Tuesday, October 30

KONGSI BILIK DENGAN 7 LELAKI?



Inilah nasib orang melayu Pulau Pinang bila diperintah oleh DAP.Sudah banyak dedahan yang telah dibuat tentang nasib Melayu Pulau Pinang tapi mereka nie sedar atau tidak...Jika ini tidak dijadikan iktibar untuk PRU akan datang mungkin lebih teruk dimasa hadapan....ADUN DAP tidak peduli jika nama Melayu dan jika sebangsa denganya akan membela walaupun melanggar undang-undang....
Di kala umat Islam gembira menyambut Hari Raya Aidiladha, mungkin ramai terlepas pandang akan mereka yang kurang bernasib baik. 
Kedatangan raya korban tahun ini disambut sepi oleh keluarga Noor Hispa Yahaya, 29, yang meraikan hari itu bersama isteri, Zuraida Yassin, 30, dan dua lagi anak mereka; Nor Aiman, 8, dan Mohd Aidil Haikal, 5, di dalam sebuah asrama. 
Lebih mengharukan, mereka ini berkongsi tidur dan makan di asrama yang turut dihuni tujuh lagi lelaki lain. 
Lebih dua bulan menetap di asrama syarikat, Noor Hispa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan terpaksa membawa keluarganya bersama tinggal di situ kerana tidak mampu menyediakan ruang kediaman buat mereka. 
Berikutan masalah peribadi, mereka terpaksa meninggalkan rumah keluarga Noor Hispa di Sungai Semilang di sini, yang sudah didiami selama lebih 10 tahun dan mencari tempat perlindungan baru. 
“Sejak dua bulan lalu, di sinilah tempat kami tinggal untuk berlindung dan tidur. Dengan ihsan daripada syarikat keselamatan yang sedang saya kerja kini, saya membawa keluarga tinggal bersama kerana tidak mampu untuk menyediakan rumah buat mereka. 
“Apa yang merisaukan saya, sudah lebih dua bulan dua anak saya berhenti belajar dan isteri saya kini sarat mengandung,” katanya ketika ditemui di asrama kediaman mereka yang turut dihuni tujuh lagi lelaki lain yang bertugas sebagai pengawal keselamatan. 
Tinjauan mendapati kehidupan keluarga ini begitu daif dengan ruang kediaman yang dikongsi bersama lelaki asing. 
Sementara itu, Zuraida berkata, selepas berpindah ke asrama, dia yang kini sedang mengandung tujuh bulan turut menerima gangguan seksual daripada lelaki-lelaki yang ada di asrama itu. 
“Dua hari berada di sini, bermacam gangguan yang saya terima. Kadangkala mereka menyentuh bahu saya dan meraba-raba saya ketika suami bekerja, namun syukurlah dua anak saya ada di sisi dan mereka tidak berani bertindak lebih. 
“Bagaimanapun, saya lebih berhati-hati takut kejadian sebegitu berulang. Namun, selalunya jika suami tiada saya akan membawa anak-anak keluar,” katanya. 
Sementara itu, Noor Hispa berkata, dia tidak senang duduk apabila memikirkan masalah keluarganya itu kerana sebagai pengawal keselamatan dia bekerja selama 12 jam mengikut syif. 
“Kadangkala saya terpaksa ponteng kerja kerana runsing meninggalkan isteri dan anak-anak, terutama apabila syif malam. 
“Apa yang kami mahukan hanyalah bantuan perumahan untuk kami sekeluarga menetap. Mengenai makan dan minum Insya-Allah saya boleh sediakan untuk isteri dan anak-anak saya,” katanya. 
Katanya, dia sudah menghantar borang permohonan rumah Kerajaan Negeri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bukit Tengah. 
“Tetapi mereka memberi alasan saya sudah ada rumah. Sedangkan sebelum ini tiada rumah atas nama saya, itu hanyalah rumah keluarga saya,” katanya kepada Sinar Harian. 
- SINAR HARIAN

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive