saya sokong AES...
ianya dapat mengurangkan kadar kemalangan di negara ini...
tetapi saya disini ingin memohon agar limit AES adalah 220/kmj, bukan apa, tak semua orang di malaysia ni pakai kancil stock kilang. kancil turbo pun boleh pergi 150/kmj tau...
2 - AES dapat memupuk 'hubungan mesra' diantara rakyat dan juga kerajaan serta menambahkan ingatan yang tulus ikhlas terhadap kerajaan sepanjang masa..
3 - Sistem baru ni juga akan memastikan kerajaan dilihat sebagai prihatin kerana sentiasa mengambil berat kepada keselamatan rakyat walaupun dijalan yang tak berbahaya..
4 - AES juga menunjukkan bahawa kerajaan sangat bijak.. Dulu rakyat marah pada Polis dan JPJ jika dapat saman.. Sekarang ni rakyat marah pulak pada kerajaan.. Tak bijak ke tu beb?
5 - Rakyat dapat membantu menambah pendapatan negara dengan menyumbang kepada AES.. Lepas ni, tak wujud lagi persoalan tentang apa sumbangan rakyat pada kerajaan..
6 - Negara akan lebih aman dan makmur kerana AES.. Korang bayangkan semua kenderaan pandu perlahan di jalanraya termasuklah Kereta Menteri, Timbalan Menteri, Raja, Para Kenamaan, Ambulan, Kereta Peronda dan penguatkuasa, dan juga yang sewaktu dengannya.. Tak ke aman jalanraya di negara kita beb..?
7 - AES juga dapat memupuk semangat menabung dikalangan rakyat.. So lepas ni, sapa yang nak memandu kereta, dorang mesti berjimat cermat untuk bayar saman yang dikeluarkan..
8 - AES ni dapat meringankan beban subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.. Lagi banyak duit yang dikutip menerusi AES, lagi mahsyukk la duit di perbendaharaan negara beb... Bukan ke ini baik untuk pertumbuhan ekonomi negara?
9 - Sistem baru ni jugak akan mengeratkan silaturahim diantara pemandu kenderaan.. Korang fikir ye.., bila musim perayaan, semua pemandu akan berpeluang bersembang antara satu sama lain kerana jalan jem teruk akibat semua bawak slow takut kena saman..
10 - AES sekarang ni membuatkan kerajaan jadi sangat popular sebab semua rakyat tengah 'memuji-muji' sistem tersebut.. Tak kira dikedai kopi, di surau, di pasar, di rumah kenduri, di stesyen teksi, ataupun di dalam Parlimen sekalipun, AES tetap jadi tajuk utama.. Popular lah tu beb...MPP
MKP Ayat Sempoi : Cuba buat macam kat Video diatas tue mesti Best......
No comments:
Post a Comment