Wednesday, October 24

TERLONDEH SUDAH SI NURUL IZZAH?



Apa cerita wahai Si Nurul Izzah janji dicapatikan oleh kau sendiri.Itulah jika bercakap macam bapak kau menipu dan kelentong sana dan sini....Selalunya Nurul nie suka buka aib orang tapi kain sendiri bakal terlondeh

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dituntut menunaikan janji memberi elaun saraan kepada warga emas dan suri rumah Lembah Pantai, yang dibuat pada kempen Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.




Janji tersebut dikatakan menjadi punca pengundi ‘terpaksa’ beralih arah kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) di Lembah Pantai ketika itu tidak mampu untuk menjanjikan perkara sama.

Perkara itu didedahkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga pesaing Nurul Izzah bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada 2008.

Shahrizat berkata, perkara itu antara perkara utama yang dijanjikan ketika kempen dibuat.

Menurutnya, beliau masih ingat ia antara yang ditanya pengundi adakah BN juga dapat menjanjikan hal sama.

“Ketika saya melawat rumah ke rumah, wanita dan warga emas di Lembah Pantai memberitahu yang mereka dijanjikan pemberian elaun sara diri sebanyak RM600 hingga RM1,500 mengikut kawasan, dan mereka tanya adakah saya boleh janjikan hal sama. Saja kata saya tidak mampu untuk berjanji kerana ia mustahil.

“Sehingga kini janji tersebut tidak dilunaskan. Janji untuk menjual unit-unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) juga diusahakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, selaku Pengerusi BN Lembah Pantai,” katanya pada sidang media selepas Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra Jentera Wanita Umno Lembah Pantai, bersama Raja Nong Chik, di sini, kelmarin.

Pertemuan antara Shahrizat dan Raja Nong Chik pada majlis tersebut sekali gus menolak dakwaan berhubung kekeruhan hubungan antara mereka yang didakwa pihak Pakatan Rakyat (PR) disebabkan perebutan calon bagi Lembah Pantai.

Malah pada pertemuan tersebut, Shahrizat turut menyatakan sokongannya terhadap Raja Nong Chik sebagai calon BN untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU13.

“Beliau bersama-sama saya di Lembah Pantai sepanjang tiga penggal saya menjadi Ahli Parlimen di sini (Lembah Pantai).

“Saya bersama jentera Wanita akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau sebagai calon Parlimen Lembah Pantai seterusnya merampas kembali kerusi tersebut,” katanya.

Raja Nong Chik dalam pada itu berkata, beliau tidak terkejut dengan sokongan yang dinyatakan Shahrizat kerana telah sedia maklum sejak awal lagi.

Katanya, hubungan mereka tidak seperti digambarkan pihak pembangkang yang sememangnya menginginkan perpecahan dalam Umno.

“Semasa dalam Kabinet, saya duduk sebelah Shahrizat. Saya akui kadang-kadang saya ada perbezaan pendapat, tapi saya tidak pernah bergaduh dengan beliau,” katanya.SinarHarian

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive