Monday, October 22

Hari Kedua Misi Bantuan Kemanusiaan Pelarian Syria















Misi hari kedua sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Perang Syria di Jordan berjalan lancar apabila kerja-kerja pembungkusan makanan selain barangan keperluan musim sejuk telah siap sedia untuk diedarkan kepada pelarian.

Presiden Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, memberitahu setakat ini kesemua makanan serta barangan keperluan lain telah dimasukkan ke gudang sebelum diagihkan kepada pelarian Syria.

Katanya, aktiviti pembungkusan tersebut telah melibatkan sukarelawan pelbagai kaum selain dibantu oleh 90 pelajar Malaysia yang menuntut di Jordan.

“Jadi hari ini kerja-kerja pembungkusan dibuat di sebuah gudang milik syarikat Samy N. Khoury & co iaitu tempat kita memberi barangan keperluan.

“Duta Besar Malaysia di Jordan sendiri turut serta dalam aktivti hari ini sebelum kita agihkan makanan dan barangan keperluan di kem-kem terlibat.

“Kita jangka esok bantuan ini akan mula diagihkan sedikit demi sedikit dan bantuan pendidikan dan perubatan juga dijangka akan sampai pada pagi Selasa,” katanya.

Abdul Azeez menambah, KP1M telah membeli 50,000 bungkusan makanan daripada syarikat terbabit yang mana kesemua makanan tersebut akan disalurkan kepada pelarian Syria secara berperingkat-peringkat.

Katanya, misi tersebut akan menumpukan kepada dua kem utama terlebih dahulu sebelum memasuki perkampungan yang menempatkan mangsa pergolakan.

Difahamkan, sukarelawan akan bergerak memasuki sebuah kem pelarian di kawasan Al Za’tari dengan membawa barangan bantuan yang telah siap mengikut keperluan kem berkenaan.

“Rakyat Jordan di sini begitu baik hati kerana telah memberi kerjasama yang sangat baik dalam membantu menjayakan misi ini.

“Setakat ini, misi kita setakat ini berjalan lancar disebabkan oleh kerjasama yang ditawarkan masyarakat Jordan dan mereka juga sanggup bersusah payah membantu dalam memastikan misi ini bergerak seperti yang dirancang,” katanya.

Pada esok hari, para sukarelawan dijangka akan memasuki beberapa buah kem pelarian dan mengagihkan barangan bantuan sedia ada.PT

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive