Monday, October 29

MAT SABU SOKONG WARGA SYRIA DIBUNUH......SYIAH?



Syria terus bermandi darah dan keadaan konflik meruncing di negara itu terus mendapat perhatian negara antarabangsa. Pelbagai langkah telah diambil oleh negara dan pertubuhan antarabangsa untuk meredakan ketegangan yang semakin memuncak di negara tersebut tetapi usaha mereka telah ditolak bulat-bulat oleh Presiden Bashar al-Assad. Berikut adalah soal jawab mengenai pergolakan yang berlaku hampir setahun di Syria.

1. Berapa jumlah mangsa terkorban di Syria?

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 7,500 orang terbunuh sejak bermulanya revolusi anti-Assad pada Mac lalu.



Seperti yang ramai telah maklum, Mat Sabu adalah pendokong dan pelopor Syiah di dalam PAS. Mat Sabu adalah seorang Syiah dari aliran Syiah Imamiah.   Hadi Awang, walaupun bukan Syiah, tetapi adalah seorang yang simpati kepada Syiah, dan pernah mengeluarkan fatwa bahawa ada Syiah yang boleh di terima.

Mungkin ada yang masih kabur mengenai Syiah dan menganggap perbezaan pendapat antara Syiah dan Sunnah tidak sepatutnya menghalang penyatuan Umat Islam.  Jika, ada, kita sarankan agar mereka memikirkan semula pendapat mereka.

Syiah adalah golongan yang menganggap Abu Bakar, Omar dan Osman, sahabat nabi sebagai kafir. Saidina Habsyah dan Habsah, isteri nabi di samakan dengan taraf pelacur.  Di zaman ini, Syiah jugalah yang memberi laluan untuk tentera Amerika Syarikat masuk ke Iraq dan mereka jugalah yang melakukan kekacauan dan pembunuhan ke atas orang awam dari golongan sunnah.  Sebenarnya, Syiah telah beberapa kali bekerjasama dengan kaum kafir memerangi orang Islam seperti Ibn al-Alqami yang membantu Mongol membunuh Khalifah Abbasiah.

Pada Februari 2009, puak Syiah bertindak mencemarkan perkuburan Baqi’ dan Masjid Nabawi dengan berdemo dan mencela Saidina Umar bin al-Khattab.  Peristiwa ini dilaporkan media secara meluas dan mengundang kemarahan Umat Islam di seluruh dunia.

Antara kesesatan Syiah yang lain ialah, melebihkan ulama mereka tetapi membenci Sahabat Nabi s.a.w, merendah-rendahkan Sunnah yang sahih seperti Sahih al-Bukhari dan Muslim serta menghalalkan zina atas nama mutaah.

Jika ada yang masih ingat, ketika siri demonstrasi di hadapan kedutaan Amerika dan Wisma Denmark suatu ketika dahulu, ada di antara peserta yang membawa sepanduk poster Imam Khomeini.  Mereka ini adalah tajaan Mat Sabu dan beberapa orang daripada mereka adalah pemuda PAS Kuala Kedah.  Mat Sabu juga tidak mungkin dapat menafikan yang beliau sering berkunjung ke Lubnan dan Tehran sejak dari dahulu lagi.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah memfatwakan seperti berikut mengenai Syiah:

Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut pada 5 mei 1996 :

“Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al-Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.

b) Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

c) Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

d) Memperakukan pindaan kepada semua Undang-Undang Negeri yang Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif “Hukum Syarak” atau “Undang-Undang Islam” seperti berikut: “Hukum Syarak atau “Undang-Undang Islam” ertinya Undang-Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.”

e) Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah dilarang.

f) Menetapkan bahawa semua umat Islam di Negara ini adalah tertakluk kepada Undang-Undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah sahaja.

g) Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem. Video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah diharamkan  5 mei 1996.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive