6:00PM - 8:00PM YB SENATOR G. PALANIVEL OFFICIATE THE ONDRAAI INAIVOM 1MALAYSIA EVENT



7:30PM - 8:30PM JEREMY TORDJMAN GROUP (FRANCE/INDONESIA)

7:30PM - 8:30PM THE SOLIANOS’ TRIBUTE TO SALVADOR “ADOR” GUERZO (INTERNATIONAL)



8:00PM - 10:00PM DEMO & PAMERAN KALIGRAFIPERSEMBAHAN TARIANPERSEMBAHAN GENDANG

8:00PM - 10:00PM GRAND FINAL FASHION SHOW

8:00PM - 10:00PM KEMUNCAK ACARA USAHAWAN MUDA ASPIRASI DUNIA (SEGMEN TAJAAN RADIANZE)

8:00PM - 11:00PM KONSERT K-POP (TEEN TOP DAN DAL SHABET)

8:00PM - 10:00PM KONSERT MALAM GALA UNIFORM

8:00PM - 10:00PM LASER SHOW

8:00PM - 9:00PM LINTAS LANGSUNG BULETIN UTAMA

8:00PM - 10:00PM MAGIC & LIGHT SHOW

8:00PM - 9:00PM MISS MALAYSIA KEBAYA FASHION & TALENT SHOW (MMK)

8:00PM - 9:00PM MODERN-BHARATANATYAM COMPETITION-PRIZE GIVING

8:00PM - 10:00PM PAMERAN & JUALAN BOOTH TV3 & PENAJA

8:00PM - 10:00PM PAMERAN ANGKLUNG

8:00PM - 10:00PM PAMERAN FIESTA TITIAN CINTA

8:00PM - 10:00PM PERSEMBAHAN

8:00PM - 9:00PM PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN, PERSEMBAHAN BADUT, PERSEMBAHAN CHEERLEADER

8:00PM - 10:00PM PERSEMBAHAN WAYANG PACAK

8:00PM - 10:00PM PERSEMBAHAN: PUISI & MONOLOG DARI 5 ORANG PELAJAR IPTS, IPTA & SENIMAN TEMPATAN & 5 BAND BLUES (AKUSTIKA)

8:00PM - 10:00PM POCKET SHOW “STREET GUITAR”, PERSEMBAHAN KUMPULAN CAPOEIRA, PERSEMBAHAN MAK YONG

8:00PM - 10:00PM Pocket Show Kerjaya Industri Mekanikal

8:00PM - 10:00PM SEMI-FINALSGUEST ARTISTE – SWEET CHARITY

8:45PM - 9:45PM JEREMY TORDJMAN GROUP (FRANCE/INDONESIA)



9:00PM - 11:00PM CERAMAH PENCEGAHAN DAN TAYANGAN FILEM (KDN)

9:00PM - 10:00PM NEWS ANCHORS MEET & GREET (NTV7 & 8TV)

9:00PM - 10:00PM PERSEMBAHAN ARTIS (HAFIZ U-TOPIA, IBNOR RIZAL, ALONG RAJA LAWAK, JEFF RAJA LAWAK)CABUTAN BERTUAH

9:00PM - 10:00PM SONGS / PROMO



10:00PM - 11:00PM NIGHT RIDE

10:00PM - 11:00PM PROMOSI FILEM-FILEM TEMPATAN TERBARU

Friday, May 25

VIDEO SEMPOI : PENDAPAT PENGERUSI GPMS #HBN2012


Pendapat bernas dari Pengerusi GPMS Malaysia Saudara Jais Abdul Karim tentang Hari Jutaan Belia 2012...... 

Thursday, May 24

HOT!SALE @Y AVENUE #HARI BELIA NEGARA 2012


Lekas lekas! Sale di Y Avenue untuk anak-anak muda. Pelbagai barangan yang dijual memenuhi citarasa anak-anak muda. Jom kita serbu Hari Belia Negara 2012 dan Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012. Hari pertama telah berlalu, tinggal 4 hari sahaja lagi..


Selanjutnya untuk gambar produk2 yg dijual oleh belia dan beliawanis klik di sini. Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena sambutan Hari Belia yang bermula semalam mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.


Hari pertama himpunan yang menyasarkan kehadiran dua juta belia itu diisi dengan pelbagai acara, termasuk perlepasan lebih 100 kereta mewah dan 50 motosikal berkuasa tinggi oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau menjangkakan lebih ramai pengunjung akan hadir sepanjang 5 hari program himpunan sejuta belia yang memasuki tahun kedua penganjurannya itu.

Untuk rekod, lebih 500 acara dalam 35 segmen diadakan sepanjang sambutan sempena Hari Belia Nasional itu berlangsung dengan pelbagai kemudahan disediakan termasuk pengangkutan awam percuma yang membawa pengunjung ke seluruh lokasi program.

Wednesday, May 23

#HBN2012 APA YANG SEMPOI...RONDA-RONDA SKIT.

Pemandangan dihadapan menara KBS.sesak dengan kenderaan walaupun pada hari pertama.


Kepada belia yang ingin menyertai Himpunan Jutaan Belia kali ini dinasihatkan untuk mengunakkan Tram yang telah disediakan.Tram nie bukan ada kat semua tempat di Malaysia nie.Rugi kalau tak mencuba...

Jom kaki pancing tunggu apa lagi der.Ikan kelah yang dilepaskan oleh Shabery Cheek bakal membawakan laba kepada pemancing yang berjaya menaikkan.

Fenomena baru telah muncul di Putrajaya apabila Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menganjurkan Program Himpunan Jutaan Belia pada 23-27 Mei 2012. Program ini dijangka akan ‘menenggelamkan’ Putrajaya dengan lautan belia dari seluruh negara.

Dikatakan sebagai Himpunan belia terbesar di Asia, program ini akan mengumpulkan sekurang-kurangnya sejuta belia seluruh negara untuk bersama memeriahkan pelbagai aktiviti bermanfaat yang disediakan khas buat golongan tersebut.

Selain aktiviti riadah, pelbagai aktiviti sukan ekstrem seperti drag car dan sukan Jet Ski juga turut disertakan di Himpunan ini yang disifatkan sesuai dengan ‘selera’ para belia Malaysia. Aktiviti menarik ini dijangka mampu memberikan kepuasan kepada para pengunjung yang hadir disini nanti.

Terdapat lebih dari 500 acara disediakan sepanjang 5 hari Program Himpunan ini berlangsung. Tarikh 23-27 Mei 2012 pastinya menjadi tempoh yang tak dapat dilupakan kepada para belia seluruh negara yang menyertai program ‘raksasa’ kali ini.

Tema ‘Jadikan Esok Lebih Baik Dari Hari Ini’ juga dilihat amat bertepatan dengan Program Himpunan Jutaan Belia 2012 ini kerana ia sendiri melambangkan nilai positif yang perlu ada pada para belia negara.

Seharusnya nilai positif tersebut akan dapat memacu generasi belia untuk menjadi lebih baik tambahan pula dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik serta bermanfaat di Himpunan Jutaan Belia 2012 ini.

Pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia juga berharap para belia seluruh negara tidak melepaskan peluang yang julung-julung kali ini dan mahu belia-belia turun beramai-ramai untuk ‘menawan’ Putrajaya.

Ia selaras dengan hasrat pihak Kementerian yang mengimpikan untuk menjadikan Putrajaya selepas ini dikenali sebagai ‘Bandar Mesra Belia’.

Sunday, May 20

#HBN2012 PENGIKTIFARAN KERAJAAN BUAT BELIA.

Hari Belia Negara 2012 - Dapatkan peta lokasi di sini. (jika perlu, print dan bawa semasa HBN di Putrajaya dari 23 Mei – 27 Mei 2012)

Kira-kira 4,000 orang hadir memenuhi ruang Concourse, Sunway Pyramid di sini bagi meraikan Sambutan Hari Belia Negara yang disambut setiap 15 Mei sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kerajaan kepada belia.

Majlis disempurnakan oleh Tan Sri Muhiyiddin bin Haji Mohd.Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Turut mengiringi pada majlis tersebut, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Tuan Gan Ping Sieu.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed dan Menteri Sains dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee sebagai tanda sokongan.

Justeru itu, sebagai menghargai golongan belia ini, Himpunan Hari Belia Negara (HBN) 2012 yang bertemakan “Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini ” berlangsung selama lima hari bermula 23 hingga 27 Mei di Putrajaya. Sambutan tahun ini bakal menyaksikan 500 acara dalam 38 segmen, 1,000 persembahan, 24 pentas di sepanjang enam kilometer dengan sasaran untuk menghimpunkan seramai dua juta belia.

Dalam Perutusan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, menyatakan bahawa “ Himpunan HBN 2012 adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan bagi menjadikan Putrajaya sebagai medan besar untuk para belia mempamer tenaga dan kreativiti mereka. Pemimpin terdahulu, telah mendirikan Putrajaya sebagai kota kemegahan kita. Mari kita beri pengisian kepada kota ini dengan semangat dan tenaga para belia untuk masa depan kita bersama.”

Timbalan Perdana Menteri dalam ucapan pelancaran beliau berkata, “Jumlah golongan belia yang melebihi sepertiga penduduk negara iaitu seramai 12.5 juta adalah sumber kekuatan negara paling utama. Sama ada negara kita akan menjadi maju menjelang tahun 2020 dan kekal maju selepas itu bergantung kepada sejauhmana generasi belia yang ada pada hari ini dapat menggarap segala bakat, potensi dan kebolehan diri dengan sebaik mungkin,”..

Tambah beliau , “ Kerajaan melihat organisasi belia memainkan peranan penting dalam usaha mengasah bakat kepimpinan dan pembangunan kendiri belia seperti Parlimen Belia yang bakal diwujudkan tidak lama lagi sabagai platform kepada belia untuk menyuarakan pendapat, pandangan, idea dengan cara yang berhemah iaitu melalui perbincangan dan sepakatan.”

“Apa jua perancangan yang dibuat oleh kerajaan hari ini mengambil kira keperluan masa hadapan. Dalam merangka pelbagai dasar negara, termasuk dasar transformasi yang sedang dilaksanakan pada masa ini, kerajaan mendengar suara belia, menghargai hasrat belia dan cuba sedaya upaya untuk memenuhi jangkaan belia dengan hanya satu matlamat iaitu apa jua dasar yang dilaksanakan mestilah menjamin masa depan yang lebih baik buat golongan belia,” ujarnya lagi .

Beliau juga menyeru kepada semua belia seluruh negara untuk menjadikan Sambutan HBN pada tahun ini sebagai simbol kebersamaan belia dan kerajaan dan bersama-sama memenuhi Putrajaya dengan lautan belia dengan memaparkan semangat cintakan negara, kedamaian, keharmonian dengan berhimpun secara aman dalam suasan penuh keriangan.

Sempena Pelancaran HBN 2012 hari ini juga, pelbagai aktiviti telah dijalan dan dijayakan oleh belia yang sentiasa menyokong penuh usaha kerajaan terhadap pembangunan belia di Malaysia. Antara aktiviti yang berlangsung adalah Persembahan Kebudayaan 1Malaysia, persembahan Flashmob, essemble aksi remaja kreatif dan diserikan dengan kehadiran selebriti tanah air seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Mia Sara dan pemain Skuash Kebangsaan, Azlan Iskandar turut hadir sebagai tanda sokongan HBN 2012.


Friday, May 18

#HBN2012 Apa Pulak Kes 2,600 Coli Nie?




Jangan buat persepsi dengan apa yang dinyatakan diatas sebelum melihat keseluruhan video diatas beb.Video nie Himpunan Sejuta Belia yang lepas telah diterbitkan oleh rakan MKP UU terbaik bro..Video ini berkisar tentang Belia terlajak yang cukup teruja untuk menyertai Himpunan Sejuta Belia.Lawak dan mantap apa yang cuba disampaikan....Cara Orang Muda Untuk Orang Muda.


Countdown Himpunan Belia Negara 2012 - 5 Hari Lagi


Jangan lupa. 5 hari lagi. Datanglah ke Himpunan Belia Negara 2012. 23 - 27 Mei 2012. Bertempat Di Putrajaya. Banyak pertandingan menarik yang boleh disertai oleh seisi keluarga selain dari persembahan, pertunjukan dan pameran. Antara pertandingan yang dijangka menarik perhatian adalah:






Thursday, May 17

#HBN2012 : 1000 Booth Gerbang Kerjaya Dibuka - Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini



Gerbang Kerjaya adalah program yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia dan ia adalah salah satu program Hari Belia Negara – Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan diadakan di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012.

Belia-belia lepasan SPM, Diploma dan Ijazah serta kelulusan lain yang diiktiraf boleh berkunjung ke Gerbang Kerjaya bagi mendapatkan maklumat dan info serta khidmat nasihat yang berkaitan dengan kerjaya.

Sebanyak 100 Booth pameran di mana melibatkan lebih 70 agensi / syarikat yang akan bersama-sama menyertai program ini.

Para pengunjung boleh mendapatkan segala info dan maklumat yang berkaitan seperti, bengkel motivasi kerjaya, panduan & khidmat nasihat kerjaya, kaedah menulis resume, kaedah temuduga & etika berpakaian dan sebagainya.

Gerbang Kerjaya juga turut menawarkan temuduga secara terbuka kepada semua selain daripada permohonan secara kaedah online.

Bagi membantu para pengunjung yang hadir, JobsMalaysia turut menawarkan khidmat perunding kerjaya dan padanan kerjaya kepada bakal pekerja.

Kepada semua rakyat Malaysia dan bakal pekerja, datanglah beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia 2012 di Gerbang Kerjaya untuk mendapatkan info dan maklumat berkaitan pekerjaan dan peluang kerjaya yang bakal ditawarkan kepada anda.

Layari laman Himpunan Jutaan Belia untuk ketahui pelbagai acara yang disediakan sepanjang 23 hingga 27 Mei di Putrajaya [KLIK]

Wednesday, May 16

#HBN2012 TAWAR PELUANG KERJAYA-CEPAT HADIR BERAMAI-RAMAI! @HariBelia2012


Gerbang Kerjaya adalah program yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia dan ia adalah salah satu program Hari Belia Negara – Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan diadakan di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012.

Belia-belia lepasan SPM, Diploma dan Ijazah serta kelulusan lain yang diikhtiraf boleh berkunjung ke Gerbang Kerjaya bagi mendapatkan maklumat dan info serta khidmat nasihat yang berkaitan dengan kerjaya. Sebanyak 100 Booth pameran di mana melibatkan lebih 70 agensi / syarikat yang akan bersama-sama menyertai program ini.

Para pengunjung boleh mendapatkan segala info dan maklumat yang berkaitan seperti, bengkel motivasi kerjaya, panduan & khidmat nasihat kerjaya, kaedah menulis resume, kaedah temuduga & etika berpakaian dan sebagainya.

Gerbang Kerjaya juga turut menawarkan temuduga secara terbuka kepada semua selain daripada permohonan secara kaedah online.Bagi membantu para pengunjung yang hadir, JobsMalaysia turut menawarkan khidmat perunding kerjaya dan padanan kerjaya kepada bakal pekerja.

Kepada semua rakyat Malaysia dan bakal pekerja, datanglah beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia 2012 di Gerbang Kerjaya untuk mendapatkan info dan maklumat berkaitan pekerjaan dan peluang kerjaya yang bakal ditawarkan kepada anda.

Datanglah beramai-ramai di Presint 3 Putrajaya !!!

#HBN2012 EIGO SATO,RUGI KALAU TAK HADIR @HARIBELIA2012


SAMBUTAN Hari Belia Negara 2012-Himpunan Jutaan Belia Putrajaya yang akan berlangsung dari 23 hingga 27 Mei ini bakal digegarkan dengan kehadiran buat julung kalinya sekumpulan penunggang Freestyle Motocross Xtreme (FMX). Mereka akan diketuai oleh penunggang handalan dunia, Eigo Sato akan membuat pertunjukan khas yang penuh mendebarkan.

Sato ketika ditemui baru-baru ini menjelaskan, FMX atau sukan motor lasak ini merupakan sukan ekstrem yang menggabungkan aksi-aksi lasak.

"Para penunggang akan membuat lompatan dan terbang tinggi di udara dengan pelbagai gaya akrobatik yang mengagumkan," katanya.

Sukan ekstrem itu tambahnya lagi, sangat popular di negara luar seperti di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun.

Korang kalau nak baca artikel itu seterusnya, bolehlah klik kat atas tu. Artikel ini nak memperkenalkan aksi Eigo Sato ! Siapa ? Eigo Sato ! Huh ...... siapa ?

EIGO SATO !

Tuesday, May 15

EXTREAM BIKE DAN GADGET WORLD GEGARKAN @HariBelia2012 #HBN2012



Kepada peminat-peminat Extreme Game Bike, jangan lepaskan peluang tunjukkan bakat korang diPertandingan Basikal Lasak Ekstream di Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012 pada 23-27 Mei 2012 ini. Pelbagai hadiah yang menarik dan lumayan menanti korang...Datanglah beramai-ramai!!!



Kepada peminat-peminat gadget tu, inilah masa korang datang tengok gadget-gadget yang terbaru dengan harga yang cukup murah dan berpatutan. Diskaun yang hebat menanti korang. Di gadget world korang boleh dapat peralatan elektronik, PC, gadget, karnival foto cun (Photo World), barangan gadget secara lelong bermula dari RM1, pertandingan Fastest Texting Competition dan banyak lagi. Datanglah beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012 pada 23-27 Mei 2012.

Maklumat lanjut boleh ke Facebook HBN 2012 atau layari website HBN :


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive