Showing posts with label kapal selam. Show all posts
Showing posts with label kapal selam. Show all posts

Sunday, October 21

Isu Terdesak Untuk Pilihan Raya


kapal selam Scorpene dalam senarai aset pertahanan negara seharusnya dilihat secara positif dan menjadi kebanggaan kepada semua rakyat Malaysia dan tidak harus dijadikan modal politik oleh segelintir pemimpin yang sebenarnya cuba meraih simpati dan sokongan demi kepentingan politik bagi memenuhi cita-cita peribadi.

Tindakan tidak bertanggungjawab pemimpin politik yang menjadikan isu pembelian kapal selam itu sebagai modal politik sebenarnya membuka ruang kepada orang luar mengetahui kedudukan aset pertahanan negara dan mereka ini bolehlah dianggap sebagai `duri dalam daging’ dalam isu keselamatan negara apabila mensensasikan isu berkenaan sehingga diketahui di seluruh dunia.

Wednesday, October 17

BLOGGER NAIK KAPAL SELAM SCORPENE....


Bertuah la badan der,,,, Blogger dapat naik Kapal Selam.Tujuannya adalah untuk menangkis segala fitnah/tomahan yang telah dibuat oleh Tokong Erogan Guan Eng....Tokong Erogan nie muka tak malu der kantoi dengan fitnah/kenyataan yang telah dibuat sendiri........

Kenyataan Menteri Pertahanan, DS Zahid Hamidi mendedahkan kenyataan di keluarkan oleh Guan Eng terdahulu dalam isu Kapal Selam di hadapan berpuluh wartawan semasa Ketua Menteri Pulau Pinang itu diberi penghormatan mengikuti rombongan merasai sendiri kemampuan kapal selam aset TLDM membutikan SUARAM telah di tipu Guan Eng.

Friday, June 15

Zulkifli Noordin Jawab Isu Scorpene.


“Saya peguam yang terlibat dalam kes Altantunya, tidak timbul langsung isu ini (Scorpene)..kalau timbul dah lama kita guna, sebab masa itu, saya peguam..saya ahli parlimen PKR..YAB Perdana Menteri tak ada kena mengena langsung sama ada dengan Scorpene atau pembunuhan Altantunya itu sendiri, ” kata Datuk Zulkifli Noordin di Parlimen Kuala Lumpur, 12 Jun.

Menurutnya pembangkang tidak mempunyai sebarang bukti tentang isu Scorpene, hanya bersifat tuduhan bersifat fitnah untuk mempengaruhi sentimen rakyat menyokong pembangkang.

Sementara itu dalam Dewan Rakyat semalam, Zulkifli mendedahkan ketika beliau masih dalam PKR, beliau telah diarah oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengada-adakan bukti dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Menurut Zulkifli, Anwar memberi arahan tersebut bagi memastikan kes Altantuya dapat dijadikan modal politik untuk mensabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) selepas menyedari kes tersebut tiada kaitan dengan Ahli Parlimen Pekan itu.

Katanya, selaku peguam kepada kes Altantuya pada ketika itu, beliau membuat pelbagai semakan undang-undang untuk mencari bukti bagi mengaitkan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan berkenaan, namun tiada sebarang petunjuk Najib terlibat, tetapi pembangkang masih terus berminat untuk melemparkan fitnah.

“Tiada sebesar zarah pun bukti Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya dan apabila saya beritahu Anwar, dia marahkan saya. Anwar kata, kalau tiada bukti, kamu kena adakan bukti tersebut, tetapi sebagai peguam yang berprinsip saya tidak mengikut arahan berkenaan.

“Kalau ada bukti sudah lama saya gunakan untuk menyerang Perdana Menteri, tetapi hari ini isu pembelian kapal selam Scorpene ditimbulkan lagi. Apa tujuan mereka timbulkan isu ini, tujuannya tidak lain untuk kembali mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya yang terbukti fitnah.

“Saya peguam Anwar, saya lebih tahu. Mereka mendakwa kononnya ada surat akuan bersumpah yang mengaitkan Najib, semua itu bohong sebagaimana akuan sumpah palsu (diarah Anwar) dalam kes Mohd. Saiful Bukhari Azlan,” katanya semasa sesi perbahasan seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Pada tahun 2010, Zulkifli ketika diwawancara ChannelOne1tv mendedahkan isu ini merupakan satu rekaan yang disifatkan sebagai mencipta fitnah.

“Dia dah sampai peringkat mencipta fitnah. Mereka fitnah..ini yang jadi bahaya…contohnya cubaan membabitkan YAB Perdana Menteri dengan kes pembunuhan Altantuya..daripada benda yang tidak ada, cuba diwujudkan supaya ada.

“Dengan pengakuan bersumpah Balasubramaniam yang saya sendiri terlibat semasa kes itu, dia (Bala) tidak cakap apa pun, macam mana sekarang tiba-tiba macam-macam dia keluar cerita,”katanya.AIDC

Thursday, June 14

KDN PERLU JAWAB ISU SCORPENE? @HishammuddinH2o


Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa untuk tampil menjelaskan kepada umum bersabit dakwaan penjualan dokumen sulit urusniaga kapal selam Scorpene yang menurut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman sebagai "tidak serius".

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim berkata jawapan segera harus dikemukakan untuk mengelakkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada terus dipalitkan dengan tuduhan salah guna kuasa ketika memegang jawatan Menteri Pertahanan ketika itu.

Razali menambah sekiranya penjelasanan ditangguhkan lebih lama maka ianya akan membuka ruang kepada pakatan pembangkang untuk memanipulasi maklumat-maklumat tersebut.

"Saya rasa isu ini perlu diselesaikan. Kita tahu ada banyak perkara yang sengaja ditimbulkan ada banyak perkara yg mengelirukan ada beberapa perkara yang menjadi persoalan.

"Jawapan perlu diberi oleh pihak kementerian, sengaja mengaitkn Najib pada saya mudah kerana ketua kumpulan mereka juga bergelumang dengan berbagai isu dan masalah," kata beliau kepada AntaraPos.com.

Speaker Dewan Rakyat semalam menolak usul tergempar oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar supaya Kementerian Pertahanan menjawab dakwaan penjualan dokumen rahsia Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Usul yang difailkan ekoran siasatan oleh mahkamah Perancis dalam dakwaan rasuah berhubung penjualan dua kapal selam Scorpene oleh syarikat DCNS.

Peguam Perancis, Joseph Breham yang mewakili Suaram sebelum ini mendakwa DCNS membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Menurutnya, hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes tersebut ingin tahu tujuan sebenar bayaran itu dilakukan kepada Terasasi yang dimiliki ayah kepada Abdul Razak Baginda.

Razali kemudian menyifatkan maklumat yang tidak lengkap akan dimanipulasi oleh pakatan pembangkang untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran Barisan Nasional (BN) lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum akan datang.

Justeru katanya kerajaan layak mempertahankan kedudukan selain membuktikan bahawa kepimpinan Najib bersikap telus dalam peranan mentadbir negara.

"Pada saya tiada perkara yang boleh kita selindung dalam era teknologi maklumat dan kegagalan untuk membuktikan, tidak bermakna kita baik, begitu juga kalau kita tak buat, penjelasan perlu diberi.

" Jadi saya percaya apa yang berlaku dalam kes ini perlukan penjelasan dan ia akan juga akhirnya nanti menunjukkan siapa yang benar dan tidak," tambah beliau lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar menyifatkan kerajaan harus mengemukakan kemahuan politik untuk membekalkan maklumat yang sahih kepada rakyat.

Katanya dalam isu yang melibatkan reputasi pentadbiran Najib yang menjadi buah mulut antarabangsa, kerajaan sekurang-kurangnya mengambil inisiatif menjemput wakil dari Perancis datang ke negara ini untuk mengemukakan maklumat sah sekaligus menangkis sebarang tomahan luar.

"Saya menganggap bahawa isu Scorpone belum selesai dan kerajaan seharusnya amat terbuka dan menjemput pegawai-pegawai Perancis untuk datang dan memberi kerjasama sepenuhnya untuk menyelesaikan perkara ini," kata beliau.

Anifah dalam sebuah kenyataan berkata negara tidak perlu menumpukan perhatian terhadap dakwaan kes rasuah Scorpene yang sedang berlangsung di mahkamah Perancis.

Ini kerana menurut beliau maklumat yang diterima masih dipertikaikan kesahihannya.

Menangkis pendirian itu Kamaruddin berkata menteri harus mengambil serius perkara tersebut kerana ianya melibatkan sejumlah besar wang rakyat.

"Tuduhan berkaitan dengan Scorpone ini adalah suatu isu yang besar, ia bukan sahaja melibatkan perbelanjaan harta dan wang negara yang angkanya tinggi sekitar RM 7 bilion tetapi ianya melibatkan isu pertahanan negara."

Saturday, June 9

Dari Mana Phonm Penh Post Ini Datang?



ISU yang hebat dimainkan media pro pembangkang mutakhir ini ialah berkaitan dengan tulisan seorang wartawan Roger Mitton dari akhbar Phonm Penh Post berhubung skandal Scorpene dan pembunuhan Altantunya.

Naik muak pun ada bercakap benda yang hampir sama sejak 5 tahun lepas tapi memikirkan Hospital Bahagia belum ada ubat untuk mengatasi penyakit mental yang seumpama ini, maka jadi tanggungjawab penulislah untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia tentang penipuan yang cuba disebarkan si benak-benak otak dalam Pakatan Rakyat ini.

Penulis suka nak memulakan tentang akhbar Phonm Penh Post ini.  

Phonm Penh Post adalah akhbar berbahasa Inggeris dari Kemboja atau dalam bahasa Inggerisnya Cambodia.  Cambodia pula adalah antara negara termiskin di Asia Tenggara, dan tidak pernah kita dengar Cambodia menjadi pusat  rujukan agensi-agensi berita terkemuka di dunia seperti Reuters, AFP dan sebagainya. Penulis dimaklumkan bahawa di Cambodia sendiri pun, Phonm Penh Post bukanlah akhbar yang terkenal seperti New Strait Times dan The Star disini, maklumlah, dengan kadar buta huruf yang tinggi, berapa kerat saja orang di Cambodia sana nak baca akhbar berbahasa Inggeris.

Tujuan penulis menyebutkan ini bukan dengan maksud menghina, tapi nak menggambarkan bahawa betapa kecilnya akhbar ini dibanding dengan agensi berita antarabangsa yang lain.

Jadi siapa Phnom Penh Post ini dan apa layaknya untuk bercakap tentang masalah di Malaysia, nak cakap pasal kapal selam?  Cambodia pun tak memiliki waima sebijik kapal selam untuk membolehkannya mengalami sendiri pengalaman membeli dan menguruskan peralatan ketenteraan tersebut dari perspektif yang betul.  Justeru, rujukannya penulis rasa lebih banyak dari apa yang dipapar dan ditulis di Internet semata-mata, bukan berdasarkan fakta sebenar.

Tidak hairan kenapa banyak fakta dalam artikel tersebut yang salah dan menyerong dari hal yang sebenarnya berlaku (atau yang sekurang-kurangnya kita tahu berlaku, berdasarkan laporan dari Mahkamah dan sebagainya).  Malah kalau boleh disebutkan disini sudah outdated.

Tapi semua itu nampaknya tidak menghalang balaci pembangkang untuk mensensasikan berita ini ke tahap tertinggi, atau tahap dewa mengikut bahasa yang biasa disebut.  Tidak pedulilah kalau berita itu betul atau tidak, asalkan ada kaitan dengan pembohongan yang rancak disensasikan mereka di negara ini, sudah cukup sesuai untuk dijadikan isu.

Ini bukan rendah lagi dah, tapi sudah ke tahap jatuh jauh ke bawah kualiti blogger dan facebooker pembangkang apabila berita dari sumber yang tidak kuat pun diangkat menjadi isu sensasi.  Kalau maklumat dalamnya itu benar, boleh tahan, ini banyak yang salah.

Contohnya dakwaan Altantunya pernah berjumpa dengan Datuk Seri Najib di Paris dan ‘komisen’ yang dibayar kepada Perimekar

Umum tahu, Datuk Seri Najib sudah 4 kali bersumpah tidak pernah mengenali dan berjumpa dengan Altantunya (secara peribadi).  Sengaja disebutkan ‘secara peribadi’ disitu sebab penulis sendiri sudah beberapa kali berjumpa dengan Perdana Menteri – tidak bermaksud beliau mengenali penulis.  Begitu juga dengan Pakcik Hasan di Muar, Ah Lok di Kuala Lumpur dan Makcik Bedah di Kuching, kalau nak disebutkan ramai, beratus ribu kalau tak berjuta orang yang sudah berjumpa dengan Datuk Najib, tapi tak semuanya dikenali pemimpin nombor satu negara itu.

Sebagai orang Islam pula, tidak ada sebab kenapa penulis nak menolak pengakuan bersumpah Datuk Najib itu, lagipun selain ‘air liur’ adakah apa-apa sumber lagi yang boleh mengesahkan pertemuan tersebut?  Setakat gambar yang di super imposedkan itu tak payahlah, buang masa.

Kalau Roger Mitton dan Phonm Penh Post terlalu jahil untuk faham kepentingan disebalik sumpah, berlambak sumber di internet akan penafian Datuk Najib yang beliau pernah berjumpa dengan mendiang.  Itu pun sudah lebih dari cukup, tapi hairan, masih lagi menjadi bahan tulisannya.

Isu komisen ini juga sudah berulang kali disebut dalam persidangan Parlimen Malaysia dan disiarkan di media antarabangsa.  

Perimekar bukan orang tengah sehingga nak dibayar komisen, Perimekar adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan sokongan dan penyelenggaraan kepada operasi 2 buah kapal selam yang dibeli kerajaan Malaysia selama 6 tahun.  Termasuk kos latihan dan sara hidup anak-anak kapal serta keluarga mereka sepanjang beberapa tahun mereka berada di Perancis.

Jelasnya disini, Phonm Penh Post ini adalah akhbar picisan yang tidak dapat perhatian waima di Cambodia.  Orang Pakatan saja yang sibuk sebab ada isu yang boleh disensasikan disitu, dan ini bukanlah suatu yang mengejutkan.  Asas pertuduhan ke atas Datuk Najib dalam kes ini diketahui terlalu lemah, justeru apa pun yang boleh dikutip, akan dikutip mereka untuk dijadikan isu.

Phonm Penh Post tidak terkecuali.

Bahkan penulis pernah dimaklumkan seseorang, kalau di punggung lembu ada tertulis perkataan Najib & Altantunya, nescaya lembu itupun akan diangkat menjadi calon pilihanraya mewakili Pakatan Rakyat.  Penulis rasa orang itu melawak, tapi itu tidak mengepikan maksud sebenarnya, betapa bebalnya orang Pakatan Rakyat ini.Beruang biru

Friday, June 8

Roger Mitton Dan Fiksyen Kapal Selam


ROGER Mitton, seorang wartawan serantau di Phnom Penh Post, Kemboja menulis artikel bertajuk, ‘Urusniaga kapal selam menghantui PM Malaysia’.

Untuk seorang wartawan mengulangi skrip yang telah dibatalkan oleh penulis asal, Raja Petra Kamaruddin (RPK) amatlah menyedihkan.

RPK, seorang yang kurang stabil, pengecut dan juga pelarian mengangkat dirinya sebagai manusia berintegriti dan seorang wira, telah pun membuat pengakuan terbuka bahawa beliau hanya mengada-ngadakan kisah pembabitan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya.

Pembunuhan itu juga telah pun dibawa ke mahkamah dan tiada satu pun bukti yang dapat mengaitkan apa-apa dengan PM mahupun kapal selam yang dibeli.

Tetapi jelaslah, bahawa ada pihak yang masih dihantui dengan kisah ini, atau mungkin juga dengan ‘jawatan PM’ serta enggan mengakui bahawa tiada apa-apa yang pelik di belakang pembelian kapal selam dan bahawa kisah pembabitan PM dalam pembunuhan hanyalah merupakan fitnah terang-terangan.

Lucu bila memikirkan Mitton mempunyai pengetahuan yang lebih sedikit dari RPK, penulis skrip asal sendiri. Contohnya, beliau tahu bahawa Altantuya telah dirogol sebelum tubuhnya hancur diletupkan.

Jika kita mempunyai tahap imaginasi yang tinggi sepertimana Mitton, kita akan menyangka bahawa Mitton sebenarnya terlibat dalam pembunuhan itu. Ini dapat menjelaskan bagaimana beliau tahu secara terperinci bahawa wanita tersebut telah dirogol dan apakah yang dibualkan oleh Altantuya dengan Razak Baginda sebelum dibunuh, sedangkan Mitton hanya bertemu Razak sekali atau dua kali sebelumnya.

Tetapi, Mitton tidak dapat menulis kisahnya dengan tepat. Artikel beliau agak mengelirukan dan pembaca gagal mengenalpasti sama ada Altantuya adalah perempuan simpanan Razak dan bagaimana beliau terlibat dengan PM.

Dan kita dapat mengesan bahawa Mitton agak berhati-hati dengan menyebut jumlah harga kapal selam secara jangkaan, mungkin kerana tidak mempunyai maklumat terperinci. Pastinya beliau tidak mempunyai maklumat terperinci kerana jumlah rasuah yang didakwa sering berubah-rubah dalam setiap versi kisah ini.

Bagaimamnapun, versi yang paling popular ialah bahawa rasuah tersebut berjumlah EURO 114.96 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat milik sama ada Razak, atau isterinya atau isteri PM atau sesiapa jua yang mana SUARAM sendiri, iaitu juara isu scorpene ini, pihak pembangkang dan Mitton sendiri tidak dapat pastikan, walaupun mereka begitu pasti tentang semua perkara lain.

Satu-satunya versi yang tidak berubah ialah yang diperjelaskan oleh PM dan kerajaan di dalam parlimen. Faktanya ialah Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S. Ombak Laut Sdn Bhd.

Dan Perimekar tidak menerima apa-apa komisen atau rasuah dari DCNS tetapi hanya menerima bayaran bagi perkhidmatan sokongan dan penyelenggaraan yang diberikan mereka.

Ini termasuk, kediaman lengkap bagi 27 pegawai, 156 krew dan 30 staf dan keluarga mereka di Perancis dan Sepanyol selama 6 tahun.

Perimekar juga adalah bertanggungjawab menyediakan dan menguruskan pejabat pengurusan di Perancis dan Sepanyol selama 6 tahun.

Dan juga Perimekar perlu menanggung kos insurans, elaun, perjalanan dan koordinasi serta semua perebelanjaan bagi memastikan operasi berjalan lancar selama 6 tahun.

Kita harap agar Mitton tidak cuba untuk membandingkan kos kehidupan di Kemboja dengan Eropah, terutamanya Perancis. Melihat dari angka ‘rasuah’ iaitu EURO 114.96 juta atau RM410.27 juta mengikut tarikh kontrak iaitu 5 Jun 2002, congakan rambang akan menunjukkan bahawa EURO 85 juta adalah kos hangus untuk operasi, sementara EURO 26 juta adalah kos ‘overhead’.

Justeru, Perimekar hanya mampu membuat untung sebanyak lebih kurang EURO 3 juta sahaja.

Jika kesemua RM410.27 juta tersebut dibayar sebagai rasuah kepada PM, Razak atau sesiapa jua, bagaimakah agaknya Perimekar mampu terus wujud sedangkan mereka perlu menanggung semua kos di atas? Apakah Mitton ingin berhujah bahawa mereka beroperasi secara percuma?

Mungkin Mitton tinggal di Kemboja terlalu lama dan amat mendambakan sebuah kisah yang menarik. Kita tidak menyalahkan Mitton untuk cuba menghapuskan kebosanannya.

Tetapi, kita dapat melihat bahawa Mitton adalah seorang penulis fiksyen yang baik. Selepas menulis artikel yang begitu menyedihkan ini, penulis harap Mitton akan memikirkan secara serius tentang menceburi bidang penulisan fiksyen. Sekurang-kurangnya beliau akan dipuji kerana menulis fiksyen yang baik daripada diketawakan kerana menulis laporan berbentuk fiksyen.

Bagaimanapun, sedikit kredit perlu diberikan kepada Mitton kerana kini kita menyedari akan kewujudan akhbar bernama ‘Phnom-Penh Post’.

- BERUANG BIRU

Thursday, June 7

SUARAM PATUT MALU TIADA PERBICARAAN DI PERANCIS?


Isu kapal selam scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a pembangkang, telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009. Secara ringkasnya, SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.

Menurut kenyataan Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong, “SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene.”

Secara tidak langsung, namun jelas lagi terang, Dr. Kua menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan. SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.

Malah, SUARAM juga menyeru sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka menanggung kos kes ini di mahkamah Perancis. Untuk itu, SUARAM mengadakan majlis makan malam dengan jualan meja semahal RM10,000 – pastinya, untuk menutup jejak bahawa mereka didalangi dan ditaja oleh sesuatu pihak untuk menipu.

Tidak dapat dipastikan berapa kerat rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada SUARAM untuk memanjangkan fitnah tersebut. Kita tidak yakin ada rakyat yang sebegitu bodoh untuk menaja SUARAM ‘makan-angin’ ke Perancis.

Tetapi, jika ada yang telah menyumbang, inilah disarankan agar mereka mendesak SUARAM disiasat dan diaudit untuk mendapatkan kembali wang mereka. Ini kerana, sumber-sumber terkini memaklumkan bahawa kes kapal selam scorpene ini, pada hakikatnya tidak pun dibawa ke mahkamah Perancis.

Mengikut undang-undang Perancis, sistem kehakimannya membolehkan hakim menyiasat atau menyelidik sesuatu kes secara bebas. Hakim juga boleh menyoal saksi, orang yang disyaki dan mengarahkan siasatan bagi mengumpul fakta dan bukti. Dimaklumkan juga bahawa dalam kes kontrak penjualan kapal selam yang ditandatangani oleh DCN dengan Pakistan dan Taiwan, keraguan yang berbangkit ialah bahawa rasuah yang berlaku adalah melibatkan DCN dengan parti politik Perancis.

Hakikatnya, Pejabat Pendakwaraya Paris ada melakukan siasatan berkenaan penjualan kapal selam yang membabitkan DCN dengan negara-negara lain termasuk Malaysia dan tumpuan siasatan mereka adalah antara DCN dengan ahli-ahli atau parti politik Perancis. Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop siasatan ini.

Justeru, apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan disapina adalah bohong sama sekali. Isu pembelian scorpene oleh Malaysia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata.

Seharusnya, isu rasuah scorpene ini tidak timbul langsung memandangkan penafian dan penjelasan terperinci secara berfakta telah pun dibuat berkali-kali di parlimen. Selain itu, Dato’ Seri Najib sendiri telah bersumpah sebanyak 4 kali menyatakan tidak mengenali Altantuya dan alibinya serta Datin Seri Rosmah pada waktu kejadian juga amat kukuh sekali. Malah, penyebar fitnah tersebut, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) juga telah tampil membuat pengakuan bahawa dia hanya mereka-reka cerita.

Namun, SUARAM tetap tegar untuk memainkan isu yang tidak ada ini seolah-olah begitu terdesak sekali untuk memburukkan kerajaan. Kita berkata demikian, kerana jika tujuan mereka bukan untuk memburukkan kerajaan, mereka sewajarnya tidak berbuat bising dan menunggu sahaja perbicaraan selesai.

Bagaimanapun kini kita faham masalah SUARAM yang tidak boleh duduk diam, iaitu kerana kes tersebut tidak dibicarakan pun!

Tujuan SUARAM menipu tidak sukar untuk dibaca kerana SUARAM dan pembangkang merupakan satu entiti yang sama. Memandangkan jangkahayat pembangkang hanya bergantung kepada kehebatan mereka menipu maka mereka melihat tiada salahnya mengambil risiko jika penipuan mereka dikantoikan dalam isu scorpene ini, kerana yakin penyokong-penyokong tegar mereka tetap akan percaya apa saja – sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya selesai.

Dengan pilihanraya semakin hampir, scorpene adalah satu-satunya isu yang mampu digunakan untuk terus mengelirukan pengundi agar meragui kepimpinan Dato’ Seri Najib.

Tuesday, June 5

SCORPENE : SUARAM DIBIAYAI OLEH YAHUDI UNTUK MENGHANCURKAN MALAYSIA?




Pembelian aset tentera tidak pernah lagi dipolitikkan sebegini rupa sepertimana yang dilakukan oleh SUARAM terhadap kapal selam Scorpene. Kes kapal selam ini ‘timbul’ lagi di Bangkok baru-baru ini bila SUARAM membuat sidang media untuk memberi taklimat tentang perkembangan siasatan oleh pihak berkuasa di Perancis. 

Mengakui bahawa ia berbunyi seperti filem aksi risikan Hollywood, SUARAM terus mendahului mahkamah menuduh kerajaan korup dan Perdana Menteri sebagai pembunuh! Menurut hakim, siasatan ini tidak akan selesai dalam masa 2-3 tahun. 

Jadi, kenapakah SUARAM tidak boleh duduk diam sementara menunggu keputusan? Kenapa mesti ada kenyataan akhbar? Kenapa perlukan publisiti? Kenapa sekarang? Bercakap mengenai kes ini, seseorang itu harus mempunyai sedikit pengetahuan mengenai latarbelakang SUARAM. 

Dengan Pilihanraya Umum semakin hampir, motif SUARAM ‘membangkitkan orang mati’ adalah jelas. SUARAM adalah NGO yang amat kritikal terhadap kerajaan. Ini kita faham kerana ia ditubuhkan oleh keluarga bekas tahanan ISA. 

Dalam ertikata lain, ia ditubuhkan berasaskan dendam kesumat serta hidup atas keinginan untuk membalas dendam terhadap kerajaan. Dan bekerjasama dengan pembangkang adalah cara terbaik untuk melakukannya. 

Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, tanpa agenda jahat atau tersembunyi, seharusnya SUARAM membiarkan saja kes ini berlangsung dengan ‘aman’ di mahkamah. Tetapi SUARAM tidak boleh duduk diam. 

Mereka perlu merosakkan imej kerajaan dan mencemarkan nama baik Perdana Menteri untuk membantu pembangkang mendapat sedikit keuntungan politik sehingga pilihanraya. Jika penipuan mereka terdedah selepas pilihanraya, biarkanlah. 

Tetapi buat masa ini, SUARAM berazam untuk terus menipu kononnya PM dan isteri telah membunuh Altantuya, seorang model dari Mongolia yang didakwa sebagai seorang penterjemah dan dibunuh atas alasan meminta bahagiannya dalam komisen pembelian kapal selam Scorpene. 

Tetapi penipuan mereka telah pun terdedah. Skrip asal filem risikan Hollywood telah dimusnahkan oleh penulisnya sendiri iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK). Di dalam satu wawancara, RPK telah mendedahkan bagaimana dia mereka-reka keseluruhan cerita berkenaan ‘dengar cakap’ setelah diarahkan oleh orang-orang tertentu dalam pembangkang. Skrip ini juga terlalu dramatik sehingga tidak selari dengan fakta. 

Fakta kekal merekodkan bahawa pada masa kejadian, PM sedang menghadiri program berbuka puasa di Kedah dan isterinya, Datin Seri Rosmah menghadiri program yang sama bersama anak-anak yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur. 

Terdapat video, gambar dan juga alibi yang mengesahkan bahawa Datin Seri Rosmah tidak berada di tempat kejadian sepertimana yang ditulis dalam skrip asal RPK. PM tidak mengenali Altantuya, dan itu juga adalah fakta. 

Gambar superimpose lemah yang disebarkan oleh Tian Chua, Naib Presiden PKR yang menunjukkan mereka bersama adalah dengan sendirinya bukti bahawa pembangkang adalah penipu. Bagi menegaskan bahawa beliau tidak mengenali wanita itu, PM lebih dari bersedia untuk bersumpah atas nama Allah mengikut hukum Islam, dan beliau melakukannya bukan sekali, tetapi 4 kali. 

Tiada seorang Islam yang waras yang berani bersumpah atas nama Allah jika mereka benar-benar bersalah. Mahkamah Malaysia bukan sahaja tidak dapat menjumpai apa-apa untuk mengaitkan PM atau isteri dengan pembunuhan itu tetapi juga tidak menyebut langsung mengenai komisen atau kewujudan seorang penterjemah dalam perbicaraan. 

Ini kerana, Altantuya bukan seorang penterjemah dan tiada penterjemah diperlukan dalam transaksi Scorpene memandangkan semua perbualan dan dokumentasi dilakukan dalam bahasa Inggeris. 

Justeru, melihat dari semua ini, tidak syak lagi bahawa Scorpene dan nyawa Altantuya hanyalah permainan politik bagi pembangkang…dan juga SUARAM. SUARAM menyatakan bahawa mereka telah mendapat capaian penuh kepada 153 kertas siasatan dari pejabat pendakwaraya dan kini memberi taklimat secara terpilih dari senarai tersebut. 

Jelas bahawa SUARAM cuba membayangkan pertubuhannya sebagai bebas dan punya kuasa untuk menentukan keadilan. Di mana, dalam kes ini, SUARAM hanyalah plaintif atau pengadu yang tiada hak untuk membuat keputusan sama ada korupsi berlaku atau tidak, apa lagi mengaitkannya dengan pembunuhan.
Walaubagaimanapun, SUARAM mengakui bahawa mereka tidak dapat membawa keluar bukti dari Perancis dan taklimat tersebut adalah berdasarkan kata-kata mereka semata-mata. Kita telah mendengar kata-kata SUARAM dan semakin banyak kita dengar, semakin pelik bunyinya. 

Bagaimana kita memegang kata-kata keluarga orang-orang yang ditangkap di bawah ISA – iaitu orang-orang yang berpotensi membahayakan keselamatan negara? Bagaimana kita hendak memegang kata-kata manusia yang penuh dengan dendam kesumat? Bagaimana kita HENDAK memegang kata-kata mereka yang telah terbukti menipu rakyat Malaysia? 

Dalam menghalusi motif SUARAM, kita harus bersetuju bahawa dendam sahaja tidak akan menjana wang. Jadi, di mana agaknya SUARAM mendapat wang untuk mengupah peguam Perancis yang mahal, antaranya, Joseph Breham dan William Bourdon untuk mewakili mereka?. 

Apakah mereka dibayar mengikut jam sepertimana kebanyakan peguam barat dan Eropah? Ambil maklum bahawa peguam-peguam ini dibawa ke Malaysia dan Bangkok untuk tujuan publisiti. Dan berapa ramai pula pegawai SUARAM di Perancis yang memantau kes ini? dan untuk berapa lama? 

Siapakah yang menanggung kos penginapan, pengangkutan, perjalanan, makan-minum, dokumentasi dan segala-galanya?...dan berapakah jumlahnya? Kita tahu bahawa SUARAM adalah sebuah pertubuhan yang kecil, hampir tidak dikenali langsung di kalangan rakyat biasa di Malaysia. 

Bagaimana mereka mampu membiayai semua ini? Penulis percaya, ramai yang akan bersetuju bahawa nampaknya SUARAMlah yang perlu disiasat dan dibicarakan oleh rakyat yang inginkan kebenaran, bukannya kerajaan. - Beruang Biru

Thursday, May 10

Mahfuz Dakwa Dalam Ceramah - Najib Minta Komisen RM3Bil Isu Scorpene ..... SO, NAK BIARKAN SAJA?


Mazfuz Bean mengila dalam ceramahnya,terbaru video ceramahnya telah jelas mendakwa bahawa DS Najib Minta Komisen RM3Bil Isu Scorpene?Tapi kalau cerita begini disebarkan dengan meluas dengan berani secara terbuka dimerata ceruk negara ..... takkan nak dibiarkan begitu saja ? ? ?Diatas adalah Ceramah Mahfuz di Kuala Berang 8 Mei 2012. Dakwaan diucap depan orang ramai, video di upload dalam Youtube dan pastinya disebarkan denga meluas !

Nak jumpa, bayar RM3bil ! Belum beli lagi ...... Bila dah beli ... siap settle semua perjanjian ... entah berapa ? Ini menyebabkan kapalselam itu menjadi harga dia lebih mahal daripada yang dibeli oleh India, yang dibeli oleh negara-negara lain didunia ini.

Sebab apa? Sebab nak bayar kepada Perimekar, nak bayar kepada Datuk Najib, nak bayar kepada kroni-kroni kepada Perdana Menteri !

PERSOALAN SAYA - Apakah Najib @ Umno @ Pihak Berkuasa harus berdiam diri dengan dakwaan sedemikian ? READ MORE

Monday, December 12

Pulau Pinang Dah Lama Ada Kapal Selam.


Gambar diambil pada tahun 1937,Sebuah Kapal Selam yang dinamakan "Crampus".ianya milik Tentera British .Apa nak heran jika baru sekarang kita ada kapal selam pun nak heboh satu malaya.Siapa yang naik dan apa kena mengena kos yang perlu lagi dipertikaikan lagi.Belajaq sikit sejarah yang lama nie.walaupun kecil kapal selam nie akan tetapi pernah jugaklah mendarat di Pulau Pinang.


Thursday, December 8

Kelakar ! Blogger MKP Akan Menyelam Dengan Lim Guan Eng DAP Jumaat Ini?


Kalaulah diberi peluang dan dijemput,Nak tengok jugak riak muka Ketua Menteri paling malang dalam sejarah Pulau Pinang.Banyak persoalan intergriti, akauntabiliti dan transparensi yang telah dimomokkan oleh Setiausaha Agung DAP yang lebih dikenali sebagai lidah biawak.

Tetapi segalanya itu flushed in the drain dek ketidak mampuan serta ketidak efesienan Guan Eng mentadbir negeri Pulau Pinang.

Perkara ini adalah amat jelas walau pun Guan Eng sering menutupi kebusukan dan kejijikan pekung sendiri dengan statistik dan angka-angka matematik.

Persoalan mengenai pembaziran jutaan ringgit wang rakyat Pulau Pinang masih tidak terjawap sehingga ke hari ini tetapi Guan Eng menggunakan tektik biasa beliau iaitu menyerang pihak yang mahukan kepastian dan jawapannya.

Perkara ini dinyatakan oleh DS Zaid Hamidi di dalam laporan berita semalam. Menteri Pertahanan itu juga mengatakan bahawa Guan Eng telah menelefon beliau menyatakan hasrat untuk datang ke LIMA Langkawi.

Tak malu pula Lim Guan Eng bergeselan dan meminta favour daripada ahli politik parti UMNO yang selama dimaki hamun oleh lidah biawak itu! Oklah tu!

Yang menjadi tandatanya sekarang ialah apakah Setiausaha Agung DAP itu akan menerima tawaran menyelam dengan kapal selam KD Tun Razak tanpa sebarang niat untuk memburuk-buruk atau memberi penjelasan yang putarbelit selepas itu?

Kepada sesiapa yang mengikuti modus operandi dan perangai Setiausaha Agung DAP, beliau juga susah untuk menyatakan yang baik tentang pihak lawan, lebih-lebih lagi ahli politik UMNO.

Mana tidaknya, Guan Eng tanpa malu dan tebal kulit mengaku bahawa kejayaan FDI negeri Pulau Pinang adalah 'kejayaan' Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Padahal satu negara tahu bahawa kerajaan BN pusat yang berusaha dan membawa FDI ke negeri itu.

Oleh kerana peculiarity Lim Guan Eng yang boleh memutarbelitkan isu, di sini MKP tawarkan diri untuk turut bersama-sama Lim Guan Eng naik kapal selam KD Tun Abdul Razak!

DS Zaid Hamidi mungkin boleh membantu selit nama MKP tetapi apakah Lim Guan Eng sanggup menyelam bersama blogger MKP ??


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive