Friday, October 19

NIK AZIZ Dah Jadi Bangkai Bernyawa Di Dalam PAS.



Siapa lebih berkuasa dalam Pas? Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Itulah persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak apabila melihat kemelut politik yang melibatkan parti itu ketika ini.

Keadaan itu memungkinkan ramai mengimbas kembali kedudukan Pas ketika Allahyarham Yusof Rawa menjadi Mursyidul Am dan Allahyarham Datuk Fadzil Noor sebagai Presiden.




Pada masa itu, Pas sama sekali tidak berhadapan dengan sebarang konflik yang boleh menimbulkan persoalan siapa lebih berkuasa.

Sememangnya sejarah Pas menunjukkan Yusof Rawa suatu ketika memegang dua jawatan sekali gus iaitu sebagai Yang Dipertua Pas (Presiden) mulai 1983 dan kemudian Mursyidul Am pada 1987.

Bagaimanapun atas sebab-sebab kesihatan Yusof Rawa melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua pada tahun 1989 tetapi kekal menjadi Mursyidul Am.

Sepanjang tempoh berkenaan, Yusof Rawa tidak pernah membuat tindakan-tindakan yang dilihat membayangi tugas Allahyarham Fadzil sebagai Presiden.

"Allahyarham Yusof Rawa benar-benar bertindak sebagai penasihat melalui majlis syura, kalau pun ada masalah yang beliau perlu memberi pandangan, perkara itu akan dilakukan secara tertutup dan bukannya disebarkan melalui media seperti mana berlaku sekarang," kata seorang pemimpin Pas.

Berikutan sikap itulah memungkinkan Yusof Rawa menjadi tokoh yang cukup disegani dalam Pas. Sikap keterbukaan dalam gaya kepimpinan beliau telah menjadikan seluruh lapisan keahlian menerima dan terus memartabatkan kepimpinan ulama dalam Pas.

Allahyarham telah berjaya memantapkan paksi perjuangan Pas sebagai parti politik Islam, gerakan dakwah dan harakah Islamiah melalui konsep kepimpinan ulama.

Yusof Rawa juga berusaha meletakkan semula Pas sebagai sebuah parti politik Islam yang berwibawa apabila menerajui Pas selepas tercetus pelbagai konflik dalam parti berkenaan sebelum itu.

Beliau sentiasa memberi ruang seluas-luasnya kepada tokoh dan tenaga muda pelapis Pas untuk melakar dan mencorakkan peta baru perjuangan Islam.

Di bawah kepimpinan beliau, berlakulah perubahan-perubahan besar dalam perjuangan Pas dan bermulanya era kepimpinan ulama yang dicetuskan oleh Dewan Pemuda ketika itu.

Majlis Syura Ulama diwujudkan dan berfungsi sebagai kuasa tertinggi dalam memantau dan memastikan perjuangan Pas tidak tersasar daripada garisan Islam.

Sepanjang menjadi Mursyidul Am mulai 1987 hingga 1993, Yusof Rawa sentiasa memberi nasihat dan buah fikiran.

Malahan pada era itu seperti mana kata bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaei Ahmad, Allahyarham Fadzil dapat berfungsi dengan penuh berkesan.

''Allahyarham seorang yang sederhana dan tidak mudah menghukum sesiapa. Beliau hanya memberi nasihat jika perkara itu dibawa kepada Majlis Syura Ulama.

''Contohnya, jika ada sesuatu tindakan Pas bertentangan dengan Islam, maka beliau melalui majlis tersebut akan memberi nasihat, tetapi jika tidak, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Presiden parti untuk membuat keputusan,'' katanya ketika dihubungi.

Selain itu, walaupun Yusof Rawa memberi ruang luas kepada barisan kepimpinan pelapis untuk meneroka kerjasama politik dengan kaum bukan Islam dan merintis jalan ke aras penubuhan Majlis Perundingan Cina (CCC), namun Allahyarham sentiasa mempertahankan prinsip perjuangan Pas.

Sikap Yusof Rawa itu bersesuaian dengan salah satu ucapannya yang menegaskan, "Pas adalah jemaah yang meyakinkan bahawa Islam adalah satu-satunya kekuatan yang dapat membangunkan semula umat Islam, membebaskan golongan mustadh'afin dan menyelamatkan dunia daripada kehancuran dan kemusnahan.

"Jemaah yang lahir semata-mata atas kesedaran Islam yang tidak dipengaruhi oleh timur dan barat, tidak juga dipengaruhi oleh kepentingan ekonomi atau sosial tetapi jemaah yang meyakini kesejagatan dan kesempurnaan Islam. Jemaah yang meyakini bahawa Islam membawa pembangunan dan kemajuan umat manusia dalam semua bidang kehidupan."

Sebab itulah, Nakhaei menyifatkan Yusof Rawa adalah contoh terbaik dalam Pas kerana Allahyarham sentiasa menjaga tindak-tanduknya supaya tidak mengelirukan orang ramai tentang siapa lebih berkuasa dalam parti.

"Sekarang, kita lihat apa yang berlaku sebaliknya, Mursyidul Am bercakap lebih daripada Presiden dan kadang kala dilihat lebih berkuasa daripada Presiden," kata Nakhaei.

Bagaimanapun satu sumber dalam Pas memberitahu, ketika mula-mula dilantik sebagai Mursyidul Am pada tahun 1993 bagi menggantikan Yusof Rawa yang meletakkan jawatan, Nik Abdul Aziz berjaya memainkan peranan sebagai penasihat kepada parti dengan berkesan.

"Ketika itu Pas berada di bawah kepimpinan Fadzil Noor, Nik Abdul Aziz tidak membuat kenyataan atau tindakan yang dilihat boleh membayangi Presiden.

"Tetapi semuanya sudah berubah apabila Abdul Hadi menjadi Presiden, Nik Abdul Aziz dilihat semakin lantang. Saya berpendapat, beliau berniat baik dan melakukan demi untuk perjuangan Pas namun orang di luar tertanya-tanya siapa lebih berkuasa, Nik Abdul Aziz atau Abdul Hadi," kata sumber tersebut.

Perlembagaan Pas (Fasal 7 Perkara 5(a),(i) menyatakan Mursyidul Am bertindak sebagai Ketua Majlis Ulama Syura.

Kuasanya adalah menetap dan mempengerusikan Majlis Ulama Syura dan melantik Setiausaha di kalangan ahli Majlis.

Di dalam Perkara 5(a),(iii) dalam Fasal yang sama menyebut, tugas Musyidul Am ini ialah 'mengambil apa-apa juga langkah yang perlu bagi mengawasi, memelihara dan dasar Pas dipatuhi dalam gerakan, kegiatan dan pentadbiran Pas.'

Berdasarkan kepada fasal itu jelaslah mursyidul am hanya bertindak sebagai seorang penasihat bukan sebagai penggerak dasar.

Ini memandangkan Fasal 23, Perkara (1),(a) (b)dan (d) Perlembagaan menyatakan, tugas menjalankan dasar adalah di bawah tanggungjawab Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat manakala Perkara (1)(a) dalam Fasal 23 itu menyatakan 'Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi Menjalankan Pentadbiran, Gerakan dan Kegiatan Pas ....'

Perkara (1)(d) dalam Fasal 23 menyatakan 'Presiden perlu mengambil apa-apa jua langkah yang perlu untuk menjamin perpaduan, kesungguhan dan persefahaman ...'

Inilah peranan yang dijalankan oleh Yusof Rawa ketika beliau menjadi Mursyidul Am dahulu apabila bertindak sebagai penasihat bukannya melakukan tindakan sehingga menyebabkan timbul salah faham siapa lebih berkuasa dalam Pas.

Dalam soal ini, adalah wajar jika kepimpinan Pas memperbetulkan semula persepsi yang wujud dalam kalangan ahli-ahlinya supaya mereka memahami siapa lebih berkuasa dalam Pas.

Era kepimpinan Allahyarham Yusof Rawa ketika menjadi Mursyidul Am seharusnya dijadikan teladan oleh semua kepimpinan Pas supaya dapat menghapuskan persepsi bahawa parti itu ibarat 'ada dua nakhoda' dalam sebuah kapal.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive