Sunday, October 21

Isu Terdesak Untuk Pilihan Raya


kapal selam Scorpene dalam senarai aset pertahanan negara seharusnya dilihat secara positif dan menjadi kebanggaan kepada semua rakyat Malaysia dan tidak harus dijadikan modal politik oleh segelintir pemimpin yang sebenarnya cuba meraih simpati dan sokongan demi kepentingan politik bagi memenuhi cita-cita peribadi.

Tindakan tidak bertanggungjawab pemimpin politik yang menjadikan isu pembelian kapal selam itu sebagai modal politik sebenarnya membuka ruang kepada orang luar mengetahui kedudukan aset pertahanan negara dan mereka ini bolehlah dianggap sebagai `duri dalam daging’ dalam isu keselamatan negara apabila mensensasikan isu berkenaan sehingga diketahui di seluruh dunia.


Apa yang dilakukan boleh dianggap sebagai pengkhianat kerana secara tidak langsung mereka telah memberi ruang kepada orang luar untuk mengetahui kemampuan pertahanan negara sedangkan perkara itu seharusnya menjadi rahsia.

Sememangnya jika dilihat dari mata kasar tidak menjadi masalah untuk mendedahkan perkara itu kepada umum tetapi jika dilihat lebih mendalam, sebenarnya apa yang dilakukan itu lebih banyak membawa keburukkan daripada kebaika, ada di antara negara luar yang cuba sedaya upaya tidak mahu orang ruang mengetahui kemampuan pertahanan mereka kerana ia membabitkan keselamatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa hairan dengan sikap pembangkang yang sengaja menjadikan isu berkenaan sebagai modal politik sedangkan perkara itu tidak seharusnya berlaku, malah apa yang dibangkitkan oleh pembangkang semua tidak benar terutama membabitkan kemampuan kapal selanm berkenanan yang menjadi aset pertahanan negara.

“Tidak tahu mengapa pembangkang sengaja mereka-reka cerita mengenai kapal selam, malah ada pemimpin pembangkang yang sudah pun melawat kapal selam ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama rombongannya bukan sahaja berada di dalam malah turut sama menyelam dengan kapal selam ini dan mereka memperakui kemampuannya,” katanya.

Zahid menyifatkan tindakan pembangkang yang cuba membangkitkan semula isu kapal selam ini adalah lebih kepada tujuan politik untuk mendapat perhatian rakyat ketika negara bakal mengahadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

Beliau berkata, apa yang dilakukan oleh pembangkang boleh dibaratkan ketandusan idea untuk menutup kelemahan serta kepincangan yang dihadapi oleh mereka dan dengan itu cuba membangkitkan cerita lama yang diversikan baru dengan menggunakan pihak lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan seperti apa yang cuba dilakuklan oleh Suaram.

Menurutnya, jika dahulu mereka cuba mempergunakan isu berhubung kemampuan kapal selam berkenaan namun perkara itu sudah terjawab termasuk diperakui di kalangan pemimpin pembangkang yang berpeluang untuk menaiki kapal selama berkenaan.

Mereka ini cuba mengembalikan isu berkenaan dengan membabitkan negara luar yang kononnya ada perbicaraan membabitkan isu pembelian kapal selam berkenaan sedangkan perkara itu tidak berlaku malah diperakui oleh pihak di negara terbabit.

Sementara itu, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menyanggahkan dakwaan pembangkang dengan menyatakan bahawa kapal selam Scorpene beroperasi dengan baik dan membantu mengawal keselamatan negara . Adalah adalah tidak benar dakwaan pembangkang bahawa kapal selam berkenaan tidak mampu beroperasi seperti yang digembar-gemburkan.

“Sesuatu yang mengecewakan apabila mereka membuat tuduhan sebegitu, perkara itu tidak benar seperti yang didakwa, mereka seharusnya menghentikan dakwaan dan fitanah yang dibuat, ini semua adalah untuk keselamatan negara,” katanya.

Menurutnya, tuduhan serta fitnah yang dibuat oleh pembangkang tidak melemahkan semangat anggota Tentera Laut terutama di kalangan krew kapal selam, malah mereka lebih bersemangat untuk membuktikan kemampuan kapal selam berkenaan sebagai antara aset penting dalam pertahanan negara.

Seperti yang diketahui, itu sikap pembangkang akan cuba mensensasikan sesuatu perkara tanpa memperakui kebenarannnya hanya untuk tujuan politik, walau perkara itu baik sekali pun namun bagi mereka semuanya adalah buruk dan tetap tidak akan memperakuinya kerana adalah satu kekalahan jika mereka menerimanya.

Rakyat tidak harus terpedaya dengan apa sahaja yang cuba dilakukan oleh pembangkang kerana sudah pasti semakin hampir menjelang pilihan raya, sedah pasti semakin banyak isu yang cuba dimainkan oleh pembangkang untuk memancing undi.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive