RAPID

Friday, October 19

TAK MENIPU BUKAN MAHFUS JAWABNYA?


Datuk Seri Noh Omar membidas Datuk Mahfuz Omar berkenaan isu benih padi yang didakwa oleh ahli parlimen Pokok Sena datang dari syarikat kroni sebagai “tidak benar”.Tuduhan bahawa pemberian tender ini diberikan kepada kroni adalah tidak benar kerana kementerian masih memberikan peluang untuk syarikat berminat memenuhi syarat tender walaupun tarikh tender telah tamat.




Daripada kelonggaran tersebut, sepuluh buah syarikat telah diberikan peluang.

Bagi menjaga kualiti benih padi, kementerian telah menetapkan syarat-syarat tertentu untuk dipenuhi oleh pemohon tender.

Syarat-syarat tender adalah syarikat berstatus Bumiputera daripada Kementerian Kewangan, mempunyai kod bidang 120201 (tanaman/benih semaian), mempunyai kilang pemprosesan benih padi milik sendiri, mempunyai mesin Indented Cylinder atau Optical Color Sorter, iaitu mesin pengasing benih padi mengikut saiz

Sehingga tarikh akhir tender iaitu pada 29 Mac 2012, cuma lima syarikat sahaja yang memenuhi syarat tender, termasuklah syarikat Seri Merbuk Sdn Bhd dan S.M.Nor Sdn Bhd yang dituduh sebagai kroni.

Tiga lagi syarikat adalah Kilang Beras Jelapang Selatan, Pertubuhan Peladang Kawasan Lahar Bubu dan OBL Maju Sdn Bhd.

Menurut Noh lagi, mengikut peraturan kewangan, hanya syarikat yang memenuhi syarat tender sahaja yang layak dipertimbangkan. 

Walaubagaimanapun, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani beranggapan bahawa peluang harus diberikan supaya banyak syarikat mengambil bahagian.

Kementerian telah memberi kelonggaran kepada syarikat yang berminat supaya memenuhi syarat tender yang telah ditetapkan walaupun tarikh tender telah tamat, dengan syarat semua kreteria dipenuhi sebelum mesyuarat Jawatankuasa Penilaian yang terdiri daripada Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Kewangan bermesyuarat.

Ekoran daripada kelonggaran yang diberikan oleh kementerian, terdapat lima lagi syarikat telah memenuhi syarat tender iaitu Paddytech Resources Sdn Bhd, Padi Pukal Parit 7 (Sekinchan) Sdn Bhd, PPK Puteri Saadong, FELCRA Plantation Services Sdn Bhd dan Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn Bhd, yang menjadikan keseluruhan syarikat yang memenuhi syarat tender adalah sebanyak sepuluh buah syarikat.

Semasa mesyuarat penilaian dibuat, didapati kesemua sepuluh buah syarikat tersebut telah memenuhi syarat tender.

Kementerian telah menetapkan kuota bekalan (grading) adalah berdasarkan kepada kapasiti kilang syarikat dengan tujuan untuk mengelakkan wujud kegiatan monopoli, sebagai contoh, kapasiti pengeluaran kilang Sri Merbok Sdn Bhd dan Hj Md.Nor Sdn Bhd adalah besar tetapi mereka tidak diberikan kuota yang sangat banyak sehingga menjejaskan syarikat lain.

Isu kuota ini telah cuba dipolitikkan oleh pihak pembangkang seolah-olah pemberian kuota mementingkan kroni semata-mata dan mungkin pihak pembangkang lebih suka sistem monopoli ini diteruskan.

Tuduhan bahawa pemberian tender ini diberikan kepada kroni adalah tidak benar kerana kementerian masih memberikan peluang untuk syarikat berminat memenuhi syarat tender walaupun tarikh tender telah tamat dan ekoran daripada kelonggaran tersebut, sepuluh buah syarikat telah diberikan peluang.



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive